NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, November 27, 2011

KAU & AKU SELAMANYA....

Salam Maal Hijrah...

Tanggal 20.11.2010 yang lalu terungkapnya lafaz ijab & kabul daripada seorang jejaka dari utara yang ingin memperisterikan seorang anak gadis sebagai suri hatinya. Tepat jam 3.00 petang aku sah menjadi isteri kepada Mohammad Syarozi bin Shahid. Aku xpernah lupa perasaan aku pada masa itu.

Pejam celik, pejam celik tanggal 20.11.2011 lalu genaplah setahun kami bersama. Alhamdulillah, xlama lagi dah nak jadi daddy & mummy pula.  InsyaAllah bulan Mac 2012. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.....

Sayang, semoga kasih sayang kita akan utuh sehingga hayat kita. Biar apa pun cabaran yang mendatang kita dapat hadapi dengan kuat. Harapnya kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita nanti. Amin..... Love u, sayang!


Monday, August 15, 2011

PENANGAN NEBES FIRST TIME G CHEK UP...HEHEHE....

Salam 1 Malaysia....

Lama gak aku tinggalkan dunia blogging ni. Emosi sekarang berubah-ubah membuatkan aku  x ada mood nak mencoretkan sebarang khabar berita. Tapi hari ni aku terajin sikit. Kekuatan tu dah kembali agaknya....hehehe...

Semalam buat pertama kalinya aku pergi check up kat klinik. Baru je nak buat  buku merah tu. Buku rekod  untuk ibu mengandung. Aku daftar kat depan rumah aku ni je. Senang, bila time check up aku jalan kaki pun boleh. Tapi semalam hubby bawa aku naik kereta gak. Kesian kot kat wifenya ni. Dahla cuaca panas tambahan pulak sedang berpuasa ni.

Semalam memang masuk lewat kat ofis. Dalam kul 8.30 pg, aku & hubby bertolak dari rumah. Sampai je kami disambut oleh kakak jururawat yang manis. Lagipun xde orang. Rileks je la masuk kan. Kami pun beritahulah nak buat buku merah tu. Lepas tu akak jururawat ni kata memang boleh buat tapi kalau nak check up xdapat la sebab hari ni doktor xda. Sebab hari ni adalah waktu untuk akak2 jururawat ni buat lawatan rumah ke rumah.

Akhirnya kami buat buku dan buat check up untuk berat dan tekanan darah sahaja. Lepas ni kena pergi di Klinik Kesihatan Langgar. Hari ni kat sana ada doktor. Tengah syok sembang-sembang kami pun minta diri untuk gerak ke Langgar pula.

Baru je bangun hubby pelik tengok buku aku tu. Hubby siap boleh tanya napa kat nama ibu aku isi nama mak aku? Sepatutnya nama aku la kan...hahaha.... Aku la yang salah tulis tu. Habis comot buku aku kena betulkan balik.. Ni nebes punya pasal la...pertama kali kan. Selalu kalau kat borang kalau ada nama ibu memang letak nama ibu kita la kan. Boleh plak aku terlupa aku ni dah nak jadi ibu pun...hahaha...Habis kena gelak dengan hubby & akak jururawat tu. Nasib baik xde orang, xla malu sangat. Sampai masuk kereta la hubby perli aku...jahat tau....

Hubby pun drive la nak pergi ke Klinik Kesihatan Langgar tu. Mula-mula tu kelam kabut gak la nak cari. Hubby kata tau tapi rupanya dia bayangkan tempat lain. Sebenarnya tempat tu bagunan peladang. Nak pecah perut kami berdua gelakkan perangai masing-masing. Penangan nebes la ni. Hubby aku pun berjangkit...hahaha...

Hubby patah balik ke Klinik Desa. Sampai ja dah xda orang. Akak jururawat dah mula tugasan dia buat lawatan. Ambil la no tel klinik kat depan pintu tu. Cuba call tapi xdapat pun. Hubby pun cuba g balik tempat tu. Kali ni kami pusing sampai habis kawasan tu. Akhirnya jumpa la jugak.

Sampai ja bagi buku aku kat jururawat. Bila sampai turn kami sesi amik darah pun bermula. Agak ngeri kisah ini. Depa nak amik darah kat urat tangan aku yang sebelah kiri, tapi urat tangan kau halus sangat, susah nak amik. Lagipun yang buat tu pelatih. Masing-masing pun takut-takut lagi. Aku lagilah takut tengok keadaan macam tu. Lepas cuba pulak tangan sebelah kanan, budak pelatih ni plak takut sangat. Akhirnya senior depa yang  buat. Senang ja dia amik darah aku. Lepas tu giliran hubby plak. Hubby pun sebelah kanan ja boleh amik.

Lama gakla menunggu untuk jumpa doktor. Akhirnya aku masuk. Dapatla tengok doktor scan tummy aku tu. Hubby aku dengan wajah teruja tengok. Doktor yang check aku tu pun due date dia sama dengan aku....hehehe....Gila hepi tengok gambar scan tu. Doktor kata semuanya ok. Baby pun jantungnya dah mula berdegup. Baby dah 9 minggu lebih sekarang ni. Alhamdulillah...syukur sangat....Lepas tu kami pun keluar g amik time slip & vitamin sebab kat klinik desa dah habis.

Kemudian hubby bawa aku pergi ke Pos Laju amik barang aku. Buku pasal baby gak...hehehe....
Hubby hantar balik. Kemudian hubby bersiap-siap nak ke KL bawa bos g meeting. Nasib baik hubby dah amik mak & abah mertua  serta Dik Jai malam semalam. Xla aku dok sorang2 kat rumah. InsyaAllah hari dapatlah berbuka sama hubby balik. Rindula....hehehe...

Temujanji lepas ni adalah pada 14 September 2011.....


Thursday, July 21, 2011

HIKMAH DI SEBALIK KESABARAN

Alhamdulillah....syukur sekali lagi ke hadrat Illahi....di atas limpahan rezeki yang x pernah putus-putus ni. Sekali lagi kami berdua dimurahkan rezeki.

Rezeki yang amat kami tungu. Allah kurniakan kami cahaya mata pula. Alhamdulillah..... Memang rezeki lepas aku berpindah dok dekat dengan hubby, akhirnya kami dikurniakan cahaya mata sulung kami. Masih baru je lagi. Baru menginjak 6 minggu usia kandungan ku.

Ya Allah aku bersyukur atas kurniaan ini. Memang ini yang kami tunggu-tunggukan. Lindungi kami dari segala kezaliman, kepayahan dan kesusahan. Hanya pada Mu aku berserah.

Kengkawan semua doakan kesihatan kami berdua ye......


Tuesday, July 12, 2011

PENANGAN SI PUTIH....

Salam semua....
Nak bgtau korang semalam kereta Saga FL (Si Putih) aku dah ada depan mata. Hubby aku pnya pasal la ni asyik dok bertangguh ambil kereta tu. Alhamdulillah, syukur Allah limpahkan rezeki untuk kami berdua.

Pagi tu aku dengan hubby pergi kerja naik motorsikal ja. Balik pula naik kereta baru. Tak boleh tahannya hubby aku bawa tanpa buka plastik. Memang bau kedai lah....hahaha.... Nasib baik orang-orang kat ofis ni dah xde. Kalau tak kena bahan la plak kan.

Hubby aku amik aku semalam dengan senyuman yang sangatlah meleret. Sangat-sagat meleret ok...hahaha... Lepas tu hubby bawa g makan kat KFC. Buat tak xtau ja la walaupun semua orang mengalihkan pandangan tengok kereta kami yang masih dalam bungkusan plastik tu. Entah bila hubby aku nak buka. Masa makan tu pun hubby aku sikit pun x mengalihkan pandangan kat kereta kami tu.

Bila aku tegur, hubby siap jawab "B takut kereta calar".....kekeke.... Nampak sangat betapa bangga dan seronoknya bila dapat kereta baru. Perangai biasa kot bila kita dapat kereta baru?...hehehe

Habis makan kami bertolak balik rumah.  Sampai ja rumah kena kemas garaj kat belakang rumah pula. Punyalah hubby takut bercalar Si Putih kan. Bekerja keras la kami dua laki bini menyediakan ruang untuk Si Putih. Si Merah pula tempat dia memang di garaj hadapan. Rileks ja Si Merah.

Masuk ja rumah, buatkan sup cendawan untuk hubby. Korang nak tau apa hubby aku buat lepas tu? Hubby suruh ambil manual Si Putih. Dok baring atas sofa nak khatamkan manual Si Putih. Sampai dah x ingat nak mandi....hehehe... Aku layankan ja la hubby aku tu. Esok-esok aku gak yang senang kalau terjadi apa-apa kat Si Putih tu kan. Lepas ni Si Merah akan dapat tuan baru. Kak Cik pula jaga Si Merah.

Ni lah al kisah hubby aku yang terlebih seronok dengan kehadiran Si Putih.

Sunday, July 3, 2011

LANGKAWI PERMATA KEDAH

Semalam aku & famili hubby iaitu Mak Abah, famili Kak Da & famili Kak Cik menuju ke Langkawi. Pada mulanya Aku & hubby amik Mak Abah dari SP menuju ke AS sebab Abah kena hadir majlis reunion di Hotel Regency. Majlis itu sebenarnya dari 1-3 Julai. Tapi Abah xnak tidur di hotel, jadi Abah jumpa kengkawan lamanya masa hari Jumaat sahaja.

Malam tu Abah dengan mak tidur kat rumah kami. Abah yang rancang kami pergi ke Langkawi. Boleh jumpa adik Jai di kem PLKN di sana. Kami semua berkumpul di rumah aku kecuali Kak Cik. Kami berjumpa di jeti Kuala Perlis.

Sampai di Langkawi, hanya dapat sewa 2 buah kereta. Hajat nak bawa van x kesampaian. Semua dah 'fully booked'....hehehe.... Kami kan rancang 'last minute', terima je la apa yang ada.

Kami makan tegah hari bersama adik Jai di kem PLKN. Nasi memang dah bawa dari rumah. Kami beli lauk & pinggan mangkuk polisterin kat kedai sahaja. Berselera semua makan. Maklumlah semua dah kelaparan.

Kira-kira 2.30 petang kami keluar dari kem. Kami menuju ke Pekan Kuah. Syurga membeli belah di Langkawi. Tak banyak sangat yang Mak & kakak-kakak ipar aku beli. Beli mana yang harga barang lagi murah kat sini sahaja.

Kemudian hubby bawa kami ke Tanjung Rhu. Memang sangat cantik pemadangan di sini. Lagipun x ramai orang yang datang sini. Tempat ni agak pedalaman. Resort pun agak ekslusif. Ramai pelancong luar yang datang di sini. Hubby aku sajalah tanya pakej honeymoon. Nak tergelak dia dengar harga...hahaha.... Sudah pasti la mahal....hehehe...Sampai kat pantai kami melepak sambil menjamu mata....hehehe...

Lepas tu bersiap-siap bertolak pulang la. Feri balik jam 7.00 petang. Lepas tu kami semua menjamu selera di restoran nasi kandar di Changlun. Kami berpecah la sebab masing-masing ada destinasi berbeza. Kak Cik balik UUM, Kak Da balik Penang, Mak Abah tumpang Kak Da balik sampai di Kota Abg Mi akan bawa balik KKM dan kami berdua balik AS.

 Inilah kisah ronda-ronda Langkawi dalam masa 1 hari......kekeke...

-->

ALHAMDULILLAH.....25 TAHUN SUDAH.....

Genap 25 tahun umur aku pada 30 Jun yang lalu. Terima kasih kepada kengkawan yang wish. Ingat gak korang kat aku kan....hehehe....

Hadiah yang paling best aku dapat adalah dari hubby. Memang sangat surprise! Tiba-tiba ja sejambak bunga ros dihantar ke ofis aku. Memang sangat terharu. Terima kasih, sayang...... 

Lepas tu ada 1 lagi kejutan. Pada hari yang sama aku tandatangan perjanjian hak milik kereta. Masa ni hubby aku tengah sibuk perlawanan bola tampar antara ofis. Kelam kabut kami pergi uruskan.

Alhamdulillah.....atas nikmat Mu ini Ya Allah.......

Sunday, June 26, 2011

XTVT DI BULAN JUN

Xda apa sangat pun xtvt aku. Hari Rabu & Khamis agak sibuk sebab KP adakan lawatan ke tempat aku ni. Banyak bendala kena siap sedia. Selesai ja program ni kelegaan yang amat sangat. Keletihan x payah katalah kan.

Cuti Jumaat aritu aku & Hubby pergi ke Majlis Kenduri Kesyukuran kawan ofis Hubby. Pertama kali jumpa kengkawan ofis hubby. Kami dok sembang biasa-biasa ja la. Tapi dah jumpalah orang yang boleh kita 'get along' kan. Tak ada rasa kekok sangat.

Habis ja kenduri kami terus menuju ke Jitra. Shopping barang-barang dapur. Banyak gak la. Barang-barang yang kurang kena p tambahlah. Tak berasaplah  dapur kami nanti. Balik tu dok menonton Maharaja Lawak. Memang dah setting masa kena balik sebelum mula rancangan ni. Final tu. Haruslah tengok.

Esoknya aku bangun konon-konon nak buat sarapan. Semua barang-barang dah keluar dari peti sejuk. Tiba-tiba hubby kata xpayah masak. Kita p rumah Kak Cik ja la. Aku pun apa lagi berkemas balik la. Semua barang masukkan balik dalam peti sejuk.

Bersiap-siap kemudian bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai ja terus ajak Kak Cik makan kat Marry Brown. Hubby kelaparan la tu. Lepas makan kami menuju ke Bukit Kayu Hitam. Cari coklat. Sempat la beli alas meja & sabun yang aku cari-cari selama ini. Lepas tu balik semula ke rumah Kak Cik. Siap makan tengah hari lagi.

Dah lama lepak rumah Kak Cik, hubby pun ajak balik. Dalam perjalanan tu, hubby ajak g tengok wayang. Aku on saja. Kami tengok kat AS Mall. Tengok cerita KL Gengster. Waktu tayangan pula jam 7.30 petang. Hubby apa lagi ajak g karaoke la dulu. Sejam la kami menghabiskan masa menyumbangkan suara sambil makan..hehehe...

Masa nak beli pop corn ternampaklah kawan hubby, Mizi. Rupa-rupanya tengok cerita yang sama. Xdapat dok sama sebab tempat penuh. Habis ja wayang, hubby ajak minum kat Georgetown White Coffee... Aku sorang ja makan. Kuat makan la aku sekarang ni. Masa nilah hubby dok bercerita zaman persekolahan di masa sek teknik dulu. Kelakar betul. Depa ni nakal-nakal rupanya.

Hubby punyala x puas bersembang dengan kawannya tu, siap ajak tengok wayang cerita X-Men pulak. Macamlah esok x keja kan. Kawan hubby terpaksa tolak la. Dia pun nak kerja esok...hehehe... Kesian hubby....masa reunion nanti sembang puas-puas ye,sayang....

Kami pun bertolak pulang.


-->

KHABAR DARI UTARA....

Wah, lama betul aku x update entri blog aku ni....tiba-tiba blog ni dah jadi anak tiri....kekeke.. Banyak aku nak cerita sebenarnya tetapi kekabgan masa x mengizinkan. Hari ni barulah ada peluang.

Sebenarnya hujung bulan MEI aritu mak & adik-adik aku mai umah aku. Saja la depa nak melawat pengantin baru ni kan. Mak aku pun ni la pertama kali jejak kaki kat umah aku.

Depa bertolak dari KL petang. Sampai pun dah tengah malam. Sampai ja depa, aku & hubby bawa g makan dulu. Tau depa memang kelaparan dalam bas tu walaupun mak aku dah siapkan bekal....hehehe

Hari pertama bawa depa jalan sekitar AS. Destinasi pertama ke Pekan Rabu. X ada pa sangat yang depa borong sebab ada destinasi lain untuk borong. Adik aku ja la beli kuah rojak Mak Bee. Beli dodol sikit untuk Abah aku yang sememangnya penggemar dodol.

Lepas tu kami menuju ke Menara Alor Setar. Tapi, hampa xdapat naik sebab sedang ubahsuai lagi.  Ambil gambar kat bawah menara ja la. Perut pun dah berkeroncong, hubby bawa g makan. Menu tengah hari kami ialah Laksa Ikan Sekoq & Cendol. Yummy2....Lepas tu kembung perut dengan laksa lagi. Kali ni Laksa Teluk Kuchai & Sate pula.

Lepas kekenyangan kami menuju ke Muzium Padi. Bergambar sakan la kami kat sana. Kemudian menuju ke rumah Kak Cik di UUM. Dalam perjalanan singgah ke Lye Huat Garden. Jenuh Kak Cik menunggu kami yang xsampai-sampai...hehehe... Sampai di rumah Kak Cik dihidangkan dengan Nasi Goreng & Kuey Teow Goreng. Tak boleh makan kenyang sangat lepas ni nak ke Danok. Hubby nak belanja masakan Thai pula. Makan saja arini. Menu kami tentu sajalah Tom Yam Putih, Kailan Goreng, Daging Bakar & Telur Dadar. Memang sedap Tom Yam asli Thai ni. Korang kena cuba sendiri.

Aktiviti hari kedua pula. Agak lewat kami semua bangun. Dah semalam keletihan dan kurang tidur pula. Bangun ja terus bersiap-siap. Habis ja aktiviti arini kami akan terus menuju ke KL. Lepas bersiap kami menuju ke Tanjung Dawai. Kat sinilah depa akan borong habis-habisan. Harga kat sini memang murah. Hubby letak kereta di Pantai Merdeka. Kami naik bot menuju ke Tanjung Dawai.

Setelah puas membeli belah, kami singgah ke kampung Hubby di KKM. Kat sini kami dok relaks kan diri, makan & dok menyembang. Lepas tu menuju ke destinasi terakhir kami ke Pulau Pinang. Sampai ja naik feri. Cantik sungguh pemandangan waktu malam Penang.

Kat Penang ni kami p cari jeruk la kan. Nasib baik sempat shopping jeruk. Kedai dah nak tutup masa ni. Beli ja apa yang tercapai dek tangan ni. Lepas tu kami ronda-ronda Penang. Hubby aku boleh tersesat pula cari Restoran Nasi Kandar Mustapha. Ni nasi kandar paling popular kat sana. Nasib baik jumpa gak. Kalau tidak kempunan la adik-adik aku...hehehe...

Perut pun dah kenyang masa untuk pulang...

Selamat tinggal Pulau Pinang, Selamat Datang Kuala Lumpur.....

Wednesday, May 25, 2011

SUDAH TENGOK NURKASIH THE MOVIE!

Terima kasih buat hubby sebab x pernah lupa keinginan aku untuk menonton cerita ini. Sejak filem ni release lagi aku dah sibuk-sibuk beritahu hubby nak sangat tengok cerita ni. Akhirnya, malam semalam dah tercapai.

Sebenarnya aku rancang nak pergi tengok hari Jumaat, tapi disebabkan ada masalah teknikal dengan broadband aku terpaksalah tangguhkan. Aku xdapat nak booking tiket wayang. Masa ni kan baru je release, confirmlah berpusu-pusu yang nak pergi tengok juga.  Bila nak pergi esoknya pula, hubby ada kerja. Bertangguhlah lagi....hehehe....

Semalam balik dari kerja hubby ajak g tengok. Hepi la aku kan. Macam tau-tau ja hasrat hati isterinya ni. Hubby bawa aku ke AS Mall. Menonton di Big Cinema. Macam biasalah hubby akan beli pop corn dan air. Kali ni beli air mineral je. Hubby xbagi minum ais. Aku x sihat lagi. Sementara nak tunggu masa tu, hubby pergi main games dulu. Tiket kami jam 9.45 malam.

Masuk je dalam pangungg, dah ramai duduk dalam tu. Seat memang sangat-sangatlah penuh. Ramai yang ternanti-nantikan filem ni kan. Hubby aku pun nak tengok gak cerita ni. Bila dah mula semua fokus pada filem ni. Memang sangat indah scene filem ni. Cerita pun ok. Filem ni merupakan flashback kisah hidup Nur Amina, Adam dan semua watak-watak yang terlibat. Kisah pengorbanan antara suami isteri. Memang sangat menyentuh hati. Hargailah insan-insan yang kita sayang. Nak tau lebih lanjut korang kena tontonlah filem ni.

Lepas habis wayang kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan tu, hubby bersuara. Tanya aku lapar ke x? Aku pun jawab laparlah gak. Padahal hubby aku ni yang lapar. Konon-konon nak cover la tu..hahaha.... Singgah jap kat kedai makan. Aku makan Keoy Teow Kerang dan Limau Ais, hubby pula makan 10 cucuk sate & Teh Tarik.

Tiba-tiba hubby aku mengadu mulut sakit. Rupanya kena ulser. Patutlah minum air panas....hehehe... Mungkin perubahan cuaca kat sini. Kejap hujan, kejap panas. Memang ramai yang xsihat ni. Sabarlah,sayang.... Nanti ok la balik tu. Jaga kesihatan tu tau.... Love you so much!


Thursday, May 19, 2011

SELAMAT HARI GURU!

Aku tahu ni entri lewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU! Banyak benda aku buat sekarang ni memang agak terlewat. Mood untuk mengarang ni kurang sikit. Badan aku rasa x berapa nak sihat. Sejak pindah hari tu selesema aku ni belum ok lagi.

Kita semua tahu tanggal 16 Mei setiap tahun adalah hari khas untuk merai jasa-jasa semua guru. Bila hendak memperkatakan jasa guru ni memang banyak. Dari kita sekolah tabika sampailah sekarang. Ada di antara kita sampai dapat PhD la. Ilmu itu banyak. Tinggal kita untuk memilih untuk belajar atau tidak.

Tanpa mereka kita x boleh membaca waima untuk menulis. Kita belajar untuk menulis, mengenal huruf, mengeja dan seterusnya membaca. Permulaan kita dari menghafal A-Z, sampailah kita boleh mengarang, menjadikan huruf-huruf ni satu cerita. Jasa-jasa kalian memang tidak terhingga. Berapa ramai yang berjaya kerana seorang guru?

Kepada semua warga guru yang telah lama memegang profesion seorang guru, yang dah bersara, yang bakal menjadi warga pendidik dan yang masih menimba ilmu selamat maju jaya untuk kalian. Kalian la pencorak masa depan anak bangsa. Mendidiklah anak bangsa dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Seseungguhnya profesian seorang guru inni sangat mulia. Sampai bila-bila orang akan panggil "CIKGU". Hormatilah profesion yang mulia ini.


SELAMAT HARI GURU!


Wednesday, May 18, 2011

HUTAN LIPUR BUKIT WANG

Salam semua....
Apa aktiviti cuti semalam? Aku pun sebenarnya xde planning apa2 pun dengan hubby. Pagi tu Kak Cik dah call semalam. Nak ajak kami pergi berkelah sekali. Kami berdua on ja. Tapi hubby aku p training badminton dulu la. Tiap kali cuti itulah xtvt hubby aku.

Lepas hubby pergi training, aku kat rumah ni menyinsing lengan menyiapkan bekalan untuk pergi berkelah. Bawa yang simple je. Kak Cik pun dah bawa ayam & ikan untuk dipanggang nanti. Bekalan aku ni hanya untuk tambah-tambah ja.

Kami bertolak berasingan. Kak Cik & family dari Changloon dan aku dari Bkt. Pinang. Tak jauh sangat pun. Sebab x jauh la banyak kali Kak Cik call tapi x sampai-sampai. Orang jauh boleh ja sampai cepat kan. Asal je Kak Cik call hubby aku jawab on the way, padahal kat rumah lagi. Tunggu hubby aku bersiap. Nak rehat dululah. kan baru lepas training badminton.

Dalam jam 1 petang kami sampai di hutan lipur. Memang dah ramai la orang di sana. Kami pun cari port kat bahagian atas. Bahagian bawah ni air keruh sikit. Mungkin sebab hari hujan sejak kebelakangan ni.

Sampai kat port kami, bermulalah pencarian kayu untuk buat unggun api. Nak bakar ayan & ikan yang kami bawa. Echa & Amirah la yang paling seronok. Sampai-sampai ja dah terjun dalam air. Memang cantik kat sini. Tapi air terjun kat sini banyak batu & pacat. Banyak kali Si Pacat  ni nak cuba gigit aku. Nasib baik aku cepat sedar. Terus aku tarik & buang pacat.

Walaupun bergelut dengan Si Pacat, keseronokan xtvt kami tetap tidak terganggu. Hubby macam biasa keja dia memang bakar ayam & ikan. Lepas siap kami pun bermandi-manda sambil makan. Best tau sambil menghirup udara segar lagi nyaman.

Lepas puas bermandi-manda, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba hujan pun turun. Berteduhlah kami kat surau yang ada berhampiran port kami tu. Bila dah reda kami pun tanpa melengahkan masa berjalanlah pulang.

Tiba-tiba Kak Cik ada cadangan lain. Ajak pula berkaraoke. Kami pun menuju ke C Mart dan tentulah di Changloon. Dekat 15 lagu kami pulun habis. Echa & Amirah pun gila karaoke sampai berebut dengan kami mikrofon. Mula-mula Echa x mahu langsung pegang mikrofon sebab mamai baru bangun tido. Bila tengok Amirah syok pegang mikrofon sambil berjoget dia pun mulalah nak pegang juga. Sampai Mama & Abah dia nak nyanyi pun ken berebut mikrofon tu....hehehehe....

Selesai semua kami pun berpecah. Aku dengan Hubby masuk C Mart pergi shopping barang-barang dapur. Kak Cik & famili terus balik ke rumah. Kira-kira kul 8 lebih kami sampai kat rumah. XTVT kali ni pun memang x amik lagsung gambar. Entahlah sekarang ni macam malas ja nak bergambar...hehehe.... Aku hidangkan korang dengan coretan ini je la....Korang cubalah bayangkan...gunakan imaginasi kreatif korang tu....


Wassalam....


Sunday, May 15, 2011

SUASANA BARU

Wah, lama sungguh blog aku ni senyap tanpa berkata-kata. Aku agak sibuk kebelakangan ni. Banyak benda kena diselesaikan. Sejak dah bertukar ni, semua benda dah kena buat sendiri. Kerja rumah sampailah kerja di ofis. Cuba membiasakan diri di tempat baru.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semakin hari aku dah dapat sesuaikan diri aku sebagai seorang isteri dan pekerja di tempat yang baru. Suasana di sini memang banyak perbezaannya. Kalau dulu awal pagi dah kelam kabut keluar dari rumah menuju ke ofis. Tapi sekarang boleh saja nak melenggang-lenggang kangkung. Perjalanan selalunya sangatlah lancar. Setiap kali perjalanan pula disaji pemandangan sawah yang terbentang luas. Memang sangat nyaman bagi diriku yang lahir saja melihat kesesakan di ibu kota. Rasa ketenangannya di sini.Orang-orang kat sini pun semuanya ramah dan mesra. Walaupun xramai sangat tapi semuanya rasa macam keluarga.

Bila di rumah pula, selalu je kena tinggal. Hubby aku selalu saja ada kerja. Tapi bila masing-masing free kami akan menghabiskan masa bersiar-siar atau balik ke SP @ masuk UUM. Biasanya waktu cuti je aku masak. Hubby aku jarang dapat makan kat rumah. Nak tak nak aku kena biasakan diri dengan keadaan seperti ini. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.

Minggu lepas baru je siap kemaskan rumah kami. Kebetulan Mak & Abah serta Dik Jai datang ke rumah, ramailah sikit dapat membantu. Mak la yang paling ecxited. Banyak barang-barang kat rumah tu mak tolong sponsor. Terharu sangat. Maklumlah baru nak bina hidup banyaklah kekurangan kat rumah tu. Sampai demam la aku. Aku ni bukan boleh sangat kalau kena habuk. Mesti kena selesema lepas tu. Dua hari gak aku x sihat. Akhirnya siap la rumah kami tu.


Friday, April 29, 2011

PERPISAHAN.....

Salam semua....

Dah berhabuk blog ni aku biarkan. Memang dah lama sangat aku x update apa-apa entri kat sini. Kesibukan minggu-minggu akhir berada di PJ ni. Banyak benda nak kena diselesaikan.

Korang pun sedia maklum kan aku dah dapat bertukar ke Kedah. Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di ofis ni. Operasi kemas-mengemas telah bermula dari pagi tadi. Aku ingat tak banyaklah barang-barang aku kat ofis ni. Sekali kemas, sampai 2 kotak la aku kena bawa balik..hehehe...

Barang-barang kat umah aku memang xkemas lagi. Malam ni la kot. Aku bawa baju nak pergi keja ja dulu. Lain kali amik barang-barang lain pula. Ni pun aku rasa bikin kereta penuh gak ni. Nampak je sikit, sekali dah dapat dikumpulkan macam x percaya je....hehehe...

Petang ni kengkawan ofis aku adakan majlis perpisahan untuk aku & 2 orang lagi yang bertukar. Tapi aku sorang je la yang paling jauh. Dorang tu bertukar bahagian ja.

Setelah 3 tahun di sini, terasa sedih pula nak tinggalkan kengkawan kat sini. Jangan aku menangis petang ni sudahla. Hari ni memang terasa sangat. Nak berpisah dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Lain rasanya. Lepas ni kena sesuaikan suasana tempat kerja baru, orang baru & segala segi baru. Harap-harap aku dapat lakukan tugas aku dengan sebaik mungkin di tempat baru. Moga semuanya berjalan lancar...amin....

Wednesday, April 20, 2011

KEBAHAGIAAN TERUS MEKAR.....

Hari ni genap 5 bulan aku sebagai seorang isteri..... dah hari ni jugalah aku mendapat berita yang aku tunggu-tunggu selama ini. Korang nak tau x apa yang sangat-sangat mengembirakan aku arini? Aku nak citelah ni....hehehe

Baru je tadi aku mendapat sepucuk surat. Surat ini bukan hanya mengembirakan aku tetapi hubby juga. Ini bukan surat dapat hadiah ke, pakej honeymoon ke...atau apa-apa lagilah....hahaha.....

Ini adalah surat kelulusan pertukaran aku ke utara sana. Ya, surat ini yang membolehkan aku dekat dengan hubby aku. Gembira bukan kepalang. Kesyukuran ke atasNya tidak terhingga. Rasa macam sekarang je nak terus berkemas. Amboi, gelojohnya aku ni!...hehehe....

Tapi aku memang harus berkemas dari sekarang. Aku akan lapor diri ke sana pada 3 Mei ini. Memang x lama pun. Dapat je surat tadi, dengan perasaan membuak-buak aku terus dail no hubby. Hubby aku senyum tanpa perlu kata apa-apa....hehehe...walaupun aku xnampak tapi boleh rasalah betapa gembiranya dia.

Hubby aku dahla hari esok akan datang ke KL. Minggu depan kena mai lagi la,sayang... kena angkut barang-barang isterimu ini.... Bertambah-tambah rasa kebahagiaan ku....

Alhamdulillah, Kau makbulkan jua doa hamba-Mu ini.... Hanya kesyukuran dapat aku ungkapkan. Kengkawan semua terima kasih atas sokongan & doa kalian semua.
Terima kasih jua kepada pihak pengurusan yang menjadikan impian aku ni satu kenyataan.

TANDA KU SAYANG KAMU....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al- Quran.


2. Aku rumah yang gelap,  maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
  maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
 


P/S : Sekadar untuk renungan kita bersama-sama...... aku dapat daripada inbox emel aku....

 

Monday, April 18, 2011

BLOG MAK USU KU....

Aku penah cite kat sini Mak Usu aku pandai buat kek & masak-masak ni. Hari tu aku kata Mak Usu aku hanya ada FB je kan. Rupa-rupanya lagi majulah. Sekarang dah ada pages DAPUR KAK ZU kat FB. Sebelum ni ada gak buka pages pasal Cheese cake ni. Tapi sebab dah terlupa password xdptlah nak aktifkan pages tu. Kalau nak terjah boleh aje. Kemajuan yang lain pula dah ada blog la...punyalah aku komen kat wall tanya bila nak buat blog. Dah ada pun rupanya. Jom terjah kat http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

Kome p la cuci mata dengan pelbagai resepi kek & masakan yang boleh membuatkan kecur air liur kome tu...hehehe....


PUDURAYA, PERTEMUAN PERTAMA

Amboi, aku punya tajuk! Mentang-mentanglah Puduraya sudah kembali beroperasi. Rindu sangat la nak tengok rupa baru Puduraya. Banyak kenangan manis aku bersama Puduraya ni.

Masa belajar dulu inilah hentian yang menjadi penghubung antara aku, KL  dan Kuantan. Berulang-alik xkira masa. Kalau rasa rindu kat famili aku terus je nak balik. Aku pemah balik masa semua orang sibuk buat majlis penutup untuk kamsis. Jahat x aku. Masa tu pun aku x berapa sihat. Perasaan nak balik tu memang membuak-buak la. Dah xpeduli dah kat majlis tu. Hubby aku merupakan AJK kamsis yang aku duduk. Tapi xpenah aku jumpa & aku xkenal pun dia. Kelakar kan....hehehe...

Puduraya ni juga menjadi tempat kenangan yang paling manis buat aku dengan hubby. Nak tau kenapa? hihihi....jeng..jeng...jeng.... Tempat inilah menjadi titik pertemuan pertama bagi aku dengan hubby. Tanggal 3 September 2006, sedang aku menanti bas sampai ke terminal seorang lelaki datang menegur aku. Tanya aku nak ke mana. Masa ni aku nak balik ke poli aku kat Kuantan. Sembang-sembang rupanya dia pun pelajar poli sama dengan aku. Bermulalah perkenalan aku dengan Hubby. Aku balik sorang je dia pulak dengan 2 orang kawan dia. Masa ni kawan dia x sampai lagi.

Masa ni pun ada kenangan tragis sebenarnya. Nak balik Kuantan ni, aku terpaksa bayar harga tiket 2 kali ganda. Masa ni budak poli dah habis cuti sem tapi budak U pulak baru mula cuti sem. Kami bertembung. Tiket memang sold out la. Nak x nak terpaksa la ambil je tiket ni. Lagi sadis bas tambahan yang aku naik tu hanyalah bas sekolah tanpa penghawa dingin. Sila bayangkan perjalanan yang memakan masa 4 jam tanpa penghawa dingin. Rasa nak pengsan time tu.

Masa dalam bas tu, aku duduk dengan seorang budak perempuan ni. Hubby aku dengan kengkawan dia iaitu Pa dan Apai duduk kat belakang. Hubby aku time ni jual minyak la. Siap minta no telefon lagi. Aku memang agak teragak-agak la nak bagi. Tapi budak perempuan yang dok sebelah ni laju je terus bagi. Banyak kali la hubby aku minta. Setelah berfikir sejenak, aku bagi la jugak. Senyum je hubby aku ek. Padahal budak perempuan sebelah aku ni yang terminat kat dia. Aku rileks ja la. Baru ja kenal xkan lah terus jatuh cinta kan...hehehe...

Bila dah sampai di Terminal Kuantan, masing-masing pun turunlah. Aku masih duduk kat Terminak tunggu kengkawan serumah aku sampai. Dorang dari Temerloh. Tapi aku dapat mesej dari dorang sampai lewat sikit. Bas dorang lambat bertolak dari sana. Menunggu la aku sorang-sorang kat sana. Perut pun dah lapar ni. Tiba-tiba hubby aku ni datag semula ajak aku g makan dengan kengkawan dia. Alamak, nak terima ke x? Takut la jugak kan. Depa ni semua lelaki. Apa-apa hal nanti. Aku dah la sorang-sorang ja ni. Memandangkan perut aku pun dah mula menyanyi lagu rock kelaparan, aku pun terima la pelawaan tu.

Tapi kami makan bertiga je la. Pa ada hal nak siapkan keja kat CC Terminal tu. Bertukar-tukar cerita la kami bertiga. Budak perempuan sebelah aku pun sebenarnya nak join tapi orang yang ambil dia pun dah sampai. Nampak benar muka kecewa dia. X ada rezekilah nak makan bersama..hehehe...

Agak-agak korang apa yang terjadi lepas pertemuan pertama ni? jeng..jeng..jeng....hehehe.....

Friday, April 15, 2011

STIGMA DAN DIKRIMINASI HIV/AIDS

Pagi tadi aku telah menghadiri ceramah HIV/AIDS - Stigma dan Dikriminasi yang diadakan di ofis aku. Banyak pengetahuan yang aku dapat selama 2 jam ceramah berlangsung. Aku ingin berkongsi serba sedikit info yang aku dapat bersama kengkawan semua.

Sebelum korang semua tahu apa maksud HIV & AIDS? Kebanyakan dari kita hanya tahu menyebut atau mungkin tahu serba sedikit pasal ini. Tetapi kebanyakan dari kita akan merasa takut untuk menyebut DUA perkataan ni. Seolah-olah penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan semua dan mengubah sedikit pandangan kita terhadap semua penghidap HIV/AIDS ini.




                                      H      Human
                                       I       Immunodeficiency
                                           Virus


                                     A       Acquired
                                     I        Immune
                                           Deficiency
                                           Syndrome

"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :

  • pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang norma
  • beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.



Virus ini boleh tersebar melalui bendalir-bendalir tubuh seperti:

� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan

Virus ini tidak boleh tersebar melalui bendalir-bendalir seperti :

� Air mata
�  Air liur
�  Peluh
 
Transmisi/Jangkitan Virus AIDS

�  Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama-sama individu yang telah dijangkiti
� Suntikan dan perkongsian jarum suntikan
� Daripada ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandung

 Tanda-tanda dan gejala

Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin
.


Kita tidak akan dijangkiti AIDS dengan :

 berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.
proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS
.


Komplikasi

Pneumocystis Carinii Pneumonia

Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDSCytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.

Sarkoma Kaposi


 Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.

 
Stastitik AIDS di Malaysia








Oleh itu, kita semua haruslah mengubah semua stigma dan mitos yang kita pernah mengenai penyakit AIDS ini. Bukan semua penyakit ini diakibatkan dari gejala yang tidak sihat. Sokongan moral dari kita haruslah kita berikan terutamnya kepada kanak-kanak tidak berdosa yang terpaksa menerima keadaan mereka ini. Kita haruslah melayan mereka seperti orang normal yang lain kerana ini bukanlah penyakit berjangkit.

Hari AIDS Sedunia disambut setiap 1 Disember

Sumber Rujukan dan Informasi :
http://www.mac.org.my
http://www.sioloon.com







Thursday, April 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Jom kengkawan kita gegar lagi Segmen Ben Ashaari
Kali ni senang jer syaratnya :

  1. Sila letak header 
  2. Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan linkkan ke entri ini
  3. Lagi ?? tu jeee.. tak susah ponnnn .. kan kan ?
  Tutup ? Ahad nanti .. Ops.. TOLONG PASTE URL SEKALI SAJA YER !!

link kat sini yer



Wednesday, April 13, 2011

MLM OH MLM...

Lepas terbaca entri MIZZ SUE terpanggil pulak nak cerita pengalaman tentang MLM ni. Sebenarnya pengalaman rakan kursus aku, Kak Azie.

Aku dengan Kak Azie ditemukan semasa menghadiri satu kursus di utara nun sana. Kejadian ni pun dah lama terjadi. Kami berdua dapat group yang sama. Lepas kursus masih berhubung lagi melalui facebook. Biasalah bertanya khabar & program terkini masing-masing.

Satu hari tu aku dok bersembang guna chat FB dengan Kak Azie. Aku ceritalah ada seorang fasi kami ni selalu la call kami bertanya khabar. Kak Azie pun beritahu fasi ni pun selalu call & mesej dengan dia. Pada permulaannya memang bertanya khabar je, tapi lama kelamaan buat promosi mengenai satu skim yang dia masuk. Fasi ni selalulah cerita dia berulang-alik dari Penang ke KL. Dalam facebook ni selalulah dia letak gambar dengan kereta-kereta mewah. Konon-konon skim dia ni membolehkan dia dapat untung yang banyak dan dapat memiliki kereta-kereta idaman yang serba mewah tu.

Fasi ni selalulah ajak aku g majlis perjumpan dorang ni. Tempat perjumpaan tu memang dekat dengan kawasan rumah aku. Masa tu rasa menyesal beritahu dia aku duduk berhampiran ja. Tapi aku ni malas nak layan. Macam-macam alasan aku beri. Pernah sekali aku cakap aku pun kena hadir msyuarat time dia ajak aku tu.  Siap cakap dia akan tunggu aku walau lewat macam mana pun.  Padahal aku dok rileks ja kat rumah...hehehe... Sekali dia call, aku cakap ja la mesyuarat aku tu belum habis. Memang x dapat nak join la.

Aku terlepas kali ni tapi Kak Azie yang terperangkap. Rupa-rupanya Kak Azie x dapat menahan godaan fasi ni. Ye la kesian gak asyik mengajak kata nak jumpa. Kak Azie pergi sorang la plak. Tempat yang dia pergi tu sunyi sangat. Perjumpaan tu dibuat kat sebuah rumah kedai. Sampai tu dah rasa lain macam sangat. Nak patah balik dah sampai kan. Kak Azie redah la gak.

Masuk je tempat tu dah ramai orang yang datang. Siap ada makanan semua la. Mula-mula tu berbual-bual biasa je la. Kak Azie kata yang paling pelik kat sana siap ada muzik & dorang semua menari bercampur lelaki perempuan. X kiralah suami orang ke atau isteri orang semua menari macam x de apa-apa pun. Macam dah biasa ja.

Kak Azie dah rasa x sedap hati. Dia pun minta diri nak balik. Sekali Kak Azie kena tahan. Semua pakat dok keliling dia. Masa tu dia berserah ja la kalu nak terjadi apa-apa kat dia. Memang takut sangat. Masa ni lah dorang ni cakap Kak Azie ni xnak mengubah diri. Peluang kat depan mata pun boleh tolak. Kak Azie sedikit pun x mengalah. Dia balas balik pe dorang kata tu. Alhamdulillah Kak Azie dapat gak balik dengan selamat. Dorang memang terkena balik dengan kata-kata Kak Azie.

Cara dorang ni cakap macam skim ni la TUHAN dorang. Skim ni lah yang bagi dorang makan & rezeki. X salah kita nak tambah pendapatan hidup kita. Tapi gunalah saluran & cara yang betul. Sapa yang x musykil dengan skim ni. Ko x payah jual apa-apa pun. Hanya kuar modal yang bukan sikit. Makan beribu-ribu gak. Puluh ribu gak aku rasa. Senangnya hidup dorang kan. Kutip beribu-ribu duit orang & tipu sesuka hati dorang ja. Kita juga yang rugi. Bergolok gadai hanya nak rasa kemewahan yang sementara cuma.

Wednesday, April 6, 2011

HATI KU DAH SEJUK....

Alhamdulillah mood pagi tadi telah bertukar. Ada sedikit hepila. Orang bawah dah call kembali. Dah jumpa surat permohonan aku tu beserta ucapan maaf darinya. Aku maafkan. Lega sikit perasaan hatiku.

Ada lagi satu berita yang agak memberangsangkan mereka akan adakan mesyuarat pasal pertukaran esok. Jadi permohonan aku ni akan dibincangkan masa tu nanti. Minta-mintalah segalanya berjalan lancar.

Mood marah tadi bertukar ke mood berterima kasih kepada pemanggil tadi. Walaupun baru peringkat perbincangan tapi ada sedikit sinar harapan untuk aku. Moga-moga semua akan berlaku seperti yang dirancang... InsyaAllah....

Kengkawan semua doakan aku ye......


AKU NAK TUKAR LAH?

Pagi-pagi ni hati aku dah panas. Ni semua pasal pertukaran aku. Semalam aku cubalah tanya status aku. Hati aku rasa senang je la call tu sebab tempat yang aku minta tu pun memang bos pun dah ada. Peluang untuk aku pergi sana lagi cerah la kan.
Dalam keterujaan aku tu dapat pulak feedback yang tak memberangsangkan. Apa korang rasa kalau korang di tempat aku? Dorang boleh cakap surat permohonan aku tak ada dalam simpanan fail mereka. Biar betul. Korang bayangkan macam mana surat aku tu tidak ada walhal aku dah dapat surat akuan terima yang mengatakan permohonan aku dalam perhatian mereka ni.

Gila apa? Ke dorang ni x cari pun surat aku tu? Tolonglah jangan buat penganiayaan macam ni. Pagi tadi aku call balik. Memang x jumpa. Aku geram aku kata xpelah aku turun g hantar balik salinan surat-surat aku tu. Surat permohonan, surat sokongan dan surat akuan terima tu. Surat tu ada no rujukan la. Kalau xdapat cari gak memang sengaja la cari nahas. Korang ingat senang ke hidup berjauhan ni. Dah ada peluang jadi macam ni pulak. Frust tau tak.

Aku harap lepas aku dah bagi ni dorang proses la surat aku tu dengan SEGERA. Silalah buat kerja dengan ikhlas. Ni berkenaan dengan harapan orang lain tau tak. Lagipun aku minta pertukaran dalaman je. Pertukaran tu sepatutnya lebih mudah.

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBA MU INI....


Tuesday, April 5, 2011

"Bangku Kosong - blog hasrulhassan"

JOM BERSAMA MEMERIAHKAN BLOGLIST BANGKU KOSONG - Sebuah blog dari hasrulhassan. Blog kisah penceritaan suku abad."




Aku dah join...korang bila lagi? mai sini.. Bangku Kosong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers