Muhammad Firdaus aka Amin |
Walaupun ada sindrom tersebut, Amin hiperaktif . Walaupun pergerakannya terbatas baginya tidak ada masalah sikit pun. Amin memang xboleh berjalan lagi time tu. Dia akan mengengsot untuk bergerak atau naik walker. Kalau naik walker tu dah macam bawa kereta lumba. Seluruh rumah dia buat drift....hehehe... Memang sangat nakal.
Masa Amin nak masuk setahun, dia terpaksa melalui satu pembedahan. Doktor kata saluran pemakanan Amin bocor. Segala yang Amin makan xdiserap dalam badan. Walaupun Amin kuat makan badannya tetap kurus. Kesian sangat tengok Amin time tu. Tapi Amin memang kuat dan tabah. X penah bagi masalah walaupun dia x sihat. Doktor-doktor kat hospital pun suka tengok telatah Amin. Dia memang suka tegur doktor-doktor yang datang. Mesra alam arwah adikku ni. Lepas pembedahan tu Amin memang sangat sihat. Badan pun dah semakin berisi dan sangat comel. Kulit putih, rambut pulak warna perang. Sesiapa yang tengok Amin memang sejuk je pandang dia.
Tapi tiba-tiba kesihatan Amin xmenentu kembali. Asalnya berjangkit batuk je. Doktor memang ada beritahu antibodi kanak-kanak sindrom ni sangat lemah. Batuk yang Amin hidapi tu memang sangat lama dan teruk daripada orang lain. Sekali lagi Amin kena duduk hospital. Sebulan gak Amin kat hospital. Masa tu dah nak raya pun. Terpaksa aku adik-beradik ikut family Mak Anjang balik ke kampung. Raya tahun tu xde makna pun. Sebab sedih tengok keadaan Amin.
Lepas bebrapa hari, kesihatan Amin dah makin pulih. Doktor kata kalau xde apa-apa esok Amin boleh balik. Kami semua gembira sangat walaupun Amin lepas ni kena bergantung pada alat pernafasan. Tapi sekejapnya kegembiraan kami. Esoknya Amin demam. Doktor x bagi balik. Terus masuk kat wad IICU. Masa tu keadaan Amin dah nazak sangat. Kami bacakan surah Yassin untuknya. Habis je bacaan Yassin Amin pun tinggalkan kami. Doktor sahkan Amin meninggal dunia kerana Pneumonia (Radang Paru-paru).
Al-fatihah untukmu adikku sayang.....
14 JUN 2000 hingga 23 DISEMBER 2004
Arwah Amin dengan adikku Echa.... |
No comments:
Post a Comment