NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, January 30, 2011

BIKIN PANAS AJE LA......

Macam yang korang tahu, aku bertolak dari KL ke Kedah semalam. Tiket aku sepatutnya jam 2 petang. Tapi bas aku mengalami kelewatan yang amat sangat. Jam 4.30 petang baru aku bertolak dari Hentian Duta.  Selama 2 jam 30 minit kepanasan menunggu bas yang xsampai-sampai lagi. Nasib baik aku balik kali ni dengan Tikah. Kalau sorang-sorang mau aku g cari tiket lain. Banyak kali kitorang terjah kaunter pertanyaan. Tiap kali tu la gak jawapan dorang tunggu aje....hhhmmmm....Penantian tu satu penyeksaan kan....

Ikut pelan asal aku dengan hubby sampai je aku kat AS kitorang akan g stadium. Tengok game Kedah vs T-Team. Pelan tu hanya tinggal pelan aje la. Dah aku sampai As kul 10.30 mlm plak. Hubby aku je la g stadium. Tu pun dia kuar awal. Yelah nak amik aku kat Terminal Shahab Perdana plak.

Masuk je kereta hubby bawa aku g makan Char Kuey Teow Special kat Bandar Darul Aman. Lepas makan bertolak balik ke rumah. Hati yang panas bertukar jadi sejuk bila jumpa hubby la kan....hehehehe....

Tapi aku memang xpuas hati la dengan perkhidmatan bas semalam. Bukan perjalanan aku je yang tertangguh rupa-rupanya perjalanan jam 10.30 pg pun sama. Korang bayangkanlah berapa banyak masa yang terbuang kan. Kalau ada orang yg perlu sampai awal atas sebab-sebab kecemasan macam mana? Xkesian ke kat orang tu? Korang fikirkan la.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers