NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, February 28, 2011

HUBBY DEMAM LAGI.......

Arini 1 ari xdpt
mesej atau panggilan dari hubby
aku try gak call
tp xberjawab
banyak kali gak aku try
masih xberjawab.....

Balik keja tadi aku try la call lagi
Rupa-rupanya hubby x g keja
hubby demam balik
1 ari hubby tido je

Petang semalam main bola
malam tu pulak ada keja sampai ke pagi
dengan mengantuk
demam pun x kebah lagi
haruslah hubby jatuh sakit kembali

Aku dah rasa nak sewa helipkopter
balik AS sekarang gak
tapi apakan daya
diri ini x mampu
ada sapa-sapa nak sponsor
heli x?

Sayang.....
cepat-cepat sembuh ye...
Rehat sepenuhnya tau...

Ya Allah....
Kurniakan kesihatan untuk suamiku....
Lindungi suamiku dari kezaliman dunia....
Berkati suamiku dengan limpahan rezeki - Mu.....
amin.....


ADEH....DEMAM LA PULAK.....

Hujung minggu kali ni agak membosankan
aku diserang demam la plak....
Konon-konon nak mengadu kat hubby
alih-alih hubby pun demam gak
xleh langsung aku nak demam sorang-sorang
hahaha....

Tapi hubby terpaksa kebalkan diri
petang tu ada perlawanan persahabatan
main bola sepak plak kali ni
nak x nak kena tahan la
orang penting katakan
aku siap tanya hubby boleh ke main ni?
agak-agak leh sumbat gol x?
xpenah buat latihan pun sebelum ni?
berlagak macam jurulatih plak kau ni
hahahaha....

Hubby gelak je la
Dia kata ok ja....
Pasukan hubby menang petang tu
walaupun bukan hubby yang sumbat gol
tukang bagi jalan kat striker je...
dah lama pun hubby x main bola sepak ni
selalu je dengan futsal
minggu depan pun ada lagi
perlawanan persahabatan....

Aku plak lepas tu makan ubat
terus merehatkan diri
agak panasla suhu badan aku semalam
orang jarang demam
sekali kena terus tumbang....
sampai petangla aku ketiduran...
hahaha....

doktor bg ubat
 batuk, demam & vitamin
aku makan ubat
demam & vitamin je....
orang degil macam ni la...
hehehe....

Sebab tu aku xsuka demam ni
kena makan ubat
aku xsuka makan
kalau sakit
aku rehatkan badan aku je
selalunya berjaya
tapi kali ni.....
pengsan gak akibat penangan demam....




Thursday, February 24, 2011

JOM KELUARKAN SUARA SOPRANO....


Kejap lagi ada latihan koir.... hehehe....
Ofis aku ni ada giliran time wat perhimpunan bulanan.
Turn bahagian aku bulan ni.
Tu yang gigih berlatih masing-masing.
Tambahan pulak mempunyai konduktor koir yang ada semangat
lebih dari konduktor orkestra.
Betul-betul sumber inspirasilah....
hahahaha....

Makanan & minuman pun ada tau.
 Tu yang lagi tambah semangat
nak melalak kejap lagi.....
hahahaha....


CINTA PANDANG PERTAMA ABANG BERUNIFORM

Tiba-tiba je aku teringat kenangan masa anak dara dulu...hehehe.....

Kejadian ni berlaku semasa aku keja lepas graduat dari poli. Masa tu g keja naik bas je. Tempat keja aku ni jauh ke dalam gak la. Sebelum sampai tu aku akan lalu Caltex.

Hari-hari aku lalu tempat tu. Seperti biasala dengan lenggang- lenggok anak dara kan. Sambil jalan tu menyanyi kecil kat dalam hati. Riang-ria kanak-kanak ribena....hehehe...

Satu hari tu, kat Caltex ni adalah abang-abang beruniform. Biasala depa wat rondaan la tu. Aku yang x bersalah apa-apa ni xdela nak hirau pun kehadiran dorang ni.

Dengan xsemena-mena aku ditegur. Aku pun pandangla depa ni. Nak kata aku wat salah aku jalan kaki je pun. Salah sorang abang beruniform ni nk minta no telefon la plak. Aku ni dah la nak cepat nak g masuk keja dah ni. Aku pun senyum & meneruskan perjalanan. Lantak korangla.

Aku ingat habis macam tu je la. Rupa-rupanya dorang ikut aku dari belakang. Dahla dorang ni pakai kereta. Bukan 1 keta tapi sampai 2....  1 keta peronda & 1 keta biasa. Aku ni dah rasa gelabah semacam je ni. Orang-orang kat situ semua dah menghalakan pandangan kat aku. Kerdil sungguh aku rasa masa tu. Aku xtau nak wat pe dah. Malu gila tau sume orang pandang macam kita ni seorang pesalah. Padahal dorang nak no telefon je...

Akibat kedegilan dan kerasnya hati aku nak bagi no telefon, dorang pun berlalu pergi. Tapi dorang tinggalkan pesanan penaja tau... "Nanti kita jumpa lagi ye." Adeh...seram pulak aku rasa. Masa tu juga rasanya nak tukar je g keja tempat lain. Nasib baik aku kat sana lebih kurang 8 bulan je.... Lepas tu terus dapat keja yang tetap sampailah sekarang. Alhamdulillah...

Pesanan Awek yang Trauma : Kalau nak berkenalan tu jadilah gentlemen ckit. Tegur tu cara yang berhemah la. Janganlah guna cara Mat Rempit tu. Xperlulah sampai kaum kerabat pun nak bawa sama. Kami yang perempuan ni boleh jadi trauma tau x? huhuhu....


RINDU 1/2 MATI

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
Reff:
aku
rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati ….


D'MASIV
OST KEJORA & BINTANG



Wednesday, February 23, 2011

NUKILAN KONTROVERSI......

"Kenapa nak pandang ke belakang semula kalau dah dapat kebahagiaan di depan mata......bersyukurlah apa yang dikurniakan....setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.....hargai cinta dan kasih sayang orang disekeliling kita.....xperlu menyimpan dendam kesumat yang tiada pengakhirannya......."
-------------------------------------------------------

Inilah statement aku yang aku letak kat wall FB aku. Pe pandangan korang dengan nukilan aku ni?

Sampai saat ni ia menjadi tanda tanya kepada semua ahli keluarga belah hubby aku. Dorang ingat aku ada masalah dengan hubby. Tidak sama sekali....!!! hehehe.... Abang-abang dan kakak-kakak ku sekalian ni semua adalah salah faham. Hubungan kami berdua sentiasa baik & sedang dalam mood honeymoon lagi. Xde pe yang merubah kasih sayang kami berdua. I love him very much......!!!!!

Aku mengaku masa terhasilnya nukilan ni ada perasaan marah yang terlibat. Marahkan seseorang (x perlu la korang tau sape gerangannnya...) yang aku rasa agak menggugat perasaaan aku. Aku xtau cara apa lagi nak meluahkan perasaan aku melainkan penulisan. Aku pun x nak mengganggu kerja hubby aku yang agak sibuk masa tu. Lagipun perkara kecil je. Sendiri boleh handle la...

Lepas je terpatri kat wall aku, terasa kelegaan yang amat sangat sebenarnya. Macam hilanglah beban amarah aku tu. Macam dah selesailah masalah. Kuasa penulisan tu. Korang penah terasa macam ni ke?

Tapi kan dalam marah-marah tu boleh lak keluar idea nak tulis macam ni kan? Penulisan ni memerlukan emosi. Semasa menulis kata-kata tu akan terpapar emosi kita time tu. Berhati-hatilah dalam menulis ye. Jangan sampai kita salah guna pulak medium penulisan ni. Selamat menulis semua.... X nak gaduh-gaduh nak semua orang merasai kegembiraan & kebahagiaan sahaja.


Ni dulu punya cite....

sekarang....hehehe...


Tuesday, February 22, 2011

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke
Mall untuk dibelanjakan!


Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.


betapa
sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa
mudahnya
kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus
ber
fikir panjang-panjang.

Betapa
asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita
mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.


Betapa
sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa
mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.


Betapa
beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di Masjid

Betapa
Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari
ketika berpuasa.

Betapa
sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa
mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.


Betapa
sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa
mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa
mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa
kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita
berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.


Betapa setiap orang
ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.



Friday, February 18, 2011

BIKIN JIWA KACAULA....



Dari semalam
aku try selamatkan 
template aku yang lama....
Tapi xberjaya.
Akhirnya aku tukar keseluruhan blog aku.
 Tu la gatal lagi tangan tu nak
menggodek-godek
dah la xpandai
PADAN MUKA AKU!
dah macam orang blur je
tgk blog sendiri huru hara!!!!
nasibla boleh diselamatkan....
huhuhu.....

Wednesday, February 16, 2011

PENANTIAN MENUNTUT KESABARAN

Wah mengantuk sesangatkah
aku sekarang ni?
 Dok terpejam-pejam dah mata ni. 
Xcukup tido malam tadi la ni.


Alkisahnya
Menunggu hubby sampai
dari AS ke PJ
Alhamdulillah selamat sampai kul 1 pg td.
hehehe....


Friday, February 11, 2011

NASI LEMAK KG. BARU



sumber : pakcik google


Tepat kul 5 petang aku pun turun untuk scan tangan (punch card). Dah janji dengan kengkawan nak makan bersama. Destinasi tujuan adalah ke Kg Baru, Kuala Lumpur. Masing-masing teringin plak nak makan nasi lemak. Kali ni kitorang g berempat je. Aku, Ijan, Wirda dan Ayu. Cik Tip dan Tasha pulak xdapat join kerana ada hal-hal yang xmengizinkan. Lain kali plak la kita bersua muka lagi kan. Padahal dorang berdua yang teringin sangat nak makan kat sini.

Lepas je scan tangan, aku pun menuju ke LRT. Dah pakat dengah Ijan jumpa KL Sentral. Tapi Ijan terlewat ckit sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan dulu. Ijan sampai je call Wirda tanya dia dah bertolak ke. Hari ni Wirda cuti. Kalau x memang susahla nak jumpa dia. Orang keje ada shift biasala kan. Jadual dia xsama dengan yang lain. Disebabkan belum bertolak kitorang decide singgah Jalan TAR dulu. Ijan nak amik stok jualan dia.

Kira-kira 6 lebih, Wirda pun call kata dah masuk KL. Bagitau dia jumpa kat belakang Pertama Compleks, sebelah Medan MARA tu. Dah jumpa kitorang pun terus bertolak ke Kg. Baru. Sampai je terus mengambil nasi lemak dan pilih lauk-pauk idaman hati. Kitorang amik Telur Puyuh masak Sambal, Burung Puyuh Goreng, Sambal Sotong, Tempe Goreng dan Otak-otak. Berselera betul kitorang makan. Sambil-sambil tu buka cite la kan. Macam-macam isu la. Siap disajikan dengan alunan petikan gitar lagi.

Sampai terkeluarlah idea Ijan untuk kuar berempat ke Johor dan Melaka. Dah lama pun xkuar bersama-sama kan. Cadangan tu akan dipertimbangkan. Masing-masing pun dah ada komitmen. Kena tengoklah pada kesesuaian masa dan keadaan kitorang kan. InsyaAllah ada rezeki menjadilah rancangan kitorang tu.

Sesudah kekenyangan kitorang pun bertolak pulang. Kira-kira kul 10 mlm sampailah kitorang kat umah masing-masing. Gambar sekeping pun xamik. Leka sangat bersembang....hehehe...



Wednesday, February 9, 2011

IKAN KE BERUDU NI?.... BIKIN WA CONFIUS LA....

Semalam aku kuar dengan Ijan. Teman g amik barang kat Jalan TAR. Ijan ni boleh kata businesswoman la. Macam-macam la dia jual. Sebenarnya plan awal nak g makan Nasi Lemak Kg Baru dengan Tip, Tasya & Wirda. Tapi dorang semua ada hal. Plan kami tu postpone pada hari Khamis ni.



Aku dengan Ijan dah berkawan sejak dari sekolah Tabika KEMAS lagi. Lama kan persahabatan kami tu.
Bila teringat balik kisah-kisah kenakalan kami tu. Rasa nak pecah perut tau. Kami ni nama je perempuan tapi permainan kami macam budak lelaki. Masa sek tabika dulu kami selalu balik bertiga. Aku, Ijan dan seorang lagi Mazian (pangkat anak buah aku ni).

Asal balik je sek mesti singgah kedai beli Choki. Tu memang favourite kami bertigalah. Lagi 1 permainan yang paling xboleh lupa ialah main ikan kecik. Sebenarnya kitorang ni g main dengan berudu. Balik je mesti singgah longkang ni. Time tu air longkang tu memang sangatlah jernih. Masa tu kan umur kitorang baru 6 tahun. Nampak berudu macam ikan je kan.

berudu yang kitorang ingat anak ikan tu....

metamorfosis seekor katak

nasib cepat sedar kalau x ko yang jadi best friend kami bertiga....hahaha....
Satu hari kitorang bercadang nak bawa balik ikan tu. Siap bawa penapis lagi. Tapi xingatlah mak sapa yang punya. Yang aku ingat Ijan bawa balik ke rumah dia. Pe lagi mak dia pun mengamukla. G bawa balik berudu tu pe hal. Kitorang ingat tu ikan laga. Sekali berudu la plak....hahahaha...

Kalau ingat cerita zaman tu aku dengan Ijan mesti terbahak-bahak gelak balik. Sekarang pun kitorang dah ada komitmen masing-masing. Aku dah jadi wife orang. Ijan akan menyusul menjadi tunangan orang lepas ni. Mazian plak dah jadi tunangan orang pun. Sampai sekarang persahabatan aku dengan Ijan masih kukuh lagi. InsyaAllah....


Monday, February 7, 2011

DAH KENA BALIK EK?......



Kalau nak booking secara online boleh rujuk kat sini.....

Hari ni aku dah kena bertolak ke KL. Bas jam 10 pg. Kemas2 ckit pe yang patut kat rumah. Kemas barang-barang semua. Hubby aku g pejabat dulu minta kebenaran nak keluar. Lepas tu kembali semula ke rumah nak amik aku g terminal. Sayu rasanya nak tinggalkan hubby setelah seminggu dapat bermanja-manjaan...hehehe.... Kalau xnak balik boleh x? Maunya aku kena letak jawatan ni.... hehehe....

Kul 9.30 pg kami bertolak ke terminal. Tempat letak kereta pun penuh. Berkali-kali la hubby berlegar-legar nak letak kereta. Jam aku dah nak jam 10 pun. Hubby suruh aku g masuk terminal dulu. G tanya bas dah sampai ke belum. Punya la berlari pecut aku masuk teminal. Rupa-rupanya bas xsampai pun lagi. Tanya kaunter kata bas kami lambat sikit. Jalan sesak gak arini. Aku ingat kalau balik ari isnin jalan dah lengang la. X pun situasinya sama je.

Setelah dapat letak kereta, hubby pun datang bawa barang-barang aku. Terjumpala seorang kakak ni hantar anak buah dia balik KL gak. Naik bas yang sama dengan aku. Dia pun kalut gak tunggu bas yang xsampai-sampai ni. Hubby aku terpaksa call pejabat balik cakap dia masuk lambat arini.

Jam 10.30 pg barulah nampak bas masuk terminal. Semua orang pakat serbu bas tersebut. Rupanya ramai yang tgh tuggu bas ni sampai. Jam 11.00 pg barulah bas bertolak. Hubby pun balik la ke pejabat. Tapi selalulah update aku dah sampai mana.

Dalam kul 1.00 petang bas berhenti rehat kat R&R Bukit Gantang. Kat situ kan banyak jual buah-buahan. Ramaila yang beli buah tangan untuk balik. Aku pun samalah. Aku beli jambu air madu. Sebenarnya aku cari buah jambu epal (aku xtau pe nama sebenar buah tu...hehehe) . Tapi xjumpala pula. Padahal masa nak datang aritu ada je buah tu. Xde rezeki la tu. Lepas tu aku belilah jagung manis. Makanla kat pondok bersama penumpang bas yang lain.

Tiba-tiba semua orang berlari keluar dari tempat makan. Kami yang xtau pe2 ni pun tekejutla. Ingat orang bergaduh ke sebab semua orang kat tempat makan tu berlari macam ada bencana yang sedang berlaku. Aku yang xpuas hati ni tanyalah kenapa kak seorang Akak ni. Dia kata ada kebocoran gas. Kedai makan tu terbakar la sikit. Tu yang semua bertempiaran lari tu. Bahaya betul kan. Kedai makan tu terus tutup la.

Jam 1.30 petang bas pun bergerak semula. Sampai kat Simpang Pulai jalan sesak la pulak. Banyak lagi kereta kat atas lebuhraya arini. Nak xnak terpaksala. Lagipun bukan aku yang pandu bas kan. Asyik tido je la aku. Sampai dah xlarat nak tido dah ni.

Akhirnya aku sampai di Hentian Duta jam 5.10 petang. Nasib baik hubby dah call adik dia Syafwan amik aku kat Duta. Kira-kira jam 6.00 petang aku dah sampai kat rumah.

Tahun ni CNY yang paling best. Dapat spend time sepenuhnya bersama hubby dan famili. Seronok x hengat la....hehehe....

Sunday, February 6, 2011

MANALAH KAMU NI SIPUT.....

Seperti yang aku cerita semalam. XTVT arini mencari siput kat pantai. Pagi2 kami dah bersiap dengan peralatan untuk mengorek pantai yang airnya sedang surut tu.

Dalam perjalanan singgah beli nasi lemak dan roti canai dulu. Bekalan makanan pun kena ada juga. Sampai je kat pantai air baru je nak surut. Kami pun g la turun pantai. Bermulalah xtvt mengorek pasir mencari siput ni. Macam-macam ada. Kak Cik lak bawa Echa dan Amirah. Suka betul la si kecik ni. Tambah plak Amirah baru pandai berjalan. Pegang pun xnak. Kalau boleh nak g ke tengah ikut Opah cari siput. Seronok betul mereka.

Setelah penat semua pun naik. Kami pun makan la nasi lemak dan roti canai yang dibeli tadi. Rupa-rupanya Abah pun ikut g pantai. Tapi dok kat atas je la. Dok perhatikan kami ni...hehehe....

Selepas tu kami pun balik ke rumah. Makan tengah hari. Mak masak siput yang kami kutip tu. Sebakul penuh gak la kami dapat. Lepas je makan kami bersiap-siap nak pulang. Kak Cik nak balik Changlun, aku dengan hubby balik AS. Kak Cik bawa sekali Adik Jai dan Aliff dok umah.

Sampai kat TESCO SP kami berpecah. Aku, hubby dan adik Jai bertolak ke rumah di AS. Dalam perjalanan tu singgah kat Gurun beli KFC. Kak Cik nak singgah umah kami makan. Kak Cik pun bawa gak lauk pauk yang dimasak tadi. Makanlah kami beramai-ramai.

Saturday, February 5, 2011

BERJIMBA-JIMBA @ KOTA KUALA MUDA

Arini sebenarnya xde xtvt pun. Semua dah letih g mandi-manda semalam. Tapi petang tu mak ajak g kenduri kawin jiran kat sini. Pergi dengan Mak, famili Kak Cik dan hubby.  Sebenarnya majlis tu dekat je. Jalan kaki pun boleh. Tapi punyalah jauh kesesakan lalu lintas time tu. Allah saja yang tau. Time ni pun kat Pantai Merdeka ada karnival. Ni la penyebab utama kesesakan jalan ni. Tambah lak jalan ni kecik je. Dengan bas, keta, motor semua nak lalu.

Setelah dapat melepasi kesesakan, kami pun sampai ke majlis kawin tersebut. Sampai je g terjah makanan dulu. Time kami sampai tu tuan rumah xkelihatan. Xtau la sibuk ke mana. Lepas makan macam biasa g cari tuan rumah nk bersalam. Tapi aku pelik kat hubby aku ni. Dia letak duit kat dalam sampul suruh Mak yang sampaikan. Rupa-rupanya hubby aku penah kena gosip dengan adik pengantin time sek dulu...hahaha... Tu yang jadi insan pemalu yang amat. Balik tu Mak ajak singgah g pantai. Tapi hubby aku ni malas nak pergi. Hubby aku ni xsuka sangat tempat orang yang terlalu ramai ni. Tambah lak ada karnival kat pantai. Lagila dia malas. Akhirnya g singgah kat umah sedara hubby. Sebelah umah je pun. Bawalah buah tangan ckit.

Lepas tu balik ke rumah. Berehat & tukar baju kejap. Kak Cik bersama famili pun bersiap nak g pantai. Nak jenguk-jenguk karnival. Aku pun nak gak g pantai. Pujuk la gak hubby ajak g pantai gak. Akhirnya hubby setuju. Kami pun pergi naik motor je. Dekat pun. Macam-macam booth ada kat pantai. Jualan baju, kasut, beg, makanan dan mcam-macam lagila. Dah sampai tu cari famili Kak Cik. Tunggu Echa main kat sana.Aku dengan hubby beli air dengan keropok lekor bawa balik umah. Kebetulan pula terserempak pula dengan adik pengantin yang digosipkan dengan hubby aku dulu...hehehe....

Sepatutnya malam ni aku & hubby nk balik AS nak cari tiket balik KL. Alih-alih x jadi sebab mak ajak g cari siput kat pantai esok pagi. Hubby aku pun call la kawan dia minta tolong carikan tiket. Nasib baik ada. Tu yang cancel balik malam ni. Jom g cari siput.....




Friday, February 4, 2011

MANDI - MANDA @ BALING

Semalam dah makan besar. Hari ni pun makan besar gak. Tapi hari ni kat luar rumah pula. Destinasi arini ke rumah Tok. Rumah Tok ada air terjun. Berhampiran dengan Bukit Hijau.

Sebelum tu kami singgah ECONSAVE di Kuala Ketil. Beli barang-barang yang belum lengkap lagi. Padahal bonet 5 keta ni dah sarat dengan bekalan kami. Saja la nak tambah-tambah lagi. Singgah jap kedai runcit beli arang lagi.

Selesai semua bertolak la ke rumah tok. Sampai je operasi mengangkut barang ke tempat perkelahan kami. Budak-budak semua sudah xsabar nak mencecahkan kaki ke dalam air. Hubby aku memang part bakar membakar ni favourite dia. XTVT dimulakan dengan makan-makan. Lepas hubby dah settle uat BBQ dan makan aku pun ikut hubby terjun sungai la. Dari mula lagi hati ni menjentik-jentik nak rasa kesejukan air sungai ni. Penuh la tempat ni dengan famili kami je. Sampaikan ada orang nak join pun terpaksa berpatah balik. Kami dah conquer tempat ni...hahaha....

Lepas puas mandi - manda kami pun berkemas untuk pulang. Angkut semula barang-barang yang kami bawa tadi masuk ke dalam bonet kereta masing-masing. Dalam perjalanan tu singgah ke rumah sedara mara dulu. Mak perkenalkan aku kat sedara mara yang ada. Almaklumlah kami kan pengantin baru (barulah sangat...hehehe...) sambil tu leh jumpa sedara mara hubby aku.Kami pun bertolak pulang. Singgah sebentar beli mee rebus & pasembor. Abah teringin nak makan.

Jam 8.30 malam aku dengan hubby bersiap-siap untuk keluar semula. Kali ni nak hantar Cha'u ke stesen bas SP. Anak teruna sorang ni nak balik JB. Belajar kat Politeknik kat sana. Kebetulan pula hubby nak belikan tiket aku balik KL. Jenuh mencari kat semua kaunter sume tiket dah habis. G la kat kaunter Transnasional nak tengok tiket kat Alor Star pulak. Beratur punya beratur. Ada 1 tiket ada orang tukar. Tapi tiket tu dapat plak kat orang yang beratur depan aku. Melepas akhirnya. Cari tiket dari AS - KL ari isnin pun dah habis. Hubby pun kata nak balik AS esok cari tiket aku.

baucer Just K

Penat mencari tiket hubby pun bawa aku ke SP Village Mall. Nak tengok wayang gak. Alih-alih ada jam 11.20 malam yang paling awal. Fikir2 balik lewat lak nak balik KKM. Ganggu plak orang-orang kat umah, dengan ada budak-budak kecik lagi. Terpaksalah batalkan hasrat kami sekali lagi. Nak tengok wayang pun xdapat hubby pun ajak aku melalak kat Just K Family Karaoke. Siap dapat baucer lagi dalam sampul angpau. Akhirnya hubby bawa aku makan Yong Tau Fu sebelah bangunan Jabatan Imigresen Sungai Petani.


Dah kenyang baliklah umah. Tengah malam gak la sampai umah. Xde sapa pun yang tau kami berdating berdua sebenarnya....hehehe...



Thursday, February 3, 2011

CNY 2011 vs HEPI BESDAY 2011

Selamat menyambut tahun baru cina 2011....

XTVT arini dimulakan dengan shopping kat TESCO SP. Cadangnya arini nak sambut besday Mak &Abah, Kak Na, Dik Jai, Aliff, Aishah dan Amirah. Amboi, sampai 8 org ni sekali sambut. Kami pergi sampai 2 keta. Famili Kak Cik bawa mak. Keta kami plak bawa Abah dan Cha 'u. Kak Cik beli barang-barang basah untuk menu malam ni. Aku dengan hubby g beli kek dan cari hadiah.

Cabaran terbesar aku dengan hubby nak cari hadiah la. Habis 1 TESCO kami terjah. Alhamdulillah jumpa gak hadiah untuk insan-insan yang dirai. Kek beli kat Kings. Sampai aku buat kad la kat kedai tu. Rezeki pun murah. Sempena CNY 2011 ni pun ada potongan. Tambah lak ada potongan kalau guna kad. Bertambah-tambah la potongan kek yang kami beli tu.

Balik je dari TESCO kat umah lak blackout. Tawakal je la. Barang basah yamg beli tadi semua letak dalam ais. Bagi xberbau. Masak pun mana yang bolehla. Tapi alhamdulillah jam 9 malam rumah kami kembali terang benderang. Hubby pun kata teruskan plan asal kami.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh hubby. Kemudian disusuli bacaan yassin beramai-ramai. Kebetulan famili hubby pun ramai yang balik cuti CNY ni. Lepas tu acara memotong kek dan penyampaian hadiah. Hubby aku gak yang tolong bagi hadiah tu. Semuanya hubby aku ni. Dah macam hubby aku lak jadi pengelola ni.....hehehr.... Lepas tu acara makan-makan bermula walaupun dah nak masuk tengah malam. Seronok sangat dapat berkumpul. Walaupun xsemua yang ada. Tetap terasa kemeriahannya.



Wednesday, February 2, 2011

BALIK KKM

Perancangan asal nak balik SP pagi esok. Tapi Abah dah call kata nak cari ubat. Takut CNY ni kedai tutup lak kan. Abah minta balik awal. Tapi memandangkan dah janji nak balik sama dengan famili Kak Cik kami balikla petang. Tunggu suami Kak Cik habis keje dulu.

Tengah hari tu hubby ajak makan nasi ayam dekat kawasan umah ni je. Lepas tu bersiap-siap kemas barang untuk bertolak ke KKM. Kami jumpa Kak Cik kat tol Hutan Kampung. Masuk kat SP singgah kat Subaidah. Makan dulu. Masing-masing dah kelaparan. Perjalanan pun mengambil masa 1 jam dari AS ke SP ni.

Lepas siap makan kami tapau roti canai dan Abah pesan beli buah-buahan. Famili Kak Cik balik KKM dulu sebab Amirah dah mengamuk sakan mengantuk sebenarnya. Aku dengan hubby pun singghlah beli buah dulu.

Kemudia bertolaklak kami ke KKM. Sepanjang perjalanan tu banyak sangat la kereta dan motor. Rupa-rupanya ada Karnival Marhabah kat Pantai Merdeka. Karnival ni bermula 4 - 14 Februari 2011 ni. Aku dengan hubby sampai kira-kira jam 9 malam. Dok bersembang dan makan-makan. Lama dah xjumpa pun. Time macam ni la nak melepaskan rindu pun kan....hehehe....


Tuesday, February 1, 2011

SAKANNYA AKU BERJALAN.....

Wah....arini hubby aku dah start bercuti. Xde pe xtvt yang dirancang pun sebenarnya. Tengah-tengah dok bersembang dengan hubby, hubby ajak keluar.

Lepas bersiap hubby bawa mengisi perut kat Kuala Kedah. Makan ikan bakar sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sawah padi. Nyaman sungguh terasa.

Kemudian kami menuju ke Alor Star. Tiba-tiba hubby teringat malam ni ada perlawanan bola. Kami pun singgah ke Stadium Darul Aman beli tiket. Kebetulan pula kedai jual jersi pun dah buka. Hubby aku dengan sungguh-sungguh minta aku pakai jersi Kedah malam ni. Kedai yang pertama tu ada jersi yang latest. Tapi harga mahal sangat la pula. Pergi kedai kedua dapatlah harga murah. Tapi jersi yang lama la. Layan saja la kan.

Selesai semua hubby bawa kau ronda-ronda. Sebenarnya tengah fikir nak bawa ke mana....hehehehe.... Akhirnya hubby bawa aku ke Lye Huat Garden. Macam-macam ada kat taman ni. Ada pokok bonzai, pelbagai jenis haiwan (nak panggil zoo pun bolehla), dan landskap yang menarik. Tiket masuk ke taman ni RM10 seorang dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun dalam RM5.


Masuk je kat taman beli makanan ikan. Sekali campak je makanan tu berduyun-duyun ikan koi berebut makanan. Ikan-ikan koi kat sini memang sangat sihat dan besar. Hari-hari dapat makanan tu yang terlebih sihat tu. Lepas tu masuk pula akuarium ikan. Macam-macam jenis ikan la kat dalam tu. Sekecil-kecil ikan sampaila sebesar manusia la ikan kat dalam tu. Khayal tol tgk ikan-ikan tu.

Ronda-ronda kat taman ni g tengok harimau, buaya, beruang, angsa, burung dan banyak lagilah. Time tengok harimau aku cuak betul. Tempat harimau tu ada palang je. Dalam tu ada kolam yang dibuat sedalam yang mungkin supaya harimau tu xdpt panjat ke tempat kita tengok tu. Sama gak dgn tempat beruang. Hubby aku je la yang beria-ia dok rakam telatah harimau dan beruang tu. Aku memang xsanggup nak dekat. Harimau tu pun nampak kami macam nak terkam je. Lama gak dok kat taman ni. Sempat la posing dengan hubby kan. Keluar je beli air kat pintu keluar taman.


Lepas menghilangkan dahaga kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan tu singgah kat Darulaman Golf & Country Club Darulaman Park ataupun hubby aku panggil Taman Jitra. Sampai je aku dah nampak paddle boat kat tasik yang seluas alam tu. Tiba-tiba hubby aku xnak keluar. Hubby kata kita dok dalam keta je la. Aku pun dengan xberputus asa pujuk hubby. Hubby aku setuju tapi bukan naik paddle boat. Tapi g ronda-ronda kat taman naik keta buggy. Aku pun ok je la. Dalam 20 minit gak la amik masa ronda seluruh taman tu. Luas kan.


Sampai jek at stesen dok rehat jap. Lepas tengok ramai yang naik paddle boat tiba-tiba hubby kata nak naik pula. Aku pe lagi sangat hepila. Rupa-rupanya hubby takut kami ni xbalance. Tapi ok je sebenarnya. Cuma aku kena kayuh sorang-sorangla. Kalau hubby kayuh gak bot kitorang tu akan berpusing kat sebelah hubby je. Setengah jam nak ronda-ronda jat tasik tu. Penat la gak. Tapi seronokla sebab ditemani hubby tercinta. Selasai semua hubby ajak balik. Dalam perjalanan tu singgah jap makan laksa dan cendol. Sedap tau.

Balik umah bersiap-siap menuju ke stadium pula. Rupa-rupanya baju jersi aku tu besar la pula. Tapi hubby minta pkai gak. Kali ni g stadium naik motor. Supaya senang nak balik nanti. Biasala kalau ada perlawanan mesti berduyun-duyun orang yang datang. Malam Ni Kedah vs Felda United. Sampai je stadium singgah gerai beli kuaci dan air. Air pula kena buang penutup atas tu. Tu peraturan baru tuk masuk stadium. Cari tempat kami n duduk la. Sambil menonton makan kuaci. Hubby beli 2 bungkus je tapi xsampai masa pertama habis kuaci habis dulu. Hubby pun tambah la lagi. Permainan malam ni agak menarik. Kedua-dua pasukan agresif melakukan serangan. Akhirnya Kedah menang penalti 1-0. Ada gak insiden pergaduhan di kalangan pemain. Masing-masing xpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.

Habis perlawanan singgah kat KFC pula. Perut aku kelaparan pula. Lepas makan barulah bertolak pulang ke rumah kami. Sepanjang hari kami meronda je kejenya. Penat tapi seronok.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...