Salam semua....
Apa aktiviti cuti semalam? Aku pun sebenarnya xde planning apa2 pun dengan hubby. Pagi tu Kak Cik dah call semalam. Nak ajak kami pergi berkelah sekali. Kami berdua on ja. Tapi hubby aku p training badminton dulu la. Tiap kali cuti itulah xtvt hubby aku.
Lepas hubby pergi training, aku kat rumah ni menyinsing lengan menyiapkan bekalan untuk pergi berkelah. Bawa yang simple je. Kak Cik pun dah bawa ayam & ikan untuk dipanggang nanti. Bekalan aku ni hanya untuk tambah-tambah ja.
Kami bertolak berasingan. Kak Cik & family dari Changloon dan aku dari Bkt. Pinang. Tak jauh sangat pun. Sebab x jauh la banyak kali Kak Cik call tapi x sampai-sampai. Orang jauh boleh ja sampai cepat kan. Asal je Kak Cik call hubby aku jawab on the way, padahal kat rumah lagi. Tunggu hubby aku bersiap. Nak rehat dululah. kan baru lepas training badminton.
Dalam jam 1 petang kami sampai di hutan lipur. Memang dah ramai la orang di sana. Kami pun cari port kat bahagian atas. Bahagian bawah ni air keruh sikit. Mungkin sebab hari hujan sejak kebelakangan ni.
Sampai kat port kami, bermulalah pencarian kayu untuk buat unggun api. Nak bakar ayan & ikan yang kami bawa. Echa & Amirah la yang paling seronok. Sampai-sampai ja dah terjun dalam air. Memang cantik kat sini. Tapi air terjun kat sini banyak batu & pacat. Banyak kali Si Pacat ni nak cuba gigit aku. Nasib baik aku cepat sedar. Terus aku tarik & buang pacat.
Walaupun bergelut dengan Si Pacat, keseronokan xtvt kami tetap tidak terganggu. Hubby macam biasa keja dia memang bakar ayam & ikan. Lepas siap kami pun bermandi-manda sambil makan. Best tau sambil menghirup udara segar lagi nyaman.
Lepas puas bermandi-manda, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba hujan pun turun. Berteduhlah kami kat surau yang ada berhampiran port kami tu. Bila dah reda kami pun tanpa melengahkan masa berjalanlah pulang.
Tiba-tiba Kak Cik ada cadangan lain. Ajak pula berkaraoke. Kami pun menuju ke C Mart dan tentulah di Changloon. Dekat 15 lagu kami pulun habis. Echa & Amirah pun gila karaoke sampai berebut dengan kami mikrofon. Mula-mula Echa x mahu langsung pegang mikrofon sebab mamai baru bangun tido. Bila tengok Amirah syok pegang mikrofon sambil berjoget dia pun mulalah nak pegang juga. Sampai Mama & Abah dia nak nyanyi pun ken berebut mikrofon tu....hehehehe....
Selesai semua kami pun berpecah. Aku dengan Hubby masuk C Mart pergi shopping barang-barang dapur. Kak Cik & famili terus balik ke rumah. Kira-kira kul 8 lebih kami sampai kat rumah. XTVT kali ni pun memang x amik lagsung gambar. Entahlah sekarang ni macam malas ja nak bergambar...hehehe.... Aku hidangkan korang dengan coretan ini je la....Korang cubalah bayangkan...gunakan imaginasi kreatif korang tu....
Wassalam....
Search This Blog
~ Hey, It's Me! ~
- syazai86
- Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
- seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!
No comments:
Post a Comment