NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, March 30, 2011

BANGGA BETUL!



Mahunya aku x bangga anak buah aku masuk paper ni. Jadi Pengarah Projek Karnival Hospitaliti di Politeknik Johor Bahru yang diadakan pada 22 Mac 2011 baru-baru ni. Cucu sulung kepada Tuan Haji Shahid dan Puan Hajjah Bedah dan anak sulung kepada Puan Che Sharina. Anak menakan sebelah hubby aku. Usaha A'u kini berbaloi setelah bertungkus lumus bersama rakan -rakan untuk menjayakan program ni. Banyak cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi sebelum mereka mengecap kejayaan seperti ni. Acik memang sangat bangga la dengan kamu....hehehe... Selain tu aku bangga sebab kejayaan ni daripada pelajar-pelajar politeknik. Aku pun dulu pelajar poli gak. Mestilah berbangga dengan kejayaan rakan-rakan seangkatan. Harum semerbak lepas ni Poli JB kan.  



Inilah rupa Pengarah projek.... sedang memberi ucapan.


Poster karnival.


Kat bawah ni semua hasil kreativiti anak-anak muda ni. Bukan senang nak menghasilkan produk yang kreatif lagi berkualiti. Gambar-gambar ni semua daripada FB A'u. Acik amik je ni. Jangan marah nah....hehehe...Sepatutnya mereka nak masuk Malaysia Book of Record untuk Coklat Terpanjang. Tapi hajat x kesampaian. Jadi ditukar dengan karnival ini. Ini merupakan projek untuk pelajar-pelajar tahun akhir di Poli JB ni. Sesiapa saja pasti berasa bangga dengan kejayaan korang.







Nak gila aku tengok.... semua cantik-cantik

P/S : Ini adalah entri ku yang ke-100.....hik....

Tuesday, March 29, 2011

X HABIS-HABIS DENGAN SURPRISENYA....

Yeah...
malam semalam
dapat jumpa hubby lagi
macam biasa
surprise lagi!

Tau2 ja dapat mesej
dah sampai
depan umah
kali ni mai dengan bos lagi
kelam kabut aku
dah la tengah syok
on FB


Stop semua
p sambut
hubby tercinta
kekeke....
kena sopan santun sikit
bos ada kat sebelah
siap kena usik lagi
best x dapat
surprise?
hahahaha....
best sangat....

Malam ni hubby balik semula ke AS...
tetiba sedih plak...
hhhmmmm...

tapi hepi balik
sebab ada orang
belanja makan
nasi beringin
murah rezeki arini....
hehehe...




Monday, March 28, 2011

XTVT BERJIMBA-JIMBA DI HUJUNG MINGGU

Lepas habis je Majlis Aqiqah, ingat nak terus balik ke rumah. Rupa-rupanya adik aku tu ada rancangan lain pulak. Dahla hari tu panas terik. Aku memang dah rasa nak balik je sebab dah rasa kepala ni nak berpusing. Ni betul ke pasal cuaca atau aku panas makan daging kambing masak kari tadi? Entahla....hehehe....

Destinasi tanpa tujuan sebenarnya. Sekali mak aku punya cadangan nak pergi Nilai. Aduh, dengan cuaca panas terik ni nak g ke sana.... Bulat-bulat aku tolak cadangan tu.

Walaupun ditolak tapi sampai gak la kat Nilai tu. Tapi kat Nilai 1 je la. Adik aku ajak g makan kat Ice Room. Siap pelawa nak belanja pula. Rancangan jahat pun bermula. Semua benda aku nak order. Tapi xdelah sampai macam tu sekali. Pesan mana yang menjadi idaman kalbu je la.

Aku order Fillet O Fish & Fresh Strawberry Snow Ice Cream. Sedap tu. Siap letak buah strawberi & sedikit jagung. Adik aku amik Ais krim durian. My mum makan Tom Yam Seafood Mee Hon. Kawan adik aku pulak makan Chicken Chop & Mushroom Soup. Mushroom Soup tu diletak dalam teko teh. Kita minum pakai cawan kecil yang orang cina guna masa minum teh. Unik jugalah cara penyampaian makanan kat sini.

Makan macam xhengat dunia kan. Padahal baru je tadi makan kat rumah kenduri. sampai x menyempat nak tukar baju terus je ke Nilai. Ye aku dengan kebaya aku terus terjah Ice Room. Orang lain semua pakai baju ala-ala santai. Aku peduli apa yang penting makan kan....hahaha...

Lepas kekenyangan bertolak pula menuju ke Ibu Kota. Ronda-ronda KL sambil jenguk-jenguk Puduraya. Bila la nak siap ubahsuai ni. Masuk pula ke Bukit Bintang. Tempat-tempat ni sudah tentulah ramai je orang kan. Sampai jalan pun sesak la.

Setelah dapat melalui kesesakan, sampailah kami di Tasik Titiwangsa. Ingat hari Sabtu xdelah ramai sangat orang bertandang kat sana. Sekali ko setengah jam je nak cari parking. Kat sana ada sambutan Hari Belia 1 Malaysia. Parking semuanya penuh. Nasib baik dapat park kat tempat parking Restoran Nelayan tu.

Kami pun dengan penuh semangat...semangatlah sangat semua dah rasa kepanasan dalam kereta. Habis 1 pusingan kami tawaf taman tasik dengan memakai baju tradisional kita. Ayu gitu. Biarlah dorang nak jeling-jeling nak kata apa-apa pun. Kita tetap senyum tanpa berkata apa-apa..

Sangat keletihan ok....hehehe

MAJLIS AQIQAH SI AWAN DANIA JR. ....HIK...

Hujung minggu ku terisi dengan Majlis Aqiqah untuk anak buah ku, Nur Alya Dania. Mula-mula Mak Long Lily suggestkan nama si kecik ni Nur Alya Damia. Tapi Abahnya peminat cerita Awan Dania pulak, tu yang tukar. Selain tu buat sekali dengan sambutan Hari Lahir Nia yang Pertama.


Nia yang berbaju merah
baju biru mak usu dia yang sangat-sangatlah perasan hot....

Kek pun semua home made aja Mak Usu aku punya air tangan. Kalau korang nak order pun boleh. Mak Usu aku ni xde blog. Semua urusan melalui FB. Korang bolehlah cari Zuraini Alias. Sila cuci mata dengan pelbagai kek yang beraneka ragam tu. Boleh terliurlah tengok kek-kek mak usu aku ni.

Majlis ni diadakan pada hari Sabtu lepas. Memandangkan dorang duduk rumah tinggi mencakar langit, haruslah majlis tu dibuat di tingkat bawah beratapkan khemah. Adala dalam 3 khemah. Kambing juga ditumbangkan pada hari tersebut. Makanan memang la sedap-sedap belaka.

Masa ni dapatlah jumpa dengan sedara-mara. Bukan senang nak berkumpul beramai-ramai ni kan. Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan kemudian ye...hik....




Anak-anak serta cucu-cucu Puan Jamaliah Maamor



Wednesday, March 23, 2011

KENANGAN TRAGIS SEMASA KURSUS...

Korang dan bacakan cereka Hikayat Keropok Losong ? Best x? Bolehlah kan? Cerita tu semua hasil garapan semua ahli kumpulan Al-Ankabut. Segala tokot tambah semua dilakukan sendiri. Masa kursus kan mesti ada Malam Persembahan. Masa tu punyalah blurr masing-masing. X tau nak buat apa. Tiba-tiba je terfikir nak gunakan kejadian yang berlaku kat kitorang masa tu.


Al-Ankabut

Kursus ni aku sertai pada tahun 2008 di Kuala Terengganu selama seminggu. Nak sah dalam jawatan wajiblah g kursus ni dan dianjurkan oleh kementerian. Semua jabatan & agensi di bawah 1 kementerian akan hantar la orang-orang yang baru menyertai penjawat awam. Masa pergi tu disediakan 1 bas untuk kami yang dari PJ ni. Lepas tu berjumpalah kami kat Karak dengan yang lain.

Perjalanan memakan masa 8 jam. Walaupun letih tetap seronok. Dapat tengok negeri orang & keluar dari kesesakan kota metropolitan. Jauh dari kesesakan pulak. Damai je rasanya. Kami sampai kat resort dah waktu petang. Dah selesai semua pendaftaran p la duduk kat bilik masing-masing. Malam ni bermula dah program kami. Petang tu kami diberi rehat setelah melalui perjalanan yang panjang.



Kenangan di Batu Burok Beach Resort

Resort kitorang kat tepi pantai. Pagi-pagi xtvt semua menghadap pantai. Best tau. Angin sepoi-sepoi bahasa je. Program kitorang beberapa hari berjalan dengan lancar. Penuhla xtvt semasa kat sana. Paling best makan dan snap gambar je la kejenya. Kat tepi pantai kan...hehehe... Part dengar ceramah tu semua khusyuk je. Tawaduk la masing-masing.

Malam ketiga kat sana cuaca bagaikan awan berarak kelabu. Dari pagi sampailah ke malam hujan xberhenti-henti. Punyalah sedap tido malan tu. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Aku tersedar. Tapi dalam tengah mamai tu sempatlah jeling jam tangan aku. Baru kul 3 pagi lah. Sapa lak yang gatal main ketuk-ketuk pintu ni. Nak buka ke tidak? Serba salah rasanya. Aku dengan roomate dah saling berpandangan. Takut gak sebenarnya. Makin lama ketukan makin kuat macam nak robohlah pintu tu. Kali ni sebut nama aku & roomate pulak. Kitorang tawakal la buka gak.

Rupa-rupanya ahli group aku. Punyalah basah kuyup Kak Lin. Kat tingkat bawah resort air dah naik. Habis barang-barang yang dok kat tingkat bawah. Masing-masing dok naik tingkat atas. Mana yang boleh diselamatkan kitorang p la kutip. Sebab air dah naik paras peha. Tinggi tu. Tapi dalam kalut-kalut tu ada gak yang xsedar pe yang berlaku. Boleh je dorang bersiap nak g ceramah. Nak gelak je rasanya. Kengkawan yang kat bilik bawah semua dah sehelai sepinggang je. Sarapan pagi tu ala kadar ja. Alhamdulillah bantuan tiba masa tu agak cepat. Media massa pun mai buat liputan tau. Glamour la kejap kami ni...hehehe...


Keadan di awal pagi

Banjir yang makin surut

Petang tu ceramah tetap dijalankan seperti biasa. Tapi pakaian kitorang la yang luar biasa. Semua pakai t-shirt & track bottom. Nak g dewan pun dah kena harung banjir. Pakaian tu ja yang sesuai. Lagi-lagilah kengkawan yang baju semua dah basah kuyup. Pakai je la mana yang dapat diselamatkan. Nasib baik resort sudi mendobi pakaian yang dah basah tu. Legalah cikit kan.


Hepi tol redah banjir
 Dalam dok kalut tu masih ada dilema lagi. Persoalannya sekarang sama ada nak teruskan kursus ni atau batalkan? Kalau nak teruskan sama ada nak sambung kat Putrajaya & bila pulak? Adeh pening2 tau. Urusetia la kena fikir tu. Dorang cuma minta pendapat kitorang yang peserta ni lah. Akhirnya kursus diteruskan juga di bandar KT dah hotel pun telah dibook. Petang tu kemaslah barang-barang kami yang ada tu ke penginapan yang baru. Nasib baik jabatan tempat aku kerja ada cawangan di KT ni. Dorang la yang siapkan kenderaan mengangkut kitorang semua. Lega akhirnya.


Siap sedia untuk dipunggah


Tengah buat assignment group
 Kelegaan kami tu xberpanjangan rupanya. Waktu tengah hari tatkala orang-orang lelaki habis mengerjakan Solat Jumaat, terdengarlah satu jeritan seorang perempuan di tingkat paling atas hotel (rooftop). Punyalah kami mendongak mencari suara tersebut. Ada seorang remaja perempuan dah dok tepi bangunan. Terjerit-jerit kata nak bunuh diri.  Kitorang yang tengah dok rehat ni terganggu sungguh lah dengan situasi ni. Semua dah tersadai kat jendela hotel menyaksikan drama tersebut. Orang-orang lelaki yang baru habis solat pun bersidai kat tepi jalan. Sesaklah jalan sekitar hotel. Dahla kat tengah-tengah bandar.

Dengar cerita remaja ni ada masalah cinta. Ni kitorang dah interview abang Bomba tau. Macam-macam versi cerita remaja ni sebenarnya. Siap dapat liputan kat media massa. Gempar betul cerita remaja ni. Ada gak yang sibuk merakam situasi tersebut. Siap kata untuk kenangan bila dok teringat kursus kitorang ni. Macam-macam la korang ni kan...hehehe... Abang-abang Bomba siap tersenyum bila kitorang interview pasal kejadian ni. Dorang mana nak heran. Depa dah biasa menghadapi kejadian ni. Siap cakap biasalah kalau dah masalah cinta ni. Lagipun budak ni nak tarik perhatian je bukan nak bunuh diri betul-betul. Nak suruh boyfriendnya balik kat dia ja.

Tapi anggota Bomba & pihak hotel tetap buat persediaan. Manalah tau budak ni tiba-tiba ubah fikiran. Disebabkan lama sangat nak selesai, kitorang pun ada kelas lak, pergi ja lah kelas dengan berat hati. X senang hati selagi xdapat tengok kesudahannya. Ada gak yang ponteng kelas semata-mata nak jadi saksi kejadian. Budak tu pun selamat turun. Tapi badan dah lembikla asyik terpekik terlolong je. Mana nak tahan. Sekali tengok boyfriend budak tu memang hingusan lagi. X hensem pun siap berkarat rambut lagi. Budak-budak sekarang buta terus disebabkan cinta. Dengar kata dorang ni dari Pahang.

Kursus diteruskan seperti biasa. Cuma yang xbestnya plan kitorang nak BBQ kat rooftop tu xjadilah. Tempat tu dah jadi investigation scene. BBQ kat dewan makan je lah. Walau pun macam tu tetap meriah tau. Siap buat karaoke lagi. Semua dapat hadiah & xdilupakn sambutan hari lahir kengkawan kami.


Hadiah group kami...

hepi besday friends...

Happy Hour ~ karok jangan x karok
Esok plak xtvt kitorang merayap kat bandar KT. Dah bermacam-macam dugaan dan onak duri terpaksa kitorang tempuh Urusetia bawalah jalan-jalan lepaskan tekanan. Kami pergi Pasar Payang, Dataran Syahbandar, Masjid Terapung dan Taman Tamadun Islam. Xsempat nak terjah Masjid Kristal masa xmengizinkan. Masa kat Taman Tamadun Islam kami jumpa Aziz M. Osman 1 family. hehehe....


Taj Mahal @ Taman Tamadun Islam

Masjid Terapung

Inilah kursus aku yang paling tragis dan paling adventure. Banyak kisah & duka. Penceramah-penceramah semua kata batch kami ia akan jadi bualan sampai bila-bila. Xpernah lagi batch yang lain tu kena macam kami. Semua orang akan ingat kejadian ni sampai bila-bila.

  
Nilah peserta-peserta, penceramah & urusetia

-->

HIKAYAT KEROPOK LOSONG

Di suasana yang tak berapa nak panas, tak berapa nak sejuk, ala-ala suam kuku gitu.  Kisahnya bermula dari kekecewaan seorang Jejaka Perasan yang merajuk kerana Kekasihnya alpa untuk membeli keropok losong di Kedai Keropok Lekor Kak Yah yang merupakan makanan kegemarannya sejak dari kecil lagi.  Tanpa berfikir panjang, Jejaka Perasan menuju ke tingkat paling atas Batu Burok Beach Resort yang telah dilanda banjir setinggi satu tingkat…

Di dalam lif, dua orang Gadis Ayu kehairanan melihat si Jejaka Perasan yang menangis teresak-esak…


Gadis Ayu 1: Eh, abang! Kenapa  nampak macam tergesa-gesa ni?


Si Jejaka Perasan menangis dengan lebih kuat lagi….


Gadis Ayu 2 : Alamak, bang! Kitorang tak buat apa-apa pun.  Janganlah macam ni, bang!


Jejaka terus berlari keluar dari lif dan terus menuju ke penjuru bangunan…

Kekasih berusaha menghubungi Jejaka Perasan…
Malangnya, talian asyik bertunang…. tit...tit...tit...
Kekasih keluar dari lif dan melihat Jejaka Perasan di penjuru bangunan….

Kekasih : Please, U janganlah buat I macam ni… U tak ingat ke dengan janji-janji kita. U cakap nak jaga I seumur hidup I!


Jejaka Perasan : I ingat semua janji I pada U.  Tapi U yang lupa I cuma  minta belikan keropok losong kat Kedai Kak Yah tu je…tapi U yang tak beli! I kuciwa U tau! I tak sangka U sanggup buat I macam ni!


Kekasih : Dah la U, I janji…lepas ni I janji tak buat macam ni lagi.. Kalau U turun, bukan setakat 1 keropok losong I beli, 1 kilang I boleh beli…


Jejaka Perasan : U janji ke? U janji nak buka kilang keropok losong untuk I?


Kekasih : I janji… Kalau U nak, turun dulu…


Jejaka Perasan : Tak nak! tak nak! I nak U buktikan dulu!


Kelihatan Dr. Psikiatri dan Tok Imam Masjid Putih datang dan cuba untuk melengah-lengahkan niat bodoh  Jejaka Perasan.


Tok Imam : (Isytifar) Ko tak ingat Tuhan ka… Bawa mengucap la nak oooiii…turun, turun! Hang buang tebiat ka….
(Tok Imam orang Kedah rupanya....hehehe...)


Jejaka Perasan : (Isyhtifar)


Dr. Psikiatri : Wahai jejaka kacak yang macho lagi bergaya, kalau anda terjun dari situ hilanglah seorang lagi jejaka kacak yang macho lagi bergaya di bandar Kuala Terengganu ni.  Tenangkan fikiran… Ingatlah keropok losong kegemaran anda! Tak teringin nak makan ka…

Jejaka Perasan tersenyum sebab dipuji. Bangga yang teramat sangatlah tu…

Pasukan Bomba berusaha mengagak kedudukan Jejaka Perasan. Takut-takutlah dia terjatuh…
Jejaka Perasan ternampak Bomba yang sedang mendekati dengan skylift….

Jejaka Perasan : Nak turun…nak turun!!!


Bomba : Maila sini… Hang nak terjun buat apa lagi?


Akhirnya, drama sadis tersebut berakhir dengan gembira dan Jejaka Perasan akhirnya dapat makan keropok losong yang dibeli di Kedai Keropok Lekor Kak Yah….


Moral of the Story :
Jangan cuba nak bunuh diri tau!


* cerita ini adalah hak ciptaan kumpulan al-ankabut tau!

Nilah ahli kumpulan Al-Ankabut...
Gabungan beberapa jabatan & agensi di bawah 1 kementerian...







p/s : Cerita ini telah direka dan dipersembahkan semasa Kursus Induksi Umum dan ianya berdasarkan kejadian yang berlaku semasa di sana. Kalau nak tau ceritanya sila tunggu!!.....hehehe...Kiranya cereka ni ada yang direka dan ada yang menggunakan situasi  sebenar masa tersebut. Rileks dengan ceria di pagi hari....hihihi....





Friday, March 18, 2011

KESABARAN PUN ADA HADNYA....

Insiden ni dah lama berlaku sebenarnya. Kira-kira 3 bulan lepas. Lepas beberapa hari Majlis Bertandang aku kat KKM. Kami dok saja-sajalah bersembang. Kebetulan masing-masing tengah cuti lagi. Ada la plan nak g Langkawi. Kalau boleh nak bawa semua family ikut ni. Kenalah rancang betul-betul. Terutamanya tarikh, tempat dan keperluan-keperluan lain nak dok menetap kat sana kan. Akhirnya kata sepakat pun dah tercapai.

Sehari sebelum bertolak tu. Semua family hubby aku berkumpul di rumah kitorang di AS ni. Dekat dan senang semua dah dok setempatkan. Xdelah nak dok menunggu-nunggu dan terkejar-kejar. Perjalanan pun relaks ja.

HARI PERTAMA

Di keheningan pagi Jumaat kami sebanyak 3 buah kereta bertolak la ke Kuala Perlis. Penuhlah bonet-bonet kereta dengan segala macam keperluan untuk semua. Lepas selesai segala macam kat sini g la tempah tiket feri. Kereta parking dekat kawasan Jeti Feri Kuala Perlis. Kenalah urus dengan betul. Balik Ahad nanti kereta pulak xde. Naya je la. hehehe....





Nasib baik hubby dah tempah homestay & van kat sana. Sebenarnya tempah 2 buah van tapi bila nak guna van yg 1 lagi tu xleh start pulak. Depa ni gantilah dengan sebiji kereta. Nasib baik muat. Yang ramai tu sebab ada kanak-kanak ribena ni lah. Masing-masing berebut nak dok sebelah aku. Nak dapat aura pengantin baru...hehehe....






Lepas dapat rehat yang mencukupi petang tu bermulalah ekpedisi meneroka Langkawi Permata Kedah ni. Dah bawa kaum wanita ni tempat pertama yang dituju mestilah tempat shopping kan. X sahlah kalau  x bershopping sakan di Hj Ismail Group tu. Tu kepada my MIL & kakak-kakak ipar aku je la. Orang yang paling banyak g shopping jatuh kepada Kak Noni. Bawa anak-anak kecil pun dah xkira dah. Usung je bawa nak g shopping. Kak Noni ni dok Tawau. Susah ckit nak dapat barang-barang yang ada kat sini. Kalau ada pun RM memang kena banyakla. Kos kat sana lagi tinggi. Depa suami isteri memang cool. Sama-sama shopping sakan. Nak menambah koleksi barang-barang kat rumah baru.






Aku beli coklat je la. Hubby dah pesan tengok je. Dalam tengok-tengok tu ada gak yang  tersangkut. Hanya beli barang yang xde kat rumah AS ni. Hadiah kawin kan banyak. Tu yang Hubby x bagi beli tu. Tapi sampai sekarang hadiah-hadiah kami dok tersangkut kat rumah di KL ni. Entah bila nak bawa balik AS.

Lepas seharian berpenat lelah sampai lenguh-lenguh kaki berjalan, barulah kami ingat nak makan malam. Makan besar punya. Terpaksa buat 2 meja. Ramai kan yang join. Menunya biasalah. Nasi putih, Tom Yam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Sayur Campur dan pelbagai hidangan menarik lagilah. Aku pun dah hilang ingatan. Nampak je lauk tu terus masuk mulut je. Bau pun dah wat kita gigit jari nak makan tau. Makan pulak diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Romantiknya. Bertambah-tambah selera tau. Licin la...hehehe.... Malam tu kami balik ke homestay dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah.... Sebelum sampai homestay singgah jap kat Awana Porto Malai. Feeling-feeling dok oversea.... kekeke...







sempatla merasa masuk resort ni....


HARI KEDUA @ LAST DAY






Jalan-jalan lagi la kan. Kami g kat Kereta Kabel Gunung Mat Cinchang. Mula-mula kakak-kakak ipar aku ni nak naik. Sekali tengok tinggi ke main lak gunung tu semua x jadi naik. Amik gambar je la kat sana. Sayang kan x naik kereta kabel. Aku dah 3 kali sampai Langkawi & 3 kalilah dah sampai kat atas tu. Memang best la. Pemandangan memang cantik tau.







Lepas tu kami melawat kat kawasan Beras Terbakar. Amik gambar & jalan-jalan je la. Lepas makan tengah hari dengan Cendol & Laksa...ppeeerggghhh...sedap tau... Kami pun bertolak ke Jeti Kuah. Nak balik dah ni. Naik feri kul 6 ptg. Punyalah ramai umat manusia kat jeti. Macam-macam ragam gak la. Ramai plak pengantin baru yang aku jumpa. Ni kan tempat popular untuk berbulan madu...hehehe....





Masuk je feri carilah no tempat duduk kami. Kali ni xbolehlah dok ikut suka. Selalu time nak balik ni memang penuh. Dah dapat row tempat duduk kami ada disaster pulak. 2 row tempat kami dah ada orang duduk. Semua tempat duduk kakak-kakak ipar aku. Kami pun mintala elok-elok kat orang-orang yang duduk tu kan. Tanyalah no seat depa ni. Manalah tau ada duplicate ke. Rupanya x. Depa memang sengaja duduk tempat kami. Jawab pulak dengan selamba & tunjuk ego pulak. Siap boleh kata dok je la mana-mana tempat yang ada. Nada tinggi tu. Depa ni dah la muda remaja. Cakap plak x hormat orang. Macam nak cari gaduh ja. Kami ni bawa kanak-kanak ribena plak. Semua kena dok dengan mak-mak doranglah kan. Mana leh nak pisahkan.

Kami approach depa ni cara baik lagi. Tiba-tiba sorang dari geng dorang ni bertempik. Hubby aku apa lagi. Lawan balik la. Kita dah minta elok-elok depa nak kurang ajar lak. Dah macam dok kapal perang la kat dalam feri tu. Nasib baik seat Mak Abah dah settle time tu. Memang kalut la dalam feri tu. Yang aku pelik xde sorang pun staff kat dalam feri tu nak settlekan problem. Dorang biarkan je la kami ni dok bergaduh macam tu. Lastnya kakak-kakak ipar aku terpaksa dok berhimpit-himpit. Memang la perjalanan tu xlama. Tapi kita mesti nak rasa selesa. Mamat yang bertempik tadi terus terdiam seribu bahasa lepas kena terjah dengan hubby aku. Aku rasa dia orang luar kot. Xde loghat Kedah pun. Dah mai tempat orang tu hormatlah ckit. Jangan nak pentingkan diri sendiri je.


Dah kena fire barulah takut ye....


Sampai kat jeti Kuala Perlis pun kami jumpa lagi. Kami buat xtau je la. Padahal dalam hati rasa nak bagi penumbuk je kat sorang-sorang. Hubby aku ni bukanlah sorang yang panas baran tapi bila orang dah start kurang ajar dia memang xleh tahan. Tambah lak melibatkan family sendiri. Orang yang cool pun boleh naik temperaturenya. Kali pertama dapat tengok Hubby aku marah yang amat sangat. Aku pun dah rasa kecut perut. Nasib baik dia cepat cool. Hubby siap terangkan kat aku sebab dia marah sangat. Dia tau la tu aku terkejut tengok dia tadi....hehehe....


Thursday, March 17, 2011

MELUR JELITA DATANG LAGI… GIVE AWAY TERJELITA DI ABAD INI…JENG JENG JENG!

Kali ni join give away dari Kak Melur Jelita   pulak.

Jom tengok syarat-syarat nak join :

1. Terbuka kepada semua bloggers warganegara Malaysia
2. Letak banner Melurjelita.com di side bar anda



3. Letak link Melurjelita.com di list blog anda
Kalau boleh letak di tempat yang teratas…he he he
4. Menjadi follower
5. Me’ like ‘ Facebook Like Box di side bar belah kanan Melurjelita.com
6. Like Be the first of your friends to like this. Yang bertanda F lambang fb di bawah post ini kepada yang ada FB. Yang tidak ada FB tidak perlu like.
7.Buat satu entry khas mengenai Melurjelita.com dengan tajuk MELUR JELITA DATANG LAGI… GIVE AWAY TERJELITA DI ABAD INI…JENG JENG JENG!
Anda boleh tulis apa saja mengenai Melurjelita.com, bebas tetapi tidak menyentuh tentang politik, sensitif agama , bangsa dan diri saya.
8. Sila tag 3 bloggers yang lain untuk turut serta dalam segmen ini. Sebaik – baiknya maklumkan mereka

9. Tarikh tutup peraduan ialah 17hb April 2011
10. Bila anda sudah join segmen ini, sila tinggalkan link entry anda di post ini. Di sini ya. Di ruangan komen. Jangan tinggal merata – rata.

P/s : Semua syarat telah dipenuhi...hehehe... hadiah pun ke main la besarnya. PERCUTIAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM DI HOTEL SERI MALAYSIA KULIM, MALAYSIA untuk dua orang. Boleh ajak hubby g bulan madu lagi ni...hehehe....


Selamat ulangtahun yang PERTAMA kepada blog Melurjelita.com. Blog Akak Melur Jelita ini akan meraikannya pada 28 April 2011. Tak lama je lagi kan. Tahniah kepada Melurjelita.com. Bukan senang nak memerah idea untuk menitip ke dalan satu-satu penulisan. Kadang-kadang idea datang mencurah-curah sampai  tak xkejar nak menaip entri ni. Tapi bila kering idea sampai x tau pe la nak diluahkan. Kagum dengan blog ini sebab setiap entri yang dititipkan penuh dengan keikhlasan dan dekat dengan jiwa pembaca. Semua kandungan di dalam blog banyak informasinya. Berguna bagi saya yang baru mengenali alam rumahtangga ni. Teruskan usaha dan bergiat cergas dalan dunia blogger ni. Saya akan terus menyokong blog ini dengan semangat menunggu entri-entri baru yang penuh dengan ilmu itu.

Nak tag blogger berikut :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...