NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Saturday, January 1, 2011

MENGINTAI DARI KAMAR TAHUN 2010


Hari ni kita dah masuk tahun 2011.....tapi aku nak gak review kembali kisah-kisah hidup tahun 2010....hehehehe. Tahun 2010...banyak sangat kenangan suka duka bersama mu....

 
time anak dara dulu...hehehe
 
1. Keluarga

Keluarga kecil ku dah bertambah. Kehadiran hubby ku melengkapkan hidupku. Aku dapat seorang suami. Adik-adikku dapat seorang abang. Mak Abah dapat seorang lagi anak lelaki. Gembira bukan kepalang dorang ni. InsyaAllah aku ingin menjadi isteri, anak dan kakak yang terbaik untuk semua. Bermulanya pertemuan kami di Puduraya pada pada 3 September 2006. Masa tu baru tahu yang kami ni belajar tempat yang sama dan duduk di kamsis yang sama selama ni. Hubby aku AJK kat kamsis pula. Tapi sepanjang duduk kamsis tu aku memang xpenah jumpa dia. Kelakar sungguh. Kami jadi pasangan kekasih pada 26 November 2006. Masa tu declare kat Panching, Pahang. Kemudian pada 12 Jun 2010 bertunang dan 20 November pula sah menjadi pasangan suami isteri. X sangka pertemuan pertama tu membawa kami sampai ke hari ni.

  
SUP Kimia Malaysia
   2. Kerjaya

Tahun ni kami yang dulunya bergelar Pembantu Tadbir Kesetiausahaan kini Setiausaha Pejabat. Dulu walaupun pemegang Diploma tapi gred kami tetap N17. Sekarang kami dah naik gred N27. Gaji pun dah naik. Terima kasih pada senior-senior yang membawa kami sampai ke sini. Jasa-jasa anda semua sangat kami hargai. Syukur Alhamdulillah.


3. Reunion86 - SMKTM & SKTM

Permulaan wujudnya kelab ni hasil idea rakan-rakan yang ingin kami semua berjumpa kembali. Bukan senang sebenarnya nak mengumpulkan kembali rakan-rakan lama yang dah lama x berjumpa. Bermula dengan destinasi reunion kami yang pertama iaitu Pulau Langkawi pada bulan Januari. Masa ni xramai lagi yang dapat join. Kemudian reunion yang kedua di Pulau Pangkor pada bulan Julai pula. Sayang sangat dengan mereka semua. Komitmen yang semua berikan menghasilkan kerjasama yang sangat memberangsangkan. InsyaAllah Mei 2011 akan sampai pula ke Kota Kinabalu. Banyak xtvt yang telah dirancang pada tahun 2011.

 

Pantai Merdeka

 

Pulau Langkawi


Pulau Pinang


4. Cuti-cuti Malaysia

Tahun 2010 ni banyak gak tempat aku dah sampai. Destinasi tahun ni kebanyakannya ke Utara. Pergi ke Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Suka sangat pergi tempat-tempat ni. Banyak tarikan kot kat sana.



5. Diriku

Aku dulu seorang yang agak panas baran. Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh mengawal kemarahan aku tu. Bahagia bersama orang aku sayang. Ada famili yang menyayangi diri aku. Menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri. Walaupun hubby duduk jauh tapi tetap rasa hubby kat sisi. Harap-harap aku dapat dok dekat dengan hubby dalam masa terdekat ni. InsyaAllah.... Mana tau nanti ada pula rezeki kami nak jadi mama to be and babah to be..... Doakan kami berdua ye.....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers