NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Showing posts with label jemputan. Show all posts
Showing posts with label jemputan. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SURAM

Dah beberapa hari aku x menaip apa-apa entri kat sini. Bukan apa-apa pun. Sekarang ni mood untuk mengarang kurang sikit. Asyik dok berlegar-legar blogwalking saja la.

Minggu lepas balik kampung pun kurang xtvt. Sepatutnya kena terjah 5 buah kenduri. Alih-alih 1 kenduri pun x pergi. Hubby diserang demam panas. Memang panas tahap nak terbakar dah badan hubby (side effect terlebih-lebih pulak ni...hehehe...) .

Aku bertolak dari KL kul 11 mlm. Sampai kat AS dalam kul 5 lebih la. Sampai umah je qada' balik tido aku. Tapi xboleh pun. Dah biasa bangun pagi-pagi kan. Mata pun dok terkebil-kebil nak pejam ke nak celik. Agak-agak ngantuk aku dah berkurang aku terus bangunlah. Bosan pula melayan mata aku ni yg rasa mengantuk tapi xnk tido. Korang faham x ni? Buat-buat faham je la...hehehe...

 Petang tu aku & hubby g umah Kak Cik. Dalam perjalanan singgah KFC dulu. Macam biasala. Kena umpan Echa & Amirah. Padahal dah lama xmakan KFC. Tu yang pulun 1 bucket tu. Lepas makan bertolak pula ke KKM. Balik jumpa Mak & Abah plak. Hubby pun dah lama xbalik kg. Nama je dekat tapi dah sibuk sangat keja memang xde kesempatan la nak balik.

 Sampai kat umah hubby ok lagi. Tetapi bila masuk tengah malam panas badan hubby naik mendadak. Aku terpaksa basahkan tuala letak kat atas kepala. Aku berulang-alik beberapa kali la dari bilik air. Nasib baik bilik air kat sebelah bilik ja. Senang ckit nak kuar masuk kan.  

Pagi tu bangunkan hubby pindah kat bawah. Pe lagi proses melumurkan air asam jawa kat hubby pun bermula. Punyalah manja hubby aku ni. Mentang-mentang kat sebelah ada mak. Sebelah lagi isterinya ni. Seronok betul hubby dapat layanan istimewa ye. Alhamdulillah lepas tu panas badan hubby dah turun ckit.  Berkat tangan mak & isteri tercinta la ni kan.

Tapi semua xtvt kenduri-kendara ni terpaksalah dibatalkan. Hubby memang dah xlarat sangat. Terpaksalah kirim hadiah yang dibeli tu kemudian. Maaf ye kepada pengantin-pengantin semua. Program terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Sila tuntut hadiah korang nanti ye.


 

Wednesday, March 2, 2011

MAC : BULAN ORANG KAWIN LERRR....

Minggu depan aku cuti lagi....hehehe... biasalah xtvt balik kg. Lagipun bila lagi nak jumpa hubby kan. Program utamanya balik AS sebab nak menghadiri majlis kawin kengkawan. Sorang kat Pendang (kawan poli hubby) & 2 orang lagi kat Selangor ni. Pening gak nak pilih g yang mana. Dahla depa ni mai time kitorang kawin dulu. Lagipun masa kenduri kawin ni la leh jumpa kengkawan lama kan. Best tau.

Punyala penat otak nak fikir nak arrange masa kitorang biar semua majlis dapat pergi ni. Kata sepakat dah dapat. Akhirnya aku bertolak ke AS dulu. Sebab kawan hubby aku ni kawin ari Sabtu. Petang atau malam kitorang bertolak la ke Selangor. Tengahari sok bolehla g kenduri kawin kengkawan sek & poli aku plak. Adil la kan. hehehe....

Kenduri kawin kengkawan sek aku ni wajiblah aku g. Dah dapat ugutan dari tuan badan, Cik Jue. Punyalah semangat makcik ni siap minta alamat bagai konon-konon nak pos la. Alih-alih call xjadi pos. Minta orang utusan edarkan kad iaitu Yaya. Sian Yaya tau sume kengkawan ingat dia yang nak kawin. Tapi xpe Cik Jue, aku yakin lepas ni turn dia plak naik pelamin. Dah dapat aura keberkatan majlis ko tu...hehehe.... Sibuk sgt keja ko ni pun sampai nak singgah TM jumpa kengkawan pun xboleh dah. Nasib baik kitorang ni xcepat sentap. Xkisahla asal sampai gak jemputan ko tu.

Tapi yang paling best balik kali ini dapat tengok gambar kawin masa bertandang kat KKM. Gambar-gambar & video kitorang dah siap. Tak boleh tahan bila hubby ejek aku setelah tgk video kawin kitorang tu. Ni yang aku nak tgk sgt ni. Korang tunggulah kot-kot aku nak upload ke.... Tungggggguuuuu......

Saturday, February 5, 2011

BERJIMBA-JIMBA @ KOTA KUALA MUDA

Arini sebenarnya xde xtvt pun. Semua dah letih g mandi-manda semalam. Tapi petang tu mak ajak g kenduri kawin jiran kat sini. Pergi dengan Mak, famili Kak Cik dan hubby.  Sebenarnya majlis tu dekat je. Jalan kaki pun boleh. Tapi punyalah jauh kesesakan lalu lintas time tu. Allah saja yang tau. Time ni pun kat Pantai Merdeka ada karnival. Ni la penyebab utama kesesakan jalan ni. Tambah lak jalan ni kecik je. Dengan bas, keta, motor semua nak lalu.

Setelah dapat melepasi kesesakan, kami pun sampai ke majlis kawin tersebut. Sampai je g terjah makanan dulu. Time kami sampai tu tuan rumah xkelihatan. Xtau la sibuk ke mana. Lepas makan macam biasa g cari tuan rumah nk bersalam. Tapi aku pelik kat hubby aku ni. Dia letak duit kat dalam sampul suruh Mak yang sampaikan. Rupa-rupanya hubby aku penah kena gosip dengan adik pengantin time sek dulu...hahaha... Tu yang jadi insan pemalu yang amat. Balik tu Mak ajak singgah g pantai. Tapi hubby aku ni malas nak pergi. Hubby aku ni xsuka sangat tempat orang yang terlalu ramai ni. Tambah lak ada karnival kat pantai. Lagila dia malas. Akhirnya g singgah kat umah sedara hubby. Sebelah umah je pun. Bawalah buah tangan ckit.

Lepas tu balik ke rumah. Berehat & tukar baju kejap. Kak Cik bersama famili pun bersiap nak g pantai. Nak jenguk-jenguk karnival. Aku pun nak gak g pantai. Pujuk la gak hubby ajak g pantai gak. Akhirnya hubby setuju. Kami pun pergi naik motor je. Dekat pun. Macam-macam booth ada kat pantai. Jualan baju, kasut, beg, makanan dan mcam-macam lagila. Dah sampai tu cari famili Kak Cik. Tunggu Echa main kat sana.Aku dengan hubby beli air dengan keropok lekor bawa balik umah. Kebetulan pula terserempak pula dengan adik pengantin yang digosipkan dengan hubby aku dulu...hehehe....

Sepatutnya malam ni aku & hubby nk balik AS nak cari tiket balik KL. Alih-alih x jadi sebab mak ajak g cari siput kat pantai esok pagi. Hubby aku pun call la kawan dia minta tolong carikan tiket. Nasib baik ada. Tu yang cancel balik malam ni. Jom g cari siput.....




Monday, November 15, 2010

MAJLIS BERKAMPUNG

Mungkin ada yang xtau apa majlis ni kan...majlis ni dibuat untuk membahagikan kerja-kerja time kenduri aku nanti supaya majlis aku nanti berjalan lebih lancar la. Aku memang duduk kat kawasan bandar tapi semangat gotong-royong tu masih ada sampai sekarang. Majlis aku nanti pun kami masak secara beramai-ramai. Meriahla nanti kan. Dapatla merasa suasana macam kat kg kan. best tau... Kawasan rumah aku ni memang ada persatuan penduduk dan persatuan ni pun baru je didaftarkan. Banyak kelebihan leh dapat terutamanya time kendurila. Xdela terkejar-kejar nk cari orang sewa khemah, kerusi meja semua tu. Semua dah disediakan. Semua keperluan untuk kenduri memang dah tersediala. Majlis ini diadakan pada 13 November 2010 (Sabtu) jam 9.00 malam. Masa ni pun kami masak ramai-ramai. Majlis ni dipengerusikan oleh Pengerusi persatuan penduduk kawasan umah aku. Bincangkan pasal menu kenduri nanti & pembahagian kerja-kerja pada hari kenduri nanti. Setiap kerja tu akan ada ketua untuk memantau keperluan time hari itu nanti. Xdela kelam kabut sangat kan. Alhamdulillah malam tu kira-kira 100 orang datang ke rumah untuk menghadiri majlis tersebut. Semua berjalan lancar dan InsyaAllah untuk majlis aku nanti akan selancar ini juga. Amin.....

Sebenarnya pagi tu aku dengan en tunang ke Nur Nilam Sari nk g last fitting baju2 kami. Minggu depan je majlis kan. Bila dah settle semua kat sana kami p la makan kat nasi briyani. Lepas tu bertolak pulang tapi singgah ke Sunway Pyramid nk settle beli barang-barang kami. Macam biasala kalau shopping dengan en tunang memang sangat lama la. hehehe.... Merayapla kami kat shopping kompleks tu seharian. Akhirnya dapatla barang yang kitorang cari tu. Kemudian g makan kat Kenny's Rogers. Nak balik pulak xjumpa lif yang sepatutnya ke tempat letak kereta kitorang. hahaha.. Memang berpusingla kitorang dalam Pyramid tu. adeh....kaki dah sakit tahap gaban dah ni.  Perut yang dah terisi tu pun dah kembali lapar kembali. hehehe...Last2 jumpa gak lif kitorang tu. Lama gakla tunggi lif tu. Akhirnya bertolak pulang ke rumah aku. En tunang pulak bertolak ke rumah Abg Din di Puchong. Aku pulak bertungkus-lumus di dapur membantu menyiapkan hidangan majlis berkampung kat rumah aku sebelah malamnya. Hujung minggu yang memenatkan tapi seronok sangat!!!!....

Tuesday, October 26, 2010

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

-dedikasi untuk kami daripada hafiz benjomen-





Singahsana di Taman Medan 21 Nov 2010





Singahsana di Kota Kuala Muda 28 Nov 2010



 Kengkawan semua inilah kad undangan dari kami. Korang jangan malu-malu & segan untuk menghadiri majlis kami ye. Doakan majlis kami berjalan lancar dan kebahagian kami sampai ke akhir hayat kami. Amin.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers