NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

XTVT DI BULAN JUN

Xda apa sangat pun xtvt aku. Hari Rabu & Khamis agak sibuk sebab KP adakan lawatan ke tempat aku ni. Banyak bendala kena siap sedia. Selesai ja program ni kelegaan yang amat sangat. Keletihan x payah katalah kan.

Cuti Jumaat aritu aku & Hubby pergi ke Majlis Kenduri Kesyukuran kawan ofis Hubby. Pertama kali jumpa kengkawan ofis hubby. Kami dok sembang biasa-biasa ja la. Tapi dah jumpalah orang yang boleh kita 'get along' kan. Tak ada rasa kekok sangat.

Habis ja kenduri kami terus menuju ke Jitra. Shopping barang-barang dapur. Banyak gak la. Barang-barang yang kurang kena p tambahlah. Tak berasaplah  dapur kami nanti. Balik tu dok menonton Maharaja Lawak. Memang dah setting masa kena balik sebelum mula rancangan ni. Final tu. Haruslah tengok.

Esoknya aku bangun konon-konon nak buat sarapan. Semua barang-barang dah keluar dari peti sejuk. Tiba-tiba hubby kata xpayah masak. Kita p rumah Kak Cik ja la. Aku pun apa lagi berkemas balik la. Semua barang masukkan balik dalam peti sejuk.

Bersiap-siap kemudian bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai ja terus ajak Kak Cik makan kat Marry Brown. Hubby kelaparan la tu. Lepas makan kami menuju ke Bukit Kayu Hitam. Cari coklat. Sempat la beli alas meja & sabun yang aku cari-cari selama ini. Lepas tu balik semula ke rumah Kak Cik. Siap makan tengah hari lagi.

Dah lama lepak rumah Kak Cik, hubby pun ajak balik. Dalam perjalanan tu, hubby ajak g tengok wayang. Aku on saja. Kami tengok kat AS Mall. Tengok cerita KL Gengster. Waktu tayangan pula jam 7.30 petang. Hubby apa lagi ajak g karaoke la dulu. Sejam la kami menghabiskan masa menyumbangkan suara sambil makan..hehehe...

Masa nak beli pop corn ternampaklah kawan hubby, Mizi. Rupa-rupanya tengok cerita yang sama. Xdapat dok sama sebab tempat penuh. Habis ja wayang, hubby ajak minum kat Georgetown White Coffee... Aku sorang ja makan. Kuat makan la aku sekarang ni. Masa nilah hubby dok bercerita zaman persekolahan di masa sek teknik dulu. Kelakar betul. Depa ni nakal-nakal rupanya.

Hubby punyala x puas bersembang dengan kawannya tu, siap ajak tengok wayang cerita X-Men pulak. Macamlah esok x keja kan. Kawan hubby terpaksa tolak la. Dia pun nak kerja esok...hehehe... Kesian hubby....masa reunion nanti sembang puas-puas ye,sayang....

Kami pun bertolak pulang.


-->

Wednesday, May 25, 2011

SUDAH TENGOK NURKASIH THE MOVIE!

Terima kasih buat hubby sebab x pernah lupa keinginan aku untuk menonton cerita ini. Sejak filem ni release lagi aku dah sibuk-sibuk beritahu hubby nak sangat tengok cerita ni. Akhirnya, malam semalam dah tercapai.

Sebenarnya aku rancang nak pergi tengok hari Jumaat, tapi disebabkan ada masalah teknikal dengan broadband aku terpaksalah tangguhkan. Aku xdapat nak booking tiket wayang. Masa ni kan baru je release, confirmlah berpusu-pusu yang nak pergi tengok juga.  Bila nak pergi esoknya pula, hubby ada kerja. Bertangguhlah lagi....hehehe....

Semalam balik dari kerja hubby ajak g tengok. Hepi la aku kan. Macam tau-tau ja hasrat hati isterinya ni. Hubby bawa aku ke AS Mall. Menonton di Big Cinema. Macam biasalah hubby akan beli pop corn dan air. Kali ni beli air mineral je. Hubby xbagi minum ais. Aku x sihat lagi. Sementara nak tunggu masa tu, hubby pergi main games dulu. Tiket kami jam 9.45 malam.

Masuk je dalam pangungg, dah ramai duduk dalam tu. Seat memang sangat-sangatlah penuh. Ramai yang ternanti-nantikan filem ni kan. Hubby aku pun nak tengok gak cerita ni. Bila dah mula semua fokus pada filem ni. Memang sangat indah scene filem ni. Cerita pun ok. Filem ni merupakan flashback kisah hidup Nur Amina, Adam dan semua watak-watak yang terlibat. Kisah pengorbanan antara suami isteri. Memang sangat menyentuh hati. Hargailah insan-insan yang kita sayang. Nak tau lebih lanjut korang kena tontonlah filem ni.

Lepas habis wayang kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan tu, hubby bersuara. Tanya aku lapar ke x? Aku pun jawab laparlah gak. Padahal hubby aku ni yang lapar. Konon-konon nak cover la tu..hahaha.... Singgah jap kat kedai makan. Aku makan Keoy Teow Kerang dan Limau Ais, hubby pula makan 10 cucuk sate & Teh Tarik.

Tiba-tiba hubby aku mengadu mulut sakit. Rupanya kena ulser. Patutlah minum air panas....hehehe... Mungkin perubahan cuaca kat sini. Kejap hujan, kejap panas. Memang ramai yang xsihat ni. Sabarlah,sayang.... Nanti ok la balik tu. Jaga kesihatan tu tau.... Love you so much!


Friday, January 21, 2011

SERAMNYA.....KHURAFAT




Seperti yang aku cite kat entri lepas... Aku, Ijan, Tip & Tasha pergi menonton cite Khurafat semalam. Korang nak tau pe jadi kat kitorang time berlangsungnya cite tu....hahahahaha.... Mesti korang pelik kan. Cerite seram tapi aku leh ketawa pulak  macam tengok cite kelakar pula kan...hihihi....

Kalau korang nak tau sepanjang cite tu sampai part nak saspen je mesti kitorang tutup mata. Aku pandang Tasha. Ijan pula menghadap Tip. Kitorang xnak tengok pun rupa hantu dalam cite tu. Xnak kitorang mimpi-mimpi pulak lepas ni. Punca kitorang jadi macam ni sebabnya adalah dah baca komen-komen kengkawan kitorang yang cakap citenya seram sangat. Psikologi time sebelum tengok cite ni pun dah terasa seram. Belum tengok lagi tu weh.....hahaha....

Bagi aku cite ni macam cite hantu yang lain-lain gak. Tapi kesan khas dia tu yang membuatkan cite tu lagi seram. Tambahan pulak promosi cite ni yang membuatkan semua orang xnak ketinggalan tengok cite ni. Kesudahan cite ni ada kelainan. Nak tau lebih lanjut korang kena tengokla kan.

SELAMAT MENONTON...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers