NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL


  
Yeah..... join segmen Ben Ashaari lagi.... Kali ni disertakan dengan soalan-soalan panas lagi membara...
Agak-agak terjawab ke persoalan Ben Ashaari ni...hehehe.... Jom jenguk-jenguk jawapan aku...


Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

Mestilah pernah. Kalau x xdelah aku ni bergelar seorang isteri kan? Jatuh cinta kali pertama dengan  hubby walaupun time sekolah dulu penah bercinta tapi cinta monyet je tu. Tak dinafikan  kali pertama pertemuan dengan hubby fizikal la menjadi daya tarikan. Lama- lama dah kenal jatuh hati pula pada keperibadiaan Hubby aku yaang sorang ni. Mungkin sebab dia pandai jaga hati dan soft spoken.

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?

First sekali memang pandang pada fizikal dulu lah. Pernah dengar kan dari mata turun ke hati. Pandangan mata kita x semestinya sama dengan pandangan orang lain. Kalau orang ni tengok seseorang tu cantik di mata dia x bermakna cantik pada pandangan kita kan.

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

Tarikan pada hubby aku ni ialah pada matanya. Kalau tengok orang bikin hati wanita cair tau. Pandangan mata yang tajam punya. Boleh gak buat orang lain salah faham. Yelah macam nak mengorat je kan. Padahal xde niat pun.

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

Setuju sangat. Macam aku sendirilah. Hubby aku memang badan dia mencanak naik sekarang dan sedang dalam proses mendapatkan bentuk badan zaman bujangnya dolu-dolu tu... hehehe.... Sebagai seorang isteri kena sokonglah hasrat murninya tu. Sebenarnya sebelum kahwin badan hubby aku ni dah naik.

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..

Ada gak kebenarannya. Tapi lelaki kacak ni pun ramai sangat peminatnya. Rezeki dah depan mata xkan nak tolak pulak...hehehe...

Perempuan cantik pulak ialah nak kelihatan cantik mestilah banyak keperluannya. Nak jaga aset-aset penting tu. Semua guna RM kan. Tu la kot sebab dorang jadi materialistik.

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  .....

Aku pilih Abah aku... sebabnya abah aku sangat kuat semangat. Apa-apa yang terjadi diharungi dengan penuh semangat & redha. Lagipun Abah aku muda-muda dulu hensem tu. Jadi rebutan peminat-peminat wanita. Dah sumber inspirasi aku pun dari Abah aku. nak cari pasangan pun kalau boleh ada ciri-ciri macam abah aku. Tu yang dapat hubby aku tu. Lebih kuranglah perangai dorang berdua ni.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

Aku ok je yang penting hubby sihat dan cergas. Tapi hubby aku lah sibuk nak kuruskan badan tu. Impian hubby ialah nak memiliki motorsikal berkuasa besar. Kalau xdapat badan ngam macam bujang dulu  x chill la naik motorsikal macam tu kan. Hubby aku la yang kata.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

Alhamdulillah... yang penting aku sihat sejahtera kan.

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

Bagi aku perlu. Menjaga tubuh badan kita supaya menjadi sihat dan lebih sihat. Kalau time bercinta dulu kita pun nak melawa je depan pakwe kan. Dah jadi isteri ni lagilah kena cantik-cantik depan suami. Sejuk je mata suami kita yang memandang. Bonus bagi kita tau...

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? hehehe..

Aku x pernah cuba pun. Tapi dari pengalaman kakak sepupu aku yang pernah cuba dia kata x ok pun. Memudaratkan diri adalah. Siap menderita kena berulang-alik  keluar masuk bilik air pulak. Jenuh la. Kita kena amalkan pemakanan yang sihat. Ikut keperluan kita. Makan-makan juga jangan sampai kita jadi hamba nafsu sudahlah....

 Sekian dari diri ini....hehehe....


 

SEKALUNG BUDI, SEKALUNG PENGHARGAAN



Cuba korang tengok header aku tu... Dah bertukarkan? hehehe... Terima kasih  yang x terhingga kepada Faiz yang sudi design header untuk aku. Bukan aku sorang je yang dah dapat sentuhan seni Faiz ni. Ramai dah rasa penangan karyanya. Aku memang sangat berpuas hatilah kepada hasil karyanya ni. 

Aku nak design sendiri memang hancuss la jadinya. Takut jadi macam template aku yang dulu. Semua dah lari ke laut...hahaha... Menurut Faiz dia design header suka-suka je. Bila ada masa free & ada idea barulah dia buat. Kiranya korang kena sabar menunggulah. Tapi aku punya header ni cepat je siap.

Sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat Faiz bolehlah berkunjung kat blog FAIZ . Sebarang persoalan pasal header ni bolehlah request melalui emel Faiz. Korang carilah kat blog dia ye.


Wednesday, March 16, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SURAM

Dah beberapa hari aku x menaip apa-apa entri kat sini. Bukan apa-apa pun. Sekarang ni mood untuk mengarang kurang sikit. Asyik dok berlegar-legar blogwalking saja la.

Minggu lepas balik kampung pun kurang xtvt. Sepatutnya kena terjah 5 buah kenduri. Alih-alih 1 kenduri pun x pergi. Hubby diserang demam panas. Memang panas tahap nak terbakar dah badan hubby (side effect terlebih-lebih pulak ni...hehehe...) .

Aku bertolak dari KL kul 11 mlm. Sampai kat AS dalam kul 5 lebih la. Sampai umah je qada' balik tido aku. Tapi xboleh pun. Dah biasa bangun pagi-pagi kan. Mata pun dok terkebil-kebil nak pejam ke nak celik. Agak-agak ngantuk aku dah berkurang aku terus bangunlah. Bosan pula melayan mata aku ni yg rasa mengantuk tapi xnk tido. Korang faham x ni? Buat-buat faham je la...hehehe...

 Petang tu aku & hubby g umah Kak Cik. Dalam perjalanan singgah KFC dulu. Macam biasala. Kena umpan Echa & Amirah. Padahal dah lama xmakan KFC. Tu yang pulun 1 bucket tu. Lepas makan bertolak pula ke KKM. Balik jumpa Mak & Abah plak. Hubby pun dah lama xbalik kg. Nama je dekat tapi dah sibuk sangat keja memang xde kesempatan la nak balik.

 Sampai kat umah hubby ok lagi. Tetapi bila masuk tengah malam panas badan hubby naik mendadak. Aku terpaksa basahkan tuala letak kat atas kepala. Aku berulang-alik beberapa kali la dari bilik air. Nasib baik bilik air kat sebelah bilik ja. Senang ckit nak kuar masuk kan.  

Pagi tu bangunkan hubby pindah kat bawah. Pe lagi proses melumurkan air asam jawa kat hubby pun bermula. Punyalah manja hubby aku ni. Mentang-mentang kat sebelah ada mak. Sebelah lagi isterinya ni. Seronok betul hubby dapat layanan istimewa ye. Alhamdulillah lepas tu panas badan hubby dah turun ckit.  Berkat tangan mak & isteri tercinta la ni kan.

Tapi semua xtvt kenduri-kendara ni terpaksalah dibatalkan. Hubby memang dah xlarat sangat. Terpaksalah kirim hadiah yang dibeli tu kemudian. Maaf ye kepada pengantin-pengantin semua. Program terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Sila tuntut hadiah korang nanti ye.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers