NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, July 29, 2015

CERITERA 3 SYAWAL : LAMBOR KANAN, PERAK

Salam semua,

Cerita pasal raya lagi
Hari ke2 raya
pagi-pagi dah bersiap
mengemas apa yang patut
untuk bertolak balik 
ke KL plak

Kami bertolak 
kira-kira dalam kul 12 tengah hari
asalnya nak bertolak 
jam 10 pagi
tapi ramai pulak
yang mai rumah mertua aku
bertangguh la sat
jumpa sanak saudara yang mai tu
Kami sampai dekat jam 5 petang

Esoknya bersiap-siap
bertolak ke Perak pulak
jalan agak sesak
kebetulan ada kemalangan
bas di Sg. Buaya

Sampai di Perak dekat tengah hari
Beraya di rumah Pak Anjang Nain
Makan Mee Kari
Rumah Kicu Bedul & rumah Yob
tu je la sempat keme singgah pun

Lebih kurang jam 5 petang
kami bertolak balik
ke KL semula
semua jalan sesak petang tu
terpaksalah ikut jalan kampung
Sampai rumah dekat jam 10 malam
patah pinggang drebar

Sempatlah singgah kedai makan
1 kedai pulak yang buka pun
sebab lapar balun ja apa yang ada
nasi goreng 1 pesen
tukar lauk ja ikut permintaan kita
sadis sungguh...
hahaha....


Kak Ara & Acu

Milo ni la fav dia
sampai berkaton2 atok beli buat stok


ayim & acu
bajet hensem dahla tu

Cik ika bila Mama hilangkan diri
keja nganga ja
habis baju raya tu

habis comey dahla tu

"abah. ayim nak tawen"
miang benor hero sorang ni

otw ke Perak
barula Cik Ika ada senyum



my Abah 

our family with Pak Anjang Nain

posing pun dah ke laut

Monday, July 27, 2015

CERITERA SYAWAL KAMI

Salam semua,

Cerita raya lagilah kita kan
selagi x habis bulan Syawal ni
kali ni nak kongsi
gambar-gambar
keluarga kecil kami plak

Bukan senang nak bergambar 
dengan anak-anak kecil ni
macam-macam ragam depa
kita dah posing elok
depa ikut dan la nk posing cmna pun
Nilah koleksi gambar kami tahun ni
Our precious moment

jom3x.... kita :

SZ's Family

Amboi2 Kak Ara punya posing
Abg ayim tu tengok kamera mana pulak?
Cik Ika dok garu kepala plak
hahahaha....

Bergaya dengan Tok Wan & Opah pulak

Bakal Imam Muda kot ni?
InsyaAllah....

selfie abah dengan abg Ayim

selfie anak-beranak
Kak Ara nampak kepala ja tu
Awatla serius sgt Abg Ayim

selfie 2 beradik
kawan main
kawan gaduh
kawan bertepuk tampar
kawan nangis

CERITERA SYAWAL 1436H/2015


Salam semua,

Hari ni dah pun 11 Syawal
Cepat kan masa berlalu
Ni la baru nak bercerita 
raya kami tahun ni

Raya tahun ni kami 
beraya di KKM, Kedah dulu
Cuti pun x panjang tahun ni
Petang Khamis tu baru bertolak balik
tu pun berbuka kat luar ja

Malam tu masing-masing
dah sibuk persiapan 
untuk raya esok pagi

Pagi tu lepas Solat Raya ja
Ramai dah yang bertandang
di rumah mertua aku
Kebetulan FIL xberapa sihat
dari masa puasa aritu lagi
memang ramailah yang datang
nak tengok keadaan FIL

Alhamdulillah semakin sihat dah 
tambah-tambah lagi
semua anak-anak, 
menantu, cucu-cucu balik
orang Tawau pun balik tahun ni tau!
tambah-tambahla semangat FIL
nak sembuh semula


Raya aritu pun sempat 
beraya rumah Kak Cak ja
rumah orang lain 
xberkesempatan lagi
Tahun ni memang tunggu 
orang mai beraya ja


Orang lain pagi-pagi
dah bersalam bermaafan
kami petang tu 
barulah ada kesempatan
dengan tetamu yang 
xputus-putus mainya
Kebetulan tunggu Kak Cik
sampai dari BKH tu
Time raya macam ni
jalan kampung pun boleh jem tau!


Mai-mai belanja gambar raya belah mertua ku :



8 beradik ja dalam gambar
2 family xsampai2 lagi
2 orang dah pergi untuk selama-lamanya




Alhamdulillah
tahun ni 
anak-anak perempuan mak 
cukup korum
Family Mak Teh Noni beraya
di Kedah 
Pak Ngah Puan plak
xdapat cuti raya
tapi tetap mohon 
balik sat
senyap-senyap dia bertolak
petang raya tu
sampai depan rumah dah
katanya xtahan dengar takbir raya
dok teringat rendang mak
hahaha....
Subuh esoknya siap2 blik KL 
menyambung tugas untuk negara


Tok Wan Shahid & Opah Bedah Family
our big family
ni pun belum cukup korum
kalau semua ada confirm
xcukup nak masuk dalam gambar

Loving couple forever
SB's Family


Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!



Salam semua,

Kita dah berada di penghujung Ramadhan, 
tinggal 2 hari lagi ja kita berpuasa.
Ofis arini pun dah lenggang
ramai dah mula bercuti

Esok aku masih lagi bekerja
kerja la sangat kan
kerja pun dah ke laut
kalau x xdalah arini
dok ingat Khamis dah
selamba ja bagitau pengasuh
arini last hantar 3 beradik tu
Patutla kak tanya esok cuti ka
hahahaha

Punyala mamai ak arini
ingat petang ni
nak berkemas bagaila
sebab terus nak balik
umah my MIL
esok la baru nak balik
kahkahkah.....

Kepada yang dah 
bertolak pulang ke kg
hati-hati di jalan raya
ingatlah orang2 tersayang
tengah menanti kita tu

Di kesempatan ini
kami ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR & BATIN

Doakan juga perjalanan kami
kedah ke kl
raya ke2 nanti......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...