NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, January 31, 2011

MENGHIDU KETENANGAN MALAM

Hari ni aku dengan hubby keluar waktu malam. Sebelah siang hubby keje lagi. Baru nak apply cuti untuk CNY 2011. Itu pun setelah aku bising boring dok umah sorang-sorang...hehehe....

Balik je umah hubby dah suruh bersiap cantik-cantik. Gaya macam nak g candle light dinner lak kan... Hubby aku tau aku boring dia pun ajak aku keluar la. Destinasi pertama menuju ke Alor Star Mall. Kononnya nak g tgk wayang. Tapi bila tengok senarai filem yang ada pula cite CNY 2011 terpaksalah batalkan niat. Hubby pun bawa aku ronda-ronda sekitar Bandaraya Alor Star. Rupa-rupanya kat sini pun ada I-City gak. Sepanjang jalan pokok-pokok dihiasi dengan lampu. Kebetulan pula ada bunga api. Memang cantik la malam ni.

Lepas dok meronda-ronda tu perut ni terasa lapar la pula. Hubby pun ajak g makan. Hubby bawa g makan burger. Burger ni orang gelar Burger Lebai. Macam-macam jenis burger la yang ada. Semua home made dari mereka sendiri. Aku order burger Oblong dan hubby pula order Twister. Memang sedap. Biasanya Q kat sini sangat panjang. Nasib baik kami g xramai sangat orang yang beratur.

Lepas kekenyangan kami pun bertolak pulang.




Sunday, January 30, 2011

JOM MASUK UUM


Ini bukanlah kisah aku sambung belajar ke ape? Tetapi ekspedisi aku dengan hubby melawat kakak ipar (Kak Cik) kat sana. Boring punya pasal la ni. Lagipun dah lama aku x jumpa si Echa dengan Amirah. Amirah pun dah pandai berjalan. Baru dapat lesen "L".

Kami bertolak ke umah Kak Cik kul 9 mlm. Kononnya lepas maghrib nak terus bertolak la. Tunggu hubby aku balik keja dan habis main badminton. Alih-alih kul 8 mlm baru sampai umah dengan membawa bekalan nasi ayam untuk kami berdua. Pe lagi santap dulu la. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak bersiap. Sampai Kak Cik call la jadi ke mai. Si Echa dah boring tunggu kami yang x reti-reti nak sampai ni..hehehe..

Dalam perjalanan kami singgah kat KFC Bandar Darulaman beli sebagai buah tangan si kecik la. Sampai umah Kak Cik dekat 10 mlm. Echa pun tengah tido. Bau je KFC terus bangun. Walaupun tengah mamai makan tetap makan.

Lepas makan, sembang2 dengan Kak Cik kami pun mengundurkan diri. Jam pun dah menunjukkan 11 lebih dah pun. Hubby aku pun dah mengantuk sangat. Kami pun bertolak la balik ke rumah.


BIKIN PANAS AJE LA......

Macam yang korang tahu, aku bertolak dari KL ke Kedah semalam. Tiket aku sepatutnya jam 2 petang. Tapi bas aku mengalami kelewatan yang amat sangat. Jam 4.30 petang baru aku bertolak dari Hentian Duta.  Selama 2 jam 30 minit kepanasan menunggu bas yang xsampai-sampai lagi. Nasib baik aku balik kali ni dengan Tikah. Kalau sorang-sorang mau aku g cari tiket lain. Banyak kali kitorang terjah kaunter pertanyaan. Tiap kali tu la gak jawapan dorang tunggu aje....hhhmmmm....Penantian tu satu penyeksaan kan....

Ikut pelan asal aku dengan hubby sampai je aku kat AS kitorang akan g stadium. Tengok game Kedah vs T-Team. Pelan tu hanya tinggal pelan aje la. Dah aku sampai As kul 10.30 mlm plak. Hubby aku je la g stadium. Tu pun dia kuar awal. Yelah nak amik aku kat Terminal Shahab Perdana plak.

Masuk je kereta hubby bawa aku g makan Char Kuey Teow Special kat Bandar Darul Aman. Lepas makan bertolak balik ke rumah. Hati yang panas bertukar jadi sejuk bila jumpa hubby la kan....hehehehe....

Tapi aku memang xpuas hati la dengan perkhidmatan bas semalam. Bukan perjalanan aku je yang tertangguh rupa-rupanya perjalanan jam 10.30 pg pun sama. Korang bayangkanlah berapa banyak masa yang terbuang kan. Kalau ada orang yg perlu sampai awal atas sebab-sebab kecemasan macam mana? Xkesian ke kat orang tu? Korang fikirkan la.....

Friday, January 28, 2011

KEHENDAK VS KEPERLUAN

Salam tengah hari jumaat semua.....

Tanggal 28 Januari ni rutin hari ini dimulakan dengan mendengar ceramah "Pengurusan Kerja".  Penceramahnya seorang wanita. Sambil menyampaikan ceramah diselitkan kisah hidupnya. Pengalaman beliau mengenai kisah hidupnya. Selama 7 tahun menanti kelahiran cahaya mata akhirnya dengan kaedah IVF berjaya mendapat seorang cahaya mata. Tetapi di sebalik kegembiraan itu, ada pula kesedihan yang mengiringi beliau. Suami beliau pula di diagnosis menghidap Dialisis. Bayangkan keperitan yang dialami seorang isteri yang sedang sarat mengandung, berkerjaya terpaksa pula menguruskan suami yang sakit. Beliau mengaku sering berdoa untuk mendapat cahaya mata sehingga terlupa memohon kesejahteraan untuk seisi keluarga. Memang keadaan tersebut memerlukan ketabahan dan kekuatan dalam diri kita.

Kita sebagai HambaNya memang x penah puas dengan nikmat yang telah Allah berikan. Kekadang kita lupa apa peranan kita sebagai HambaNya. Kita sering meminta padaNya. Tetapi hanya Allah yang serba tahu apa keperluan kita. Allah Maha Mengetahui... Bersyukurlah apa yang kita ada, Redha dan tabah menghadapi ujianNya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memberatkan hamba-hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak boleh gapai...

RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA....







Friday, January 21, 2011

SERAMNYA.....KHURAFAT




Seperti yang aku cite kat entri lepas... Aku, Ijan, Tip & Tasha pergi menonton cite Khurafat semalam. Korang nak tau pe jadi kat kitorang time berlangsungnya cite tu....hahahahaha.... Mesti korang pelik kan. Cerite seram tapi aku leh ketawa pulak  macam tengok cite kelakar pula kan...hihihi....

Kalau korang nak tau sepanjang cite tu sampai part nak saspen je mesti kitorang tutup mata. Aku pandang Tasha. Ijan pula menghadap Tip. Kitorang xnak tengok pun rupa hantu dalam cite tu. Xnak kitorang mimpi-mimpi pulak lepas ni. Punca kitorang jadi macam ni sebabnya adalah dah baca komen-komen kengkawan kitorang yang cakap citenya seram sangat. Psikologi time sebelum tengok cite ni pun dah terasa seram. Belum tengok lagi tu weh.....hahaha....

Bagi aku cite ni macam cite hantu yang lain-lain gak. Tapi kesan khas dia tu yang membuatkan cite tu lagi seram. Tambahan pulak promosi cite ni yang membuatkan semua orang xnak ketinggalan tengok cite ni. Kesudahan cite ni ada kelainan. Nak tau lebih lanjut korang kena tengokla kan.

SELAMAT MENONTON...




Wednesday, January 19, 2011

BALIK KAMPUNG....OOOO....BALIK KAMPUNG..... HATI GIRANG....

Memang sangat-sangatlah riang aku menanti saat-saat nak balik ke kampung... Yela nak jumpa hubby tersayang. Padahal lambat lagi nak baliknya pun.  Masa cuti Tahun Baru Cina nanti la...hahaha... excited terlebih ja ni...ish3x.....

Maunya xgembira semalam baru dapat tiket bas. Jenuh mencari dari stesen Petronas PJ Newton sampailah ke Jalan Duta. Nasib baik dapat gak walaupun bukan waktu idaman. Nasib baik dapat gak kan. Kalau xdapat tiket tu mau meraung aku...hahaha...

Nak tiket punya pasal lepas dapat tau kat Petronas kaunter Transnasional tu offline terasa kecewa gila. Kalau beli kat kaunter tu bolehla pilih tempat sendiri. Adeh.... Ijan kata jomlah g Jalan Duta. Kat sana mesti banyak lagi tiket. Sampai je dengan confident aku g kaunter minta tiket ke Alor Setar 28hb malam.


Inilah perbualan aku dengan penjual tiket bas :

Aku : Tiket ke Alor Setar 28hb malam ada?
Penjual tiket: 28hb ada jam 2 petang je.

(dalm hati : alamak... muka bajet cool lagi...hehehe)

Aku : 29hb plak...

Penjual tiket pun check la jadual dia.

Penjual tiket : 29hb petang sampai malam je ada. dari kul 2 ptg, 6 ptg dan malam ja.

Aku pun berfikir  jap depan kaunter tu. Xkan la 29 hb tu nak balik malam gak. Ambil keputusan ambil je la yang plg awal tu. 

Aku : Pukul bape tiket plg awal td?
Penjual tiket : 2 ptg...
Aku : Okla, saya amik la kul 2 ptg tu. 2 tiket ye.
Penjual tiket : RM 80.20... 

Aku pun bagilah RM 100. Setelah dapat baki aku pun baliklah ke kereta Ijan.


Nilah tiket aku tu... memang kat situ tertera 1.30 ptg, tp bas akan g kat Bkt Jalil dulu.
Nilah rupa bas Skyview Transnasional

Lepas tu kitorang balik umah masing-masing dengan hati yang agak puas.

Tiket bas dah ada. Tiket wayang pun ada.

Petang ni aku akan g tengok cerita  "Khurafat - Perjanjian Syaitan" dengan Ijan, Tasha dan Cik Tip.



Thursday, January 13, 2011

JOM BUKA AKAUN





Korang sume jom buat akaun kat http://www.1malaysia.com/ 
 Ni macam laman sosial untuk rakyat malaysia la ni.
X mau cite panjang-panjang
jangan lupa add aku bojieboboy
thanks kat akak hazlinashahrel yang kenalkan
laman web ni...
hehehehe...
so apa tunggu lagi...
jom create akaun korang pulak....

Kitakan 1 Malaysia......








LADIES IN RED




merah x aku....hehehe...


Amboi, merahnya Mak Ngah!!!!! Semalam kan KENNY ROGERS buat promosi Buy 1 Free 1 tetapi kena pakai warna merah.....

aku - kak leen - kak aiin - fieza

pose sebelum bertolak


jauh betol nak masuk pintu tu...hhhmmmm....


Semalam misi kami berempat, Aku, Kak Leen, Kak Aiin & Fieza sepatutnya makan kat Kenny Rogers time makan tengah hari. Tapi apakan daya, naik ja escalator  ke tingkat 3 Amcorp Mall punya la ramai geng-geng warna merah tengah tunggu giliran nak masuk. Alamak... kalau kat Amcorp ni pun dah berduyun-duyun orang yang beratur tempat lain pula.... korang fikirlah sendiri.


Ni je yang kitorang makan kat McD....

Setelah berhempas pulas memikirkan penyelesaian akhirnya...... Kitorang terpaksa beralih arah menuju sahaja ke McD...hehehe.... Siapa kata kami dah lupakan misi kami tu. Sekali-kali tidak mungkin mengalah. Kitorang decide akan makan pula time balik petang nanti.

Tepat jam 5 petang, kitorang dengan gaya atlet pelari pecut 100m menuju ke tempat scan tangan (kalau tempat korang mesti panggil punch card kan). Terus naik kereta menuju ke Amcorp semula. Akhirnya... kitorang disambut pekerja-pekerja Kenny Rogers dengan penuh mesra dan boleh bersantap dengan penuh kegembiraan sambil posing ala-ala Barbie Doll... (ceh, perasan gila...)...

OUR MISSION ACCOMPLISHED




Tuesday, January 11, 2011

EVERYBODY CAN FLY




Wow, korang yang nak g bercuti bulan Februari ni boleh la intai-intai Air Asia.
Korang boleh booking dari 10  hinggalah 16 Januari 2011 ni
Perjalanan korang pulak dari 14 Februari 2011 hingga 30 April 2011
Berbaloi-baloi ni....
harga yang rendah
destinasi pun amat mengujakan....

hahahaha....
terasa nak g honeymoon lagi la pulak
hubby ku bolehkah?


MAKAN DAN MAKAN LAGI....




     Korang semua jom pakai warna MERAH dan makan di Kenny Rogers.......
ORDER 1 DAPAT 1 LAGI TAU....
JANGAN LEPASKAN PELUANG...
12 JANUARI 2011 SAHAJA....


CINTA KAMI BERSEMI : OUR FAMILI

 Entri kali sambungan kepada cerita kawin aku lagi. Amboi, dah sebulan lebih pun xhabis-habis cerita nikah kawin ni ye.....hehehehe.... Kali ni himpunan gambar-gambar dengan famili, sedara mara dan si cilik.... Layan kan saja la okay....


Aku dengan adik

Time kenduri orang selalu ingat dia yang kawin...sampai orang marah dia sebab ke hulur hilir. Padahal pengantin mestilah kat dalam rumah. Tak akan la nk dok merayap kat luar kan....hahaha.....
  
My mum....time ni tengah sibuk pasang khemah sempat lak posing kan...

My Abah...jejaka paling macho la...

Abah menepung tawar....


My Mum pulak....

Ciuman untuk menantu sulung....

My little brother...

My uncle - Cik Musa

Ni la sedara- mara sebelah my mum & Abah...

Makan beradab

Adik beradikku yang over

Adik & My Mum


Mak Uda & Pak Usu - sepupu2 ku

Nia & Mummy

Nia lagi...

Paling suka tengok gambar ni....aksi spontan dari mak anjang dan Nur Alya Dania...nenek & cucu....

Nia dengan Abah & Abg Azan
  

Belum apa-apa dah rasmi bilik pengantin ni....hehehe

My Mum

Nur Adlin Nazura -
Amboi, dok menungkan apa tu Alin?
 Berangan nak jadi pengantin macam mak long gak ke?

Sharifah Erina Sofea
Memang budak ni suka melawa
Pantang tengok orang make up dia pun nak gak....

Nia & Elisya

Nia, Danial & Sofea

Nur Elisya Natasya Foo

Nur Adlin Nazura
Jalan xhengat sampai berlanggar tiang kat masjid
Memang suka berkhayal

Our Chicken little
Bayangkan dia pakai spek mata bulat memang sebiji kan....hahaha


Mohd Yushairy
Ni kitorang panggil dia Mr. Hindustan sebab muka macam orang Bollywood da...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers