NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Friday, January 28, 2011

KEHENDAK VS KEPERLUAN

Salam tengah hari jumaat semua.....

Tanggal 28 Januari ni rutin hari ini dimulakan dengan mendengar ceramah "Pengurusan Kerja".  Penceramahnya seorang wanita. Sambil menyampaikan ceramah diselitkan kisah hidupnya. Pengalaman beliau mengenai kisah hidupnya. Selama 7 tahun menanti kelahiran cahaya mata akhirnya dengan kaedah IVF berjaya mendapat seorang cahaya mata. Tetapi di sebalik kegembiraan itu, ada pula kesedihan yang mengiringi beliau. Suami beliau pula di diagnosis menghidap Dialisis. Bayangkan keperitan yang dialami seorang isteri yang sedang sarat mengandung, berkerjaya terpaksa pula menguruskan suami yang sakit. Beliau mengaku sering berdoa untuk mendapat cahaya mata sehingga terlupa memohon kesejahteraan untuk seisi keluarga. Memang keadaan tersebut memerlukan ketabahan dan kekuatan dalam diri kita.

Kita sebagai HambaNya memang x penah puas dengan nikmat yang telah Allah berikan. Kekadang kita lupa apa peranan kita sebagai HambaNya. Kita sering meminta padaNya. Tetapi hanya Allah yang serba tahu apa keperluan kita. Allah Maha Mengetahui... Bersyukurlah apa yang kita ada, Redha dan tabah menghadapi ujianNya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memberatkan hamba-hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak boleh gapai...

RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA....







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers