Petang semalam pulang dari ofis aku dapat panggilan dari Ijan....katanya Lila masuk hospital....Lila ni kawan aku masa sek ren...klu xsilapnyala...sebabnya aku dah confius mana satu kawan sek keb dgn sek men...sume memori dah bercampur aduk...hehehe (korang layan je la). Kami pergi berempat Ijan, aku, Tasha dan Cik Tip..Biasala tu kitorang ni kan memang sangat prihatin dengan kengkawan (perasan sungguh!!!). Kira-kira 6.30 ptg kami bertolak ke PPUM. Sebenarnya kitorang dapat tau dari org len gak... Lepas je parking keta g la beli buah tangan cikit. Benda first yg kitorang cari mestila 100 Plus...sebab kawan aku ni kena demam denggi. Nasib baik kitorang call Lila. Rupa-rupanya Lila dah ditukarkan ke wad lain. Mula-mula kitorang dapat info dia ada kat wad Kecemasan. Akhirnya sampai gak kitorang ke wad Lila setelah berpusing-pusing di kawasan PPUM tu. PPUM sedang diubahsuai jadi banyak la jalan yang ditutup dan kerja-kerja contruction kat sana. Melihat keadaan Lila yang sangat lemah tu rasa sedih sangat. Tapi xdela nk tunjukkn...dahla dia tengah susah hati lagi nak takutkan dia...huhuhu... Cepat-cepat sembuh ye Lila!!!! Kengkawan, sama-sama kita doakan kesihatan kawan kita ini.
Sembang-sembang pasal keadaan dia dapat la satu info yang amat berguna. Selama ini kalau orang demam denggi kita mesti dengar org cakap minum 100 Plus kan. Sebenarnya xboleh okey. Janganlah korang aniaya orang yg demam denggi lagi ye.Ni doktor yang cakap. Doktor gak xberikan sebarang ubat langsung cuma masukkan air sahaja. Xde langsung ubat-ubatan ye. Tapi aku teringat pulak kawan2 ofis aku ni penah cite kalau demam denggi minum SUP KETAM. Dorang kata memang mujarab. InsyaAllah.
update : menurut mak & kakak en tunang leh gak rebus daun betik, tapis air dan minum air tu. InsyaAllah cepatlah beransur pulih.
Oleh itu korang jagalah kesihatan & kebersihan di keliling korang. Kebersihan diri, rumah dan kawasan yang sewaktunya janganlah diabaikan sebab penyakit ni bila-bila je akan menyerang. Sekali menyerang lambat lak nak sembuh. "MENCECAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT" mesti korang penah dengar kempen ni kan. Sama-samalah kita beringat okey!!!...
No comments:
Post a Comment