NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, August 27, 2014

REUNION KOT!

Salam semua,

Minggu depan aku akan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh HQ kat PJ sana.  Tapi kursus ni akan diadakan nun di selatan sana, kat Melaka.

Lama dah aku x berkursus ni.  Sepatutnya sebelum bersalin kena attend 1 kursus, tapi xde rezeki aku dah bersalin dulu. Kali ni aku bersalin awal 3 minggu.   Baby nak Mama dia beraya dengan tenang...hihihi...

Kursus aku bermula 3 September ni.  Tapi aku cadang nak balik rumah Mak aku kat PJ dulu.  HQ aku pun memanglah kat PJ pun. 15 minit je perjalanan dari rumah aku.  Tapi punyalah sesak nak keluar dari kawasan rumah aku tu.  Boleh jadi 1 jam baru sampai tau.

Kursus yang akan aku hadiri ni pesertanya terdiri daripada geng-geng lama aku kat HQ dulu.  Kiranya kursus ni macam reunion untuk kamilah.  Dulu ada yang belum kahwin sekarang semakin besar famili masing-masing. Alhamdulillah....

Dalam dok teruja ni hati ni terasa 1 kesedihan jugak.  Nak kena tinggal anak-anak yang bertiga tu.  Adik baru je 3 bulan lebih. 2, 3 arini ni pun Kakak & Abang nak tido mesti Mama kena dok tengah-tengah depa. Macam tau-tau ja Mama nak kena outstation lama.  Aku xbimbang sangat Mr. Hubby jaga 3 beradik ni.  Memang dia dah biasa handle anak-anak, tapi risau la jugak sebab lama sangat aku nak p sana ni.  Harap-harapnya semuanya Allah permudahkanlah...amin..

Bye2 anak2 Mama
Sabtu minggu depan baru  kita berjumpa semula ya...
Belum pergi lagi dah rasa rindu sangat ni...
hihihihi...





Tuesday, August 26, 2014

PROJEK FAMILI 2013 : LUMUT, PERAK

Salam semua,


Dah lama x up entri......agak sibuk dengan anak-anak.
Masing-masing pun baru je sihat setelah dilanda demam secara berjemaah.

Sekarang ni dah musim cuti sekolah kan. Aktiviti yang paling syok bagi anak-anak ni haruslah pergi bercuti!  Anak-anak aku x pandai lagilah nk minta p bercuti ni....kecik lagi masing-masing.  Tapi sampai sana hepi sungguh tambah-tambah Kakak Bambam.

Kami bertolak dari KKM pada pagi 29 November 2013.  Destinasi pertama kami singgah ialah rumah Pak Su Bidin di Ipoh.   Kat sini ambil kesempatan untuk berehat.  Kira-kira 3 petang baru bertolak ke Lumut.

Projek Manager dah booking 2 chalet untuk kami di Coral Fishing Resort.  Lepas check -in apa lagi bersantap la dulu.  Masing-masing dah kebulur. Keluarkan dululah bekalan yang memang siap dah dibawa tu....hehehe

Lepas dah kenyang, bawa masuk barang-barang ke bilik masing-masing.  Kemudian apa lagi,  amik joran la p memancing. My MIL dapat angkat ikan kerapu tau!heheehe...... Tempat ni sesuai untuk pemancing-pemancing tegar.

Malam tu aktiviti BBQ pun bermula.  Mula agak lewat sebab hujan.  Alhamdulillah sekejap je hujan.  Lepas tu sesi bakar-membakar ni menjadi meriah.

Lepas semua dah kekenyangan, menyembang xhengat dunia. My Hubby n anak-anak dah lama bermimpi. My Hubby pun xberapa nak sihat. Tu yang cepat je masuk tido. Kalau x xde makna la dia masuk tido awal.

Penginapan kami - Coral Fishing Resort, Lumut. Perak




otw balik singgah dulu makan durian

Separuh daripada famili kami

Family Kak Da

Cik Ad & Pak Uda

Family tuan blog
Persinggahan terakhir - Menara Condong







Monday, August 25, 2014

PUTERI KECIL KAMI


Hari ke-2 - tunggu Abah sampai nak balik rumah



Wajah siapakah ini?
Nak bagitau korang la ni
Si kecil ini merupakan
anak ke-3 kami
puteri ke-2

Puteri kami dilahirkan pada 18 Mei 2014
di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah aku bersalin secara normal

Kehadiran puteri kecil ni
disedari agak lewat sebenarnya
Aku sendiri xsedar
aku sedang mengandung


Sampailah ramai yang menegur
aku nampak lain sangat
bila dah ramai yang bercakap
try p check up
sekali doc scan
dah membesar dia 

Ramai yang xpercaya
aku xsedar aku dah mengandung
Orang kata dah memang rezeki kami
kebetulan aku pun aktif
join xtvt ofis aku ni
dengan permainan
yang memerlukan kekuatan fizikal
Alhamdulillah puteri kecil kami
sangat cekal

Bersalin kali ni
Mr. Hubby xsempat
masuk labour room
kebetulan
Kakak bambam pun ikut
xmau tinggal
sebab excited nak tengok baby
aku suruh balik dulu
kesian kakak xtido langsung

Aku masud wad petang 17 Mei tu
sebab dah turun darah
(tu yang aku fikirkan)
tapi bila check di wad Kecemasan
Doc kata sebenarnya aku turun air
terus aku kena tahan wad

aku sakit nak bersalin
jam 9.30 malam
dan melahirkan puteri kecil ini
jam 9.47 malam
Alhamdulillah sangat dipermudahkan
bukaan masa tu hanya 6cm

Sampai kelam kabut
SN yang jaga aku tu
baru nak buat persediaan
baby aku nak keluar sangat-sangat dah

Bersyukur sangat dikurniakan
seorang puteri comel
seberat 2.71 kg
Ya, kecil saja orangnya
sekarang dah 3 bulan 1 minggu
berat pun dah menginjak 
ke 3.6 kg
membesar dengan jayanya
Alhamdulillah....

Abah sampai ja
terus p tengok
si kecil ni
x sabar agaknya
kali ni pulak x tengok 
kelahiran depan mata 
Lepas tu
Abah perdengarkan
Iqamat di telinga puteri

Kalau korang nak tau
Kakak ikut abah 
walaupun dah tengah malam
sanggup dia xtido
tapi sayangnya
tahun ni
kanak-kanak xdibenarkan masuk
tinggallah kakak dalam kereta
dengan pak uda
nasib baik dia faham

Selesai semua
Abah pun balik rumah
tunggu hari esok
untuk balik ke rumah pulak
Tengah hari tu 
kami dah boleh pulang.

Kelahiran seorang puteri
bernama 
SITI NUR SYARFA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD SYAROZI
yang bermaksud cahaya kecantikan yang mulia.
Nama ni hasil carian Pak Busu
sebab sama tarikh lahir dengan Pak Busu.
Terima kasih Pak Busu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers