NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Thursday, August 9, 2012

BILA BAMBAM MERAJUK.....KEKEKE....

Salam semua,

Bambam sekarang dah 5 bulan +++, semalam baru saja bawa p check up di klinik. Kali ni agak lewat p klinik kerana sebelum ni Bambam kena demam campak. Lama la gak. Nasib baik Bambam x meragam sangat. Bila miang tu mai, dia dok menggaru 1 badan.... kesian tengok....


Semalam p abah dia yang tolong pegang masa kena cucuk. Sekarang ni Bambam onya kekuatan Mama dia pn xlarat. Nak timbang pun dia boleh je nak bangun. Bambam sangta x suka bila dibaringkan. Dah lepas timbang dan ukur dia rileks lagi.

Tapi time nk cucuk, bila abah start baringkan je Bambam mula marah. Rasa lemas orang peluk dia. Nasib baik x kena tendang misi tu. Dah selesai, nak bertolak balik la. Masuk je dalam kereta Bambam buat senyap. Sikit pun x menoleh mana-mana. Dok membatu je atas riba Mama. Abah panggil pun x pandang. Abah dia usik lagi la. Dah mcam "Statue of Liberty" plak dok senyap macam tu.

Rupa-rupanya dia merajuk kat Abah sebab pegang dia masa kena cucuk tadi. Bukan main lagi Bambam ni. Lama gak dia merajuk sampai la tertido. Sekali sampai rumah, dia bangun dan tersenyum macam biasa. Macam x ada apa-apa yang berlaku tadi...hehehe

Mama dengan Abah rasa gelihati betul tengok telatah  Bambam.
hahaha....




-->

Thursday, June 21, 2012

RAGAM OUR BAMBAM....

Salam semua....
Dah berkepuk blog aku ni. Tuan blog sangatlah malas nk update kan..hahaha... Tahun 2012 dah masuk pertengahan tahun pun. Aku baru terhegeh-hegeh nak update blog ni. Hhhmmm....

My Bambam pun dah nk masuk 4 bulan hujung bulan ni. Kalau bab menyembang memang pndai. Siap terkekeh-kekeh gelak kalau menyembang terutamanaya bila dok dengan Abahnya. Bambam aku ni anak abah. Manja betul dengan Abah. Nampak je muka Abah cepat je angkat tangan suruh ambil dia.

Rutin kami sekarang, bangun pagi, bersiap nak ke tempat kerja sambil melayan Bambam. Selalunya memang Bambam dah bangun. Abahnya akan bawa Bambam duduk depan TV tengok cerita kartun. Bambam minat betul kartun Dinosour. Kalau tengok cerita tu memang buat x heran je dia.

Kalau baby orang lain dah sibuk berlatih meniarap kan. Bambam aku terlebih advance. Meniarap dia malas. Tapi kalau bawa dia bertatih memang suka sangat. Sibuk nak belajar berjalan ke, sayang? Mana taknya anak-anak kak ipar aku yang dok jaga Bambam ni semua dah boleh berjalan. Umur depa pun dari 3-5 tahun. Bambam pun excited nak join gak la.  Bila tengok orang berlari, berjalan, melompat, dia pun nak buat.

Kalau buat-buat marah tu pandai je buat muka merajuk.  Kadang-kadang buat muka comel nak ambil hati kita balik la tu. Hai, anak mama ni....pandai je dia kan. Kalau tengok Bambam ni dah xde rupa baby 3 bln ++++....sebab badan debab ke main...



Ya Allah lindungilah anak ku dari sebarang gangguan dan kezaliman di dunia ini. Semoga anak Mama menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindunganNya...amin...

 

Wednesday, March 28, 2012

LAHIRNYA SEORANG PUTERI......

Salam semua,

Dah lama sangat xjenguk-jenguk blog ni....sekarang ni sibuk sikit....dok uruskan anak dara kesayangan, SITI NUR SYARFA ZAHRAA BINTI MOHAMMAD SYAROZI.... panjangkan namanya. Abahnya yang cari. Nama ni maksudnya 'Bunga-bunga kemuliaan'.

Hari ni pun dah genap 1 bulan umur Zahraa. Pagi tadi bawa g check up di klinik. Mamanya pun kena check up.  Zahraa lahir pada 28 Februari 2012 (Selasa) jam 12.10 pagi (tengah malam tu....) di Putra Medical Centre, Alor Setar. Jadi anak jati Kedah macam abahnya. Anak abah la katakan...hehehe...

Malas nak cerita panjang lagi, jom kita tengok wajah si comel ni......







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers