NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

AKU TETAP AKU....

Nama diberi NOR ZAIMAH BINTI MOHAMAD NASIR. Alkisahnya nama aku ni Abah aku dapat dalam mimpi. Abah mimpi seorang tua minta aku diberi nama ni. Maksud nama aku ni Cahaya Pemimpin. Mana tau 1 ari nanti aku dapat jadi pemimpin hehehe.... Cukup sudah aku membebel pasal nama aku. Nak cite aku ni ada 3 orang adik beradik. Sebenarnya 4 orang tapi adik bongsu dah pergi untuk selama-lamanya. Allah lebih sayangkannya. Tinggal la bertiga kembali. Kekadang baik kekadang bergaduh. Biasalah tu kan hehehe....

Bermulanya kisah hidup aku ni pada 30 JUN 1986. Dah nak masuk 25 tahun aku hidup kat dunia ni. Macam-macam pahit, masin, manis dan segalanya yang dah aku tempuh. Kerja tetap dah ada. Suami pun dah ada. Family kesayangan pun dah ada. Pe lagi yang aku nak? Nak kumpul harta la plak...hehehe... Banyak mana plak nak kumpul tu. Cukupla boleh hidup secara sederhana kat dunia ni.

Perkenalan aku dengan seorang boy ni kat Puduraya pada 3 September 2006 telah membibitkan perasaan cinta kami pada 26 November 2006. Sekejapnya kenal dah gatal nak declarekan. Memang jodoh kami la kan. Macam-macam dugaan time berkawan tu pun. Merajuk, marah, sedih semua adalah. Betul la orang kata kalau dah jodoh memang x akan ke mana. Pada 12 Jun 2010 kami mengikat tali pertunangan. Tapi sebelum tu kami dah tetapkan tarikh kawin kami pun hehehe... 20 November 2010 aku sah jadi isteri, best friend, peneman, pengikut setia Mohammad Syarozi Shahid. Bangga sebenarnya sebab hubby aku ni digilai gadis-gadis kat luar sana. Sampai sentap & banjir la menangisi perkahwinan kami ni. Wahai gadis-gadis silalah cari orang lain. Beliau dah jadi hak mutlak saya. (Kenyataan yang sangat bongkak dari seorang isteri...haruskah?) Apa-apa pun doakan aku bahagia dengan kehidupan baru bersama suami & famili. Doakan kebahagian kami sampai ke syurga ye.....kalau boleh nk jadi bidadari utk my hubby gak....InsyaAllah...amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...