Wah, lama betul aku x update entri blog aku ni....tiba-tiba blog ni dah jadi anak tiri....kekeke.. Banyak aku nak cerita sebenarnya tetapi kekabgan masa x mengizinkan. Hari ni barulah ada peluang.
Sebenarnya hujung bulan MEI aritu mak & adik-adik aku mai umah aku. Saja la depa nak melawat pengantin baru ni kan. Mak aku pun ni la pertama kali jejak kaki kat umah aku.
Depa bertolak dari KL petang. Sampai pun dah tengah malam. Sampai ja depa, aku & hubby bawa g makan dulu. Tau depa memang kelaparan dalam bas tu walaupun mak aku dah siapkan bekal....hehehe
Hari pertama bawa depa jalan sekitar AS. Destinasi pertama ke Pekan Rabu. X ada pa sangat yang depa borong sebab ada destinasi lain untuk borong. Adik aku ja la beli kuah rojak Mak Bee. Beli dodol sikit untuk Abah aku yang sememangnya penggemar dodol.
Lepas tu kami menuju ke Menara Alor Setar. Tapi, hampa xdapat naik sebab sedang ubahsuai lagi. Ambil gambar kat bawah menara ja la. Perut pun dah berkeroncong, hubby bawa g makan. Menu tengah hari kami ialah Laksa Ikan Sekoq & Cendol. Yummy2....Lepas tu kembung perut dengan laksa lagi. Kali ni Laksa Teluk Kuchai & Sate pula.
Lepas kekenyangan kami menuju ke Muzium Padi. Bergambar sakan la kami kat sana. Kemudian menuju ke rumah Kak Cik di UUM. Dalam perjalanan singgah ke Lye Huat Garden. Jenuh Kak Cik menunggu kami yang xsampai-sampai...hehehe... Sampai di rumah Kak Cik dihidangkan dengan Nasi Goreng & Kuey Teow Goreng. Tak boleh makan kenyang sangat lepas ni nak ke Danok. Hubby nak belanja masakan Thai pula. Makan saja arini. Menu kami tentu sajalah Tom Yam Putih, Kailan Goreng, Daging Bakar & Telur Dadar. Memang sedap Tom Yam asli Thai ni. Korang kena cuba sendiri.
Aktiviti hari kedua pula. Agak lewat kami semua bangun. Dah semalam keletihan dan kurang tidur pula. Bangun ja terus bersiap-siap. Habis ja aktiviti arini kami akan terus menuju ke KL. Lepas bersiap kami menuju ke Tanjung Dawai. Kat sinilah depa akan borong habis-habisan. Harga kat sini memang murah. Hubby letak kereta di Pantai Merdeka. Kami naik bot menuju ke Tanjung Dawai.
Setelah puas membeli belah, kami singgah ke kampung Hubby di KKM. Kat sini kami dok relaks kan diri, makan & dok menyembang. Lepas tu menuju ke destinasi terakhir kami ke Pulau Pinang. Sampai ja naik feri. Cantik sungguh pemandangan waktu malam Penang.
Kat Penang ni kami p cari jeruk la kan. Nasib baik sempat shopping jeruk. Kedai dah nak tutup masa ni. Beli ja apa yang tercapai dek tangan ni. Lepas tu kami ronda-ronda Penang. Hubby aku boleh tersesat pula cari Restoran Nasi Kandar Mustapha. Ni nasi kandar paling popular kat sana. Nasib baik jumpa gak. Kalau tidak kempunan la adik-adik aku...hehehe...
Perut pun dah kenyang masa untuk pulang...
Selamat tinggal Pulau Pinang, Selamat Datang Kuala Lumpur.....
No comments:
Post a Comment