Orang selalu tanya percaya ke Cik Abang dok jauh tu....aku hanya jawab insyaAllah klu dah jodoh x ke mana kan...kekadang tu kalah gak dengan perasaan ni...nak rasa g 'dating; hujung minggu sama2...time sedih je boleh terus jumpa...kebanyakan masa cakap dengan Cik Abang pun dalam telefon je...tu pun xleh lama...Cik Abang bukan keje dok ofis 8 jam je...kekadang 24 jam kena bertugas. Kenalah faham kan. Kekadang sakit hati pun ada....hehehe....tapi bila fikir blik x patut pun...yela..sume masa Cik Abang pun habis dengan keje....bukan g berfoya2 kn...sorry sayang kekadang tu terlalu ikut emosi ni....
Aku kenal dengan Cik Abang aku ni dalam keadaan x sengaja sebenarnya...masa tu nak masuk balik cuti sem...aku ni Xstudent POLISAS. Cik Abang aku pun sama. Tapi masa tu x kenal pun. Masa nak nek bas dari Pudu ke Kuantan la kami jumpa. Masa tu tunggu bas datang.Tiba2 Cik Abang ni tegur. Dia tegur pun dengan cara elok, aku pun jawab dengan elok la kan. Masa ni la baru tau kami ni menuju tempat yang sama. Cik Abang aku ni sebenarnya tengah tunggu kawan2 dia iaitu Apai & Pa...lepas sampai kat Kuantan sementara tunggu kengkawn aku, g la makan dengan dorang ni. Persahabatan kami masih diteruskan selepas itu. Sebenarnya kami ni nak berkawan je...tp 1 ari Cik Abang meluahkan perasaan. Dia kata nak jadi lebih dari sorang kawan. Macam seronoknya je kan....hehehehe...bermula dari hari tu la sampai sekarang kami bersama. Sampai ke arini pun mcm2 dugaan yang datang. Alhamdulillah sume dapat diatasi. Aku harap kasih sayang & jodoh kitorang berpanjangn sampai bila2...amin.
Inilah Cik Abang aku...hehehehe... |
No comments:
Post a Comment