NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Thursday, November 21, 2013

OUR SPECIAL DAY


Salam semua,
 
Arini nak sambung pasal anniversary kami lagi....
boleh pula ada sambungan kan....hihihi...
 
Kali ni nak cite pasal sambutan je
Kami sambut secara kecil-kecilan je
Anak-anak pun masih xfaham sangat
Kakak pun sibuk dgn kartun Upin Ipinnya
Mama & Abah tengah potong kek pun dia boleh buat xtau je
Adik pulak ronda-ronda naik walker sambil mengemas
kemasla sangat kan...
hahahaha.....
 
 
Planning asal aku sebenarnya nak surprisekan mr. Hubby
dengan kek n hadiah untuk dia la
alih-alih sehari sebelum anniversary kami ni
mr. Hubby yang buat kejutan dulu
Dia dah beli kek siap-siap dah
hehehe...
siap simpan terus dalam peti ais kat rumah tu
buka je peti ais tengok dah ada kotak kek
 
 
Pandai berlakon mr. Huby ni
dia boleh buat xtau je
balik dari kerja
dia siap tanya nak makan special x
aku pn dgn blurrnya jawab ok je la
makan ko...hahaha
xterfikirla aku mr. Hubby nak sambut
Anniversary kami...
kuikuikui......
 
Memang special la
siap dengan
Siakap Stim Limau
Tom Yam Campur
Kerabu Udang (sebenarnya mr. Hubby request kerabu kaki ayam tapi xde)
Timun & Sambal Belacan
 
Tapi kek anniversary kami tu
20.11.2013 baru aku boleh buka
hehehe....
sedap tau korang
Oreo Cheese Cake tu.....
sedap sangat.....





Oreo Cheese Cake

Special for mr. Hubby

Muka hepi dapat hadiah...kikiki.....




Wednesday, November 20, 2013

NOVEMBER : BULAN CINTA KAMI


Salam semua,

20 November 2010 - 20 November 2013

Alhamdulillah genap 3 tahun kami bersama.  Orang kata masih setahun jagung.
Yela, orang lain bertahun-tahun bersama.  Pengalaman pun xsetara mana.  Banyak lagi yang perlu kami belajar.

Sepanjang 3 tahun bersama ni banyak yang kami belajar.  Rasakan pengalaman berumah tangga yang ada pasang surutnya ni. Belajar menghadapi dugaan yang datang.  Belajar mengatasi masalah yang melanda.  Pendek kata semuanya belajar daripada pengalaman. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.  Dugaan yang Allah beri untuk menguji hambaNYa.  Itu juga tanda Allah sayangkan kita. Tak nak kita hanyut dengan dunia yang penuh pancaroba ni.


Untuk Mr. Arrogantku : (Nak jugak kan..hahaha)

Terima kasih untuk segala-galanya yang B lakukan untuk family kita.
Ma sangat-sangat hargai.  Terima kasih menjadi suami yang memahami dan sentiasa berada di sisi isterimu ini (wife dia ni banyak kerenah...).  Terima kasih juga kerana menjadi Abah yang terbaik untuk anak-anak kita.  Moga kasih sayang kita hingga ke Jannah nanti.  Ingin menjadi bidadari di samping suami tercinta. Amin.....











Monday, November 18, 2013

KENANGAN AKU DAN DIA......


Salam semua,
 
Korang ada x harta yang korang sayang sangat-sangat
kalau benda tu rosak sikit pun korang akan try untuk baiki or betulkan....
 
Harta kesayangan aku ialah sebuah jam tangan.
Lama dah jam ni menemani aku
Jam ni merupakan hadiah hari jadi aku yang ke 23 tahun
(sekarang aku pun dah 27 tahun...)
Yang bestnya Hubby yang hadiahkan
masa ni kami belum jadi suami isteri lagi.

Selama ni jam yang aku pakai
xpernah bertahan macam hadiah hubby ni
selalu sebulan dua je kat tangan aku ni
sebab aku ni lasak sikit pakai jam
kalau jam tu x tercabut, jam tu akan bercalar cerminnya.
hahaha.....

Tapi kan jam kesayangan aku ni pun
macam dah nak mengundurkan diri
ari Sabtu lepas tali dia dah tercabut
sedihnya.....
kalut-kalut dok handle anak-anak
tengok-tengok tali jam dah tercabut
agak-agak tali jam tu leh cari lain x
punyalah nak jam tu jugak
kekeke.....
jam ni jenama Casio
x taula ada lagi ke design yang sama macam tu

Aku ni kalau orang hadiahkan
selagi xrosak memang aku pakaila
tu cara aku menghargai
lebih-lebih hadiah dari seorang suami
banyak kenangannya....
sentimental value orang kata....



ni la rupa jam aku tu.....pinky lg tau.....hehehe.....
sumber : en. google la.....

 

Monday, November 11, 2013

IMPIANNYA SUDAH JADI KENYATAAN


Salam semua,

Selamat bersiaran kembali.... (Cewah, macam la dok tengah live sgt..hahaha!)

Korang semua mesti ada impian @ wishlist dalam hidup kan?
Aku nak cerita pasal impian Hubby aku ni....
Tiap-tiap tahun wishlist dia nak memiliki motorsikal berkuasa tinggi
ala-ala superbike tu la...hihihi


Semasa perkenalan kami dulu pun
Hubby dah pakai 'motor besar' ni
Masa tu dah pakai TZM
tapi bila masa nak dating dengan aku
selalu je motor tu kene reject  dengan aku
redha je la Hubby aku tu
Susah payah tukar motor tu dengan kawan-kawan
nak bawa aku keluar....hehehe
thanks la ye B....

dah melalut sangat ni...hehehe.....
kata nak cite impian Hubby.....

Alhamdulillah...
semalam impian Hubby kiranya dah jadi kenyataan la
walaupun xdapat memiliki superbike
tapi dapatlah motor besar
tahniah ye B.....


Pagi tadi kami berdua merempitlah bersama
merasmikan motor besar Hubby....

p/s :  ni kiranya hadiah anniversary la ye....hahaha.....boleh  tak?


Thursday, November 7, 2013

PROJEK FAMILI



Family Day Haji Shahid & Hajah Bedah 2012



Wow, penuh gambarkan....
Ni family sebelah my Hubby
Masa ni Family Day kami tahun lepas.
Alhamdulillah...
hampir kesemua ada masa ni...
Masa ni di Brinchang, Cameron Highlands
Dok kat sana selama 2 hari 1 malam.
Dalam perjalanan
sempat singgah di Zoo Taiping
Konvoi kami ni ada 8 buah kereta semuanya.
Meriah sangat
Lebih kurang 44 orang ahli keluarga yang turut serta.
Kami sewa 1 apartment je.
Memang seronok sangat..
Tahun ni xpasti lagi destinasi kami.
Tunggu keputusan dari Projek Manager la.
Siapa lagi kalau bukan my Hubby ni.
Cepat-cepat
bagi cadangan our famili.
Xdapat nak p jauh-jauh sangat tahun ni
semua ada anak kecil
hehehe....



Wednesday, November 6, 2013

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI


Tanyalah Ustazah
Panel : Ustazah Harlina Siraj

PERANAN BAPA

1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah     5 tahun.
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya.
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding       dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikut oleh anak. Cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.


PERANAN IBU

1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.




HIJRAH


Salam semua....
Sempena Maal Hijrah ni
Blog aku pun dah berwajah baru
Header je la yang bertukar pun...

Sekarang ni sambil blogwalking
ditemani dua anak-anak kesayangan Mama
Moga lepas ni
Bersemangatlah mama ni nak update entri
hehehehe......

Thanks pada UMIE SUE yang bersusah payah
menyiapkan header ni
thanks dear......
cantik sangat header ni.....
lain kali boleh tempah lagi
hihihihi...

Sesiapa yang berminat bolehlah
terbuka sehingga 9 November ni
Nak buat watermark pun boleh..
cepat-cepat.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...