Xda apa sangat pun xtvt aku. Hari Rabu & Khamis agak sibuk sebab KP adakan lawatan ke tempat aku ni. Banyak bendala kena siap sedia. Selesai ja program ni kelegaan yang amat sangat. Keletihan x payah katalah kan.
Cuti Jumaat aritu aku & Hubby pergi ke Majlis Kenduri Kesyukuran kawan ofis Hubby. Pertama kali jumpa kengkawan ofis hubby. Kami dok sembang biasa-biasa ja la. Tapi dah jumpalah orang yang boleh kita 'get along' kan. Tak ada rasa kekok sangat.
Habis ja kenduri kami terus menuju ke Jitra. Shopping barang-barang dapur. Banyak gak la. Barang-barang yang kurang kena p tambahlah. Tak berasaplah dapur kami nanti. Balik tu dok menonton Maharaja Lawak. Memang dah setting masa kena balik sebelum mula rancangan ni. Final tu. Haruslah tengok.
Esoknya aku bangun konon-konon nak buat sarapan. Semua barang-barang dah keluar dari peti sejuk. Tiba-tiba hubby kata xpayah masak. Kita p rumah Kak Cik ja la. Aku pun apa lagi berkemas balik la. Semua barang masukkan balik dalam peti sejuk.
Bersiap-siap kemudian bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai ja terus ajak Kak Cik makan kat Marry Brown. Hubby kelaparan la tu. Lepas makan kami menuju ke Bukit Kayu Hitam. Cari coklat. Sempat la beli alas meja & sabun yang aku cari-cari selama ini. Lepas tu balik semula ke rumah Kak Cik. Siap makan tengah hari lagi.
Dah lama lepak rumah Kak Cik, hubby pun ajak balik. Dalam perjalanan tu, hubby ajak g tengok wayang. Aku on saja. Kami tengok kat AS Mall. Tengok cerita KL Gengster. Waktu tayangan pula jam 7.30 petang. Hubby apa lagi ajak g karaoke la dulu. Sejam la kami menghabiskan masa menyumbangkan suara sambil makan..hehehe...
Masa nak beli pop corn ternampaklah kawan hubby, Mizi. Rupa-rupanya tengok cerita yang sama. Xdapat dok sama sebab tempat penuh. Habis ja wayang, hubby ajak minum kat Georgetown White Coffee... Aku sorang ja makan. Kuat makan la aku sekarang ni. Masa nilah hubby dok bercerita zaman persekolahan di masa sek teknik dulu. Kelakar betul. Depa ni nakal-nakal rupanya.
Hubby punyala x puas bersembang dengan kawannya tu, siap ajak tengok wayang cerita X-Men pulak. Macamlah esok x keja kan. Kawan hubby terpaksa tolak la. Dia pun nak kerja esok...hehehe... Kesian hubby....masa reunion nanti sembang puas-puas ye,sayang....
Kami pun bertolak pulang.
-->
Search This Blog
~ Hey, It's Me! ~
- syazai86
- Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
- seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!
~ My Lovely Friends ~
Sunday, June 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment