NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, August 27, 2014

REUNION KOT!

Salam semua,

Minggu depan aku akan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh HQ kat PJ sana.  Tapi kursus ni akan diadakan nun di selatan sana, kat Melaka.

Lama dah aku x berkursus ni.  Sepatutnya sebelum bersalin kena attend 1 kursus, tapi xde rezeki aku dah bersalin dulu. Kali ni aku bersalin awal 3 minggu.   Baby nak Mama dia beraya dengan tenang...hihihi...

Kursus aku bermula 3 September ni.  Tapi aku cadang nak balik rumah Mak aku kat PJ dulu.  HQ aku pun memanglah kat PJ pun. 15 minit je perjalanan dari rumah aku.  Tapi punyalah sesak nak keluar dari kawasan rumah aku tu.  Boleh jadi 1 jam baru sampai tau.

Kursus yang akan aku hadiri ni pesertanya terdiri daripada geng-geng lama aku kat HQ dulu.  Kiranya kursus ni macam reunion untuk kamilah.  Dulu ada yang belum kahwin sekarang semakin besar famili masing-masing. Alhamdulillah....

Dalam dok teruja ni hati ni terasa 1 kesedihan jugak.  Nak kena tinggal anak-anak yang bertiga tu.  Adik baru je 3 bulan lebih. 2, 3 arini ni pun Kakak & Abang nak tido mesti Mama kena dok tengah-tengah depa. Macam tau-tau ja Mama nak kena outstation lama.  Aku xbimbang sangat Mr. Hubby jaga 3 beradik ni.  Memang dia dah biasa handle anak-anak, tapi risau la jugak sebab lama sangat aku nak p sana ni.  Harap-harapnya semuanya Allah permudahkanlah...amin..

Bye2 anak2 Mama
Sabtu minggu depan baru  kita berjumpa semula ya...
Belum pergi lagi dah rasa rindu sangat ni...
hihihihi...





Tuesday, August 26, 2014

PROJEK FAMILI 2013 : LUMUT, PERAK

Salam semua,


Dah lama x up entri......agak sibuk dengan anak-anak.
Masing-masing pun baru je sihat setelah dilanda demam secara berjemaah.

Sekarang ni dah musim cuti sekolah kan. Aktiviti yang paling syok bagi anak-anak ni haruslah pergi bercuti!  Anak-anak aku x pandai lagilah nk minta p bercuti ni....kecik lagi masing-masing.  Tapi sampai sana hepi sungguh tambah-tambah Kakak Bambam.

Kami bertolak dari KKM pada pagi 29 November 2013.  Destinasi pertama kami singgah ialah rumah Pak Su Bidin di Ipoh.   Kat sini ambil kesempatan untuk berehat.  Kira-kira 3 petang baru bertolak ke Lumut.

Projek Manager dah booking 2 chalet untuk kami di Coral Fishing Resort.  Lepas check -in apa lagi bersantap la dulu.  Masing-masing dah kebulur. Keluarkan dululah bekalan yang memang siap dah dibawa tu....hehehe

Lepas dah kenyang, bawa masuk barang-barang ke bilik masing-masing.  Kemudian apa lagi,  amik joran la p memancing. My MIL dapat angkat ikan kerapu tau!heheehe...... Tempat ni sesuai untuk pemancing-pemancing tegar.

Malam tu aktiviti BBQ pun bermula.  Mula agak lewat sebab hujan.  Alhamdulillah sekejap je hujan.  Lepas tu sesi bakar-membakar ni menjadi meriah.

Lepas semua dah kekenyangan, menyembang xhengat dunia. My Hubby n anak-anak dah lama bermimpi. My Hubby pun xberapa nak sihat. Tu yang cepat je masuk tido. Kalau x xde makna la dia masuk tido awal.

Penginapan kami - Coral Fishing Resort, Lumut. Perak




otw balik singgah dulu makan durian

Separuh daripada famili kami

Family Kak Da

Cik Ad & Pak Uda

Family tuan blog
Persinggahan terakhir - Menara Condong







Monday, August 25, 2014

PUTERI KECIL KAMI


Hari ke-2 - tunggu Abah sampai nak balik rumah



Wajah siapakah ini?
Nak bagitau korang la ni
Si kecil ini merupakan
anak ke-3 kami
puteri ke-2

Puteri kami dilahirkan pada 18 Mei 2014
di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah aku bersalin secara normal

Kehadiran puteri kecil ni
disedari agak lewat sebenarnya
Aku sendiri xsedar
aku sedang mengandung


Sampailah ramai yang menegur
aku nampak lain sangat
bila dah ramai yang bercakap
try p check up
sekali doc scan
dah membesar dia 

Ramai yang xpercaya
aku xsedar aku dah mengandung
Orang kata dah memang rezeki kami
kebetulan aku pun aktif
join xtvt ofis aku ni
dengan permainan
yang memerlukan kekuatan fizikal
Alhamdulillah puteri kecil kami
sangat cekal

Bersalin kali ni
Mr. Hubby xsempat
masuk labour room
kebetulan
Kakak bambam pun ikut
xmau tinggal
sebab excited nak tengok baby
aku suruh balik dulu
kesian kakak xtido langsung

Aku masud wad petang 17 Mei tu
sebab dah turun darah
(tu yang aku fikirkan)
tapi bila check di wad Kecemasan
Doc kata sebenarnya aku turun air
terus aku kena tahan wad

aku sakit nak bersalin
jam 9.30 malam
dan melahirkan puteri kecil ini
jam 9.47 malam
Alhamdulillah sangat dipermudahkan
bukaan masa tu hanya 6cm

Sampai kelam kabut
SN yang jaga aku tu
baru nak buat persediaan
baby aku nak keluar sangat-sangat dah

Bersyukur sangat dikurniakan
seorang puteri comel
seberat 2.71 kg
Ya, kecil saja orangnya
sekarang dah 3 bulan 1 minggu
berat pun dah menginjak 
ke 3.6 kg
membesar dengan jayanya
Alhamdulillah....

Abah sampai ja
terus p tengok
si kecil ni
x sabar agaknya
kali ni pulak x tengok 
kelahiran depan mata 
Lepas tu
Abah perdengarkan
Iqamat di telinga puteri

Kalau korang nak tau
Kakak ikut abah 
walaupun dah tengah malam
sanggup dia xtido
tapi sayangnya
tahun ni
kanak-kanak xdibenarkan masuk
tinggallah kakak dalam kereta
dengan pak uda
nasib baik dia faham

Selesai semua
Abah pun balik rumah
tunggu hari esok
untuk balik ke rumah pulak
Tengah hari tu 
kami dah boleh pulang.

Kelahiran seorang puteri
bernama 
SITI NUR SYARFA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD SYAROZI
yang bermaksud cahaya kecantikan yang mulia.
Nama ni hasil carian Pak Busu
sebab sama tarikh lahir dengan Pak Busu.
Terima kasih Pak Busu.




MALAYSIA.....DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA!


Salam pagi Isnin,

Tema Hari Kemerdekaan ke-57 negara kita.  Tahun ni tahun kedukaan bagi negara kita, segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.  Moga kita kembali bersatu semula tanpa mengira ideologi politik, bangsa dan agama.  Tujuan kita hanya satu untuk memajukan dan memakmurkan bumi Malaysia yang bertuah ini.  Ya Allah,  lindungilah bumi Malaysia daripada sebarang kezaliman dan sejahteralah kami yang mendukung negara yang berdaulat ini.  









Sunday, August 24, 2014

SWEET 28!


Salam semua

Wah, siapakah?
hihihi
Cer teka?
Aku haruslah dah lepas
time bulan posa plak tu

Tapi Mr. Hubby xpenah lupa
Lepas buka kami sambut
lagipun masa tu aku masih berpantang
sambut secara sederhana ja pun

Kali ni untuk 
MR HUBBY la pulak!
tahun ni jatuh time raya
tahun lepas time bulan puasa

Tahun ni
spesial untuk Mr. Hubby
sesuatu yang aku buat sendiri
D-I-Y

Sebenarnya
tiap-tiap tahun
aku DIY
tapi selalu hantar 
guna emel ja
kami kan PJJ dulu
Leh baca SINI

Tahun ni
boleh bagi kat tangan terus.
Rasa nervous pun ada
Nak tau reaksi 
time kita bagi tu kan
tepat jam 12 tengah malam
nak jugak kan.....

Alhamdulillah
segalanya dipermudahkan
Dah wife yang bagikan
mestilah Mr. Hubby suka
Senyum sampai ke telinga....
kikiki....

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE-28, SAYANG! Moga sentiasa dalam limpahanNya, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik.  Terima kasih di atas segala-galanya kerana menjadi suami dan Abah yang terbaik untuk kami.  Love you so much!










RAGAM KAKAK BAMBAM : KASIH SAYANG SEORANG KAKAK


Salam semua,

Minggu lepas
kami sekeluarga
balik ke rumah my MIL
setelah 3 minggu balik ke rumah kami


XTVT kat rumah mertua
xde la buat apa sangat pun
hanya ikut depa
pergi beli barang keperluan rumah

Kami ni lebihnya
bawa anak-anak jalan-jalan ja
my FIL & MIL pun tengah berpuasa
join depa berbuka puasa sekali

Petang esoknya
tengah berkemas nak balik rumah
my MIL saja mengusik
Kakak bambam

My MIL nak amik adik 
nak jaga
kakak n abang je la balik rumah
Kakak apalagi
cakap xbolehla
siap menangis
jangan amik baby kakak ara

Sampai opah pun surrender
xmo usik dia lagi
sebab kakak x bagi langsung
opah pegang adiknya

Lepas tu 
famili Mak Anjang pulak sampai
Kakak kena usik lagi
Mak Anjang nak ambil 
adik Ayim pulak
siap mengamuk kakak

Sampailah dah naik kereta
Mak anjang nak amik adik
siap pegang adik ayim tu
sampai kena marahla
Mak Anjang dengan kakak

Kakak memang selalu tunjukkan sikap penyayang tu.  Masa mama dia nak turun kereta tengah dukung adik dia, mesti Kakak pegang tangan tolong mama bangun.  Memang buat Mama dia sentiasa terharu. Bangga dengan Kakak Bambam ni, cepat sungguh perkembangan diri.  Mama & Abah love u so much, Kakak! Semoga Kakak sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang ye....




Sunday, August 17, 2014

WELCOME BACK!



Salam semua
arini ari pertama
aku kembali bekerja

Korang nak tau 
mana aku menghilang
x p mana-mana pun 

Sebenarnya
masih dalam proses
berhibernasi
dari mengandung
ke bersalin
tempoh berpantang
dan sekarang
kembali bekerja
cepatnya masa berlalu kan...

Masa tu
 memang sangat sibuk
yela anak no3 plak
nak jaga 2 orang anak 
yang sedang dalam
proses membesar lagi
penat tapi seronok
dapat tengok
anak-anak membesar 
depan mata

Aku bingkiskan sekeping 
foto terbaru
kami untuk tatapan 
korang yang tengah 
rindu-rinduan tu
(ada ke?)
hihihi....

SZ's Family 2014
SZ's Family 2014 - kami dah berlima....
gambar raya tahun ni








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...