Hehehe.....jeng...jeng...jeng.....
Ni la hadiah yang aku dapat...hehehe |
Semalam dapat surprise dari hubby. Tiba-tiba hubby muncul kat umah padahal baru je minggu lepas datang. Adeh....nampak je muka hubby aku dah xdapat nak kata apa-apa...speechless...bak kata orang putih....hahaha... Memang terkejut yang amat sangat.
Perancangan hubby aku memang sangat rapi. Sampaikan aku x ada sedikit pun rasa dia akan terjah KL lagi minggu ni. Hubby pun sibuk dengan perlawanan Paintball kat Pulau Pinang. Aku pun pagi2 dah bangunkan hubby g keja. Memang pandai berlakon hubby aku ni. Semuanya berlaku seperti biasa. Patutlah aku mesej xberjawab. Aku ingat sibuk dengan kerja. Rupa-rupanya ada plan nak buat kejutan untuk aku. Lagipun susah hubby nak surprisekan aku ni. Aku ni selalu je dapat rasa kalau ada sesuatu. Ceh, dah macam ada sixth sense pulak.....hahaha....
Seriously memang kalau terjadi apa-apa kat hubby aku akan ada perasaan xsenang tu. Time tu mula la aku risau ja. Mungkin semua isteri dapat rasa seperti yang aku rasa ni kot. Maklumlah aku ni dok berjauhan dengan hubby. Allah kurniakan pula instinct yang kuat ni. Aku ingat lagi, masa tu kami tengah hot bercinta. Malam tu rasa xsedap sangat. Asyik teringatkan hubby ja. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku kat hubby. Aku pun terus call hubby. Rupa-rupanya hubby baru je lepas excident berlanggar dengan lori yang melintang jalan kerana pemandunya mabuk. Kejadian tu berlaku kat Pulau Pinang. Berderau darah aku masa tu. Seminggu hubby kat hospital. Kena masuk air. Tu yang sekarang hubby makin membesar. Badan hubby susah nak dapat figure macam dulu lagi. Doktor plak sahkan ada darah beku kat kepala. Kesannya hubby xboleh ada tekanan, mesti kepala sakit. Sekarang ni dah beransur pulih, Alhamdulillah....
Nilah hadiah paling bermakna dari seorang suami untuk seorang isteri. Sanggup bersusah payah datang dari jauh hanya nak jumpa isterimu ini. Terima kasih, sayang.
No comments:
Post a Comment