NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT TINGGAL 2014


Salam semua,

Hari ni 31.12.2014
hari terakhir kita berada dalam tahun 2014
esok bermulanya episod baru kita semua
bermulanya kehidupan kita untuk tahun 2015.

Tahun ni penuh dengan pelbagai dugaan
bagi kita semua kan
macam-macam yang jadi kat negara kita 
Semoga tahun 2015 memberikan sinar yang lebih cerah
untuk kita semua


Bagi famili aku pun sama
banyak dugaan buat famili kami
pelbagai rentetan yang berlaku 
dalam famili 
sebagai pengajaran untuk kami sekeluarga




Bermulanya cerita
dengan kehadiran 
anakanda kami yang ke3
seorang puteri
kehadiran yang tidak dijangka
Alhamdulillah rezeki kami
menerima puteri yang sangat comel
Alhamdulillah sekarang dah menginjak 
ke 7 bulan ++ dikurniakan anakanda kami
kesihatan yang bagus dan dipermudahkan
kami menjaga ketiga2 anakanda kami





Dalam bulan yang sama juga 
merupakan pernikahan dan majlis resepsi
adinda aku yang ke2
sayangnya kami 1 famili xdpt nak bersama
aku telah melahirkan puteri kami
jadi hanya mak abah aku n adik aku
bersama-sama saudara-mara yang lain
pergi menghantar rombongan pengantin di Johor
aku hanya sempat menghantar
rombongan merisik dan pertunangan adinda aku sahaja
jadilah kan
InsyaAllah dijangka bulan Mac 2015 akan lahirlah 
seorang cucu ke4 dalam famili aku
semoga semuanya akan dipermudahkan.


Bulan September
bermula kembali rutin sebagai penjawat awam
setelah cuti bersalin selama 3 bulan
aku dapat pula panggilan kursus di PLKM Melaka.
terasa ralat juga nak meninggalkan anak
yang masih kecil masa tu
tapi aku kuatkan semangat jugak
bersama sokongan seorang suami
Malam pertama tinggalkan anak
hati xtenteram sangat
dapat plak panggilan
si kecil xmo nak tido
ikutkan hati ni nak patah balik ja
nasib baik esoknya si kecil dah ok sikit
tapi alhamdulillah aku hadir kursus 
tersebut dengan jayanya
Jumpa kawn-kawan lama
masa duduk di HQ dulu
terubat sikit kerinduan tu kan



Bulan ini juga kami telah kehilangan
seorang abang
kehilangan yang tidak diduga
rasa macam xpercaya
perjalanan kami aritu
dari KL ke Kedah
merupakan perjalanan terakhir kami 
bersama arwah Cik Ad
Ya Allah tempatkanlah arwah 
dikalangan orang-orang yang beriman..

gambar raya terakhir bersama arwah


Tahun ni
memang tiada sebarang aktiviti
Famili Day yang dirancang
sebagaimana tahun sebelumnya
orang kata xda feel nak p mana-mana
hanya my MIL, FIL, 2 orang anak menakan
anak2 arwah Abg Mie 
yang berangkat ke Sabah
untuk menyelesaikan semua urusan 
arwan Cik Ad di sana.
Kita hanya merancang 
Allah pula Maha Menentukan.

Xde plan Famili Day
xbermakna kami xbawa ank-anak p mana-mana
hanya meronda dalam Kedah sajalah
Kebetulan adik aku yang bongsu
mai bersama-sama kengkawan dia dari KL
sempatlah pusing-pusing bandaraya Alor Setar
kami p Pameran Petrosains Dinotrek 2 di Balai Seni, Alor Setar
bawa depa p makan Laksa Teluk Kuchai 
dan singgah cuci mata Aeon Big yang 
kebetulan baru je buka 







Bulan Disember juga
berlaku peristiwa paling mengejutkan
di taman kami
berlaku letupan bom 
kejadian yang xpernah
disangka-sangka akan berlaku
Kejadian yang sangat tragik
mengakibatkan hilangnya
nyawa dan harta benda
takziah kepada semua mangsa.


Segala yang berlaku dalam hidup kita ni pasti ada hikmahmya.  Allah x akan menguji hambanya jika kita xmampu menghadapi ujianNya.  Hanya pada Mu tempat kami berserah Ya Allah...Hanya pada Mu....


Semoga tahun 2015 kita diberi sinar baru...untuk lebih tabah menghadapi dugaan, ujian dan cabaran dari Allah ini...amin...


GERIMIS MENGUNDANG- SLAM




Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Chorus
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada

Sedangkan kau bersahaja

Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Ulang Chorus
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis





P/S : 
Xtaula kenapa...bila dengar lagu ni rasa syok ja..padahal lagu sedih ni...
aku memang peminat lagu-lagu kumpulan Slam ni
sampai arini aku hafal lirik lagu depa
terkesan dalam hati kot kan
sesuai la plak dengan dugaan yang kita hadapi sebagai penutup tahun 2014 ni...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers