NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, December 9, 2012

RUMAHKU, SYURGAKU.....

Semi-D Matana


Alhamdulillah
semalam dah dapat
kunci rumah
 
Lepas ni
kena buat preparation
sebelum masuk
seperti yang telah dirancang
InsyaAllah
 
 
Harapnya segala
yang dirancang
menjadi kenyataan
 
Tak sabar nak jadi penghuni
rumah sendiri
hihihihi...





-->

Sunday, November 25, 2012

JJCM @ PERLIS



Hari Khamis lepas, Cik Ad, my MIL & FIL, cik Wan mai BKH datang melawat kami semua. Dah ramai-ramai tu banyaklah XTVT yang dirancangkan.

Pagi Jumaat tu p shopping di pasar Napoh. Macam-macamlah kami beli. Beli keperluan tuk berkelah petang nanti.  Kami semua bercadang nak p mengail di Kuala Perlis.


Jam 3 petang semua bersiap-siap nak bertolak ke Kuala Perlis. Hujan agak lebat plak tu. Tawakal je la kat sana x hujan @ dah berhenti hujan.  Alhamdulillah cuaca kat sini semakin elok. Baru je berhenti hujan.

Sampai-sampai je bentang tikar dan keluarkan bekalan kami.  Masing-masing x  makan tengah hari pun lagi.  Semua pun pakat kerumun kat bekalan la..hahaha.. Perut kenyang baru boleh mengail dengan senang hati. hihihihi....

Orang pertama yang dapat ikan ialah Cik Wan. Kejap je dia campakkan mata kail tu, terus je dapat. Lepas tu bergilir-gilir la dapat ikan. Dapat ikan puyu, ikan keli dan banyak lagi.

Port kat sini macam xberapa nak best. Berkemas-kemas p cari port lain. Kali ni lagi meriahla. Lagi senang nak dapat ikan. Sorang2 dapat ikan. Bambam aku pun menggeletek nak mengail. Tengok abah dia pegang joran tu..sabarla, bambam. Kan kecik lagi...


Dah puas kat port tu sekali lagi kami tukar port. Kali ni kat belah dalam plak. kali ni Abg Amy suami Kak Cik pula yang meriah dengan hasil tangkapan. Bila hari dah menginjak senja, barulah  masing-masing berhenti.  Kami berkemas-kemas pula nak pulang.  Singgah sebentar membeli belacan & keropok.

Sebelum balik, perut pun dah kebuluran. Kami semua masuk ke Arau p makan Steamboat & Grilled plak. Murah je kat sini RM9.90 bagi dewasa dan hanya RM5.00 untuk kanak-kanak. Memang melantak habisla semua orang. Balik rumah semua dah kepenatan, dengan perut pun dah kenyang semua terus masuk tidur je la..



port ke2

champion mengail....
Bambam dapat intai dr tingkap je la...hujan tu...hihihi

yummy3x...


tambah lagi.....hehehe





-->

HADIAH UNTUK BAMBAM







 
Inilah 
bantal hasil kraf
dari ZQ Craft
cantik kan 


-->

BAMBAM MAKAN ANGIN......

Salam semua,

Haritu kan kami sefamili balik ke KL. Sempatlah bawa bambam p jalan-jalan. Destinasi kali ni ke Tasik Cruise, Putrajaya.   Bayaran masuk beserta mykad dewasa RM 30.00.  Bagi kakitangan kerajaan sila bawa kad id tu ye. Dapat diskaun RM5.00 lagi. Kanak-kanak xsilapnya RM 15.00 sahaja. Kalau korang nak naik Dondang Sayang murah sikitla.  Dewasa RM 20.00 dan Kanak-kanak hanya RM10.00.  Naik Cruise dapatla pusing-pusing Putrajaya selama 45 minit. Naik Dondang Sayang ambil masa hanya selama 25 minit. Jom jamu mata tengok gambar kami sefamili...hihihi....




sebelum masuk dek

zahraa posing dulu

syoknya duduk atas cruise dengan maksu

bambam : cepatla cruise sampai...xsabar naik ni..

posing dengan abah....

abah + zahraa + mama
 
 
 
 
 
-->

Thursday, November 22, 2012

20.11.2010 ~ 20.11.2012



 
 
Genap sudah
2 tahun
kami menyemai kasih
Alhamdulillah
 
 2012
Siti Nur Syarfa Zahraa
2013
bakal menyusul
boy @ girl
xkisah mana2 pun
hihihhi
 
Doakan kami sentiasa
peroleh kebahagiaan
dan rezeki melimpah
dari Allah SWT
Amin...

-->

Sunday, November 11, 2012

I'M COMING HOME..COMING HOME....


Salam 1 Malaysia semua.....

 
Sempena cuti panjang
minggu ini
kami 1 famili
akan pulang
ke KL..
yahoo....
seronok sangat3x.....
 
 
Kami planning
akan balik pagi Selasa nanti
harap semuanya ok
Perjalanan pertama
sejak mengandung
kali ni
hehehe......
 
Hati berkobar-kobar
nak balik
sebab mengidam
masakan my mum sebenarnya...
 
Bestnya
kalau dapat
ikan patin masak gulai tempoyak
dan
sambal sotong yang besar tu
celur je dan
makan cicah dengan sos je pun
dah kecur air liur ni
yummy3x....


harap2 dapatla makan
siap dah pesan dah pun
sebelum balik ni
kekeke


Semua bloggers
yang nk blik kampung tu
berhati-hati di jalanraya ye
yang memandu
memandu secara berhikmah
yang naik pengankutan awam
berhati-hati sentiasa...
 
Semoga selamat semuanya....
 
 
p/s : mood bekerja dah ke laut....nak balik rumah je ni...hahaha...


-->

Wednesday, November 7, 2012

CHECK UP MY BAMBAM


Salam 1 Malaysia....

 
 
Arini masuk ofis lewat
kena bawa Bambam p check up
Bambam dah 8bln+++
Almaklumlah dah lama
x p check up
Berat Bambam 7.8 kg je
 
Rasanya macam berat lg je
nk dukung pun dah xlarat
hehehe
sekarang ni pun
Bambam lasak
sebab tu la agaknya
berat x naik sangat
walaupun selera makan
Bambam tinggi
Pantang tengok orang makan
Nak rasa gak
kekeke
 
Mama Bambam plak
kena p check up Selasa
lepas cuti panjang ni
lab xbuka plak arini
 
Nurse sampai terkejut
bila cakap dah ada no2
hihihihi
dah rezeki
tolak macam mana pun
tetap akan hadir kan...
 
InsyaAllah
kasih sayang tu tetap
untuk anak2 mama berdua ni
semua dibahagi sama rata
tiada yang lebih
tiada yang kurang
love you all.....



Semoga kami
dikurniakan sifat yang adil
untuk anak-anak kami
nanti
tiada sedikit pun
perasaan
untuk melebihkan
dan
 mengurangkan
kasih sayang
terhadap mereka nanti
amin....






-->

Sunday, November 4, 2012

KEROPOK TAM TAM YANG MENJADI IDAMANKU



 
Sejak akhir-akhir ni
suka sangat cari keropok tam tam ni
perisa ketam kan
hari-hari aku p cari
 
Nasib baik kat ofis ni ada pantri
memang letak segala macam
biskut, keropok, kek dll.
bagus tuk orang macam aku
yang setiap jam kelaparan
hahahaha...
 
Mengidam ke aku ni?
kihkihkihkih....
 




-->

TERKINI..hihihi..


Salam 1 Malaysia semua....
Berkepuk lagi blog ak ni..hahahaha....
Kali ni just nk update wajah terkini my bambam je....hikhikhik...
Jom cuci mata semua....


raya aidilfitri 2012

mama + abah + zahraa


Zahraa 8 bln +++





Thursday, August 9, 2012

BILA BAMBAM MERAJUK.....KEKEKE....

Salam semua,

Bambam sekarang dah 5 bulan +++, semalam baru saja bawa p check up di klinik. Kali ni agak lewat p klinik kerana sebelum ni Bambam kena demam campak. Lama la gak. Nasib baik Bambam x meragam sangat. Bila miang tu mai, dia dok menggaru 1 badan.... kesian tengok....


Semalam p abah dia yang tolong pegang masa kena cucuk. Sekarang ni Bambam onya kekuatan Mama dia pn xlarat. Nak timbang pun dia boleh je nak bangun. Bambam sangta x suka bila dibaringkan. Dah lepas timbang dan ukur dia rileks lagi.

Tapi time nk cucuk, bila abah start baringkan je Bambam mula marah. Rasa lemas orang peluk dia. Nasib baik x kena tendang misi tu. Dah selesai, nak bertolak balik la. Masuk je dalam kereta Bambam buat senyap. Sikit pun x menoleh mana-mana. Dok membatu je atas riba Mama. Abah panggil pun x pandang. Abah dia usik lagi la. Dah mcam "Statue of Liberty" plak dok senyap macam tu.

Rupa-rupanya dia merajuk kat Abah sebab pegang dia masa kena cucuk tadi. Bukan main lagi Bambam ni. Lama gak dia merajuk sampai la tertido. Sekali sampai rumah, dia bangun dan tersenyum macam biasa. Macam x ada apa-apa yang berlaku tadi...hehehe

Mama dengan Abah rasa gelihati betul tengok telatah  Bambam.
hahaha....




-->

Thursday, June 21, 2012

RAGAM OUR BAMBAM....

Salam semua....
Dah berkepuk blog aku ni. Tuan blog sangatlah malas nk update kan..hahaha... Tahun 2012 dah masuk pertengahan tahun pun. Aku baru terhegeh-hegeh nak update blog ni. Hhhmmm....

My Bambam pun dah nk masuk 4 bulan hujung bulan ni. Kalau bab menyembang memang pndai. Siap terkekeh-kekeh gelak kalau menyembang terutamanaya bila dok dengan Abahnya. Bambam aku ni anak abah. Manja betul dengan Abah. Nampak je muka Abah cepat je angkat tangan suruh ambil dia.

Rutin kami sekarang, bangun pagi, bersiap nak ke tempat kerja sambil melayan Bambam. Selalunya memang Bambam dah bangun. Abahnya akan bawa Bambam duduk depan TV tengok cerita kartun. Bambam minat betul kartun Dinosour. Kalau tengok cerita tu memang buat x heran je dia.

Kalau baby orang lain dah sibuk berlatih meniarap kan. Bambam aku terlebih advance. Meniarap dia malas. Tapi kalau bawa dia bertatih memang suka sangat. Sibuk nak belajar berjalan ke, sayang? Mana taknya anak-anak kak ipar aku yang dok jaga Bambam ni semua dah boleh berjalan. Umur depa pun dari 3-5 tahun. Bambam pun excited nak join gak la.  Bila tengok orang berlari, berjalan, melompat, dia pun nak buat.

Kalau buat-buat marah tu pandai je buat muka merajuk.  Kadang-kadang buat muka comel nak ambil hati kita balik la tu. Hai, anak mama ni....pandai je dia kan. Kalau tengok Bambam ni dah xde rupa baby 3 bln ++++....sebab badan debab ke main...



Ya Allah lindungilah anak ku dari sebarang gangguan dan kezaliman di dunia ini. Semoga anak Mama menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindunganNya...amin...

 

Wednesday, March 28, 2012

LAHIRNYA SEORANG PUTERI......

Salam semua,

Dah lama sangat xjenguk-jenguk blog ni....sekarang ni sibuk sikit....dok uruskan anak dara kesayangan, SITI NUR SYARFA ZAHRAA BINTI MOHAMMAD SYAROZI.... panjangkan namanya. Abahnya yang cari. Nama ni maksudnya 'Bunga-bunga kemuliaan'.

Hari ni pun dah genap 1 bulan umur Zahraa. Pagi tadi bawa g check up di klinik. Mamanya pun kena check up.  Zahraa lahir pada 28 Februari 2012 (Selasa) jam 12.10 pagi (tengah malam tu....) di Putra Medical Centre, Alor Setar. Jadi anak jati Kedah macam abahnya. Anak abah la katakan...hehehe...

Malas nak cerita panjang lagi, jom kita tengok wajah si comel ni......







Sunday, January 8, 2012

XTVT DI MINGGU PERTAMA 2012.....

Salam semua......

Buat apa di hujung minggu? aku biasalah hujung minggu di sini pada hari Jumaat & Sabtu. Kali ni aku kembali semula untuk update blog ni.

Sebenarnya x ada apa yang menarik sangat pun. Cuma cerita aku & habiskan masa di hujung minggu. Minggu x balik rumah mak abah mertua. Hubby aku saja nak habiskan masa kat rumah.

Balik ja dari ofis hari Khamis, Hubby dah sibuk nak pergi main badminton. Memandangkan dok sorang2 je kat rumah hati ni pun teringinla nak ikut. Suarakanlah hasrat hati ni. Sekali hubby x bagi ikut. Sampai merajuklah aku kat hubby. Kalau ada Pak Busu & Pak Uda kat rumah x adala sunyi sangat. Ni depa semua balik rumah. Hubby xbagi pergi sebab kat court tu panas. Takut aku xselesa. Sekarang kan dah 30 minggu. Memang x berapa nak larat pun. Tapi aku ni kan degil. Mana nak duduk diam kat rumah tu. Merajuk macam mana pun akhirnya x dapat pergi juga.

Tapi lepas habis je, hubby bawa aku pergi makan kat luar. Makan je pun. Padahal masa pujuk tu cakap nk bawa g tengok wayang dengan shopping barang baby lagi. Wayang memang x dapat tengokla sebab hari khamis memang tutup. Lepas balik rumah merajuk lagi.

Esok pagi mood ak pun dah ok skit. Dah baik la kan. Bangun je pagi hubby dah lapar. Minta masakkan Gulai Ayam. Cakap pun baik2 ja. Takut aku merajuk lagi la tu....hahaha. Aku pun dengan xsampai hatinya pergila siap-siap kat dapur buat persiapan mana yang perlu sementara hubby beli barang-barang. Hubby suruh masak lauk ja sebab lepas ni nak pergi rumah Kak Cik. Nak makan sekali kat rumah Kak Cik. Elok je dekat nak siap, hubby minta masak nasi juga. Dah lapar la tu...kekeke.... Kami pun makan la berdua.

Lepas solat Jumaat baru bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai Changlun singgah sat kat KFC. Konon-konon nak makan ais krim Indulgence kesukaan aku. Sekali hubby p depa kata dah xde la ais krim tu. Sedihnya. Minta hubby beli air je la. Sekali hubby beli Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ayam Goreng & Apam Balik.

Lepas makan kat rumah Kak Cik hubby ajak g karok. Enjoy gila petang tu. Terlebih enjoy si comel Mia la. Bila lagu rancak menari ala-ala Stacy. Lagu perlahan ja menari ala-ala balet. Ceria sungguh petang tu. Kakak Echa plak sibuk berebut mikrofon nak menyanyi juga.  Habis je hubby ajak makan. Kami makan di C Kopitiam. Menu malam kami ialah Seafood Spagheti, Mushroom Chicken Chop, Bubur Ayam, Sandwich, Ais Krim dan macam-macam lagi. Balik tu memang kekenyangan sangat. Sampai x boleh tidola. Pakat dok menyembang sampai 4 pagi. Macam-macam la cerita kami.

Besok petang baru aku & hubby bertolak balik rumah.










Monday, January 2, 2012

KENANGAN 2011...


Salam 1 Malaysia.....

Hari ni merupakan hari ke2 bagi tahun 2012... Lama sungguh aku x mencoret kat blog ni. Nak kata sibuk sangat pun xda la sangat. Kesian blog ni terabai.

Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012. Begitulah lumrah hidup. Tahun akan silih berganti. Sepanjang 2011 merupakan kenangan manis bagiku. Kehidupan sebagai seorang isteri dan juga mum to be. Indahnya terasa bila insan yang kita sayang berada di sisi kita. Moh kita review cerita-cerita dari tahun 2011. Sebagai pedoman dan iktibar.


Jan - April

Aku dan hubby jadi pasangan PJJ. Aku kat KL dan hubby kat AS. Sesiapa yang free akan balik. Selalunya hujung bulan la. Ikut turn. Kadang-kadang x terikut pun. Jadual kerja bukannya sama. Hubby cuti ari Jumaat & Sabtu. Aku plak Sabtu & Ahad. Bila ada perayaan ambil cuti lama sikit. Cuti tahun ni memang habis travel dari Selatan ke Utara je la...


Mei

kat depan rumah...time belum tukar keta lagi...

Gembira bukan kepalang bila dapat surat permohonan pertukaran aku dah diluluskan. Hubby lagila hepi. Xdela jadi PJJ lagi. Sejak tu sampai sekarang kami dok kat umah sewa. Bulan ni famili aku mai dok umah aku. Seronok sangat. Bawa depa jalan-jalan kat Kedah & Penang. Walaupun x lama depa kat sini. Dapatlah habiskan masa bersama-sama kan.


Jun

Bulan ni alhamdulillah murah rezeki kami. Dapat beli sebuah kereta. Kereta keluar pun masa hari jadi aku. Kira hadiah hari jadi la ni. Selain dapat hadiah ini, hubby siap kirim jambangan bunga kat ofis. Memang sangat terharu. Lepas tu paling hepi dapat tau aku mum to be. Seronok sangat. Hubby aku xterkata seronoknya. Berkat kami dapat duduk dekat agaknya..hehehe....


Julai - September

Bermulanya kehidupan aku kat Utara ni. Banyak bezanya. Kat KL semua serbi cepat dan sibuk. Kat sini semuanya tenang. Pergi kerja pun xdela kelam kabut mana. Jalan x jem pun. Hari-hari ke ofis aku tengok sawah terbentang luas. Seronok sangat.  Tahun ni juga kami dapat beli rumah sendiri. Rumah dijangka siap yahun 2014. Setiap kali balik kg umah Hubby mesti singgah tengok rumah dulu. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Kalau tengok keadaan rumah tu macam akan siap cepat je. X Sabarla nak masuk rumah. Lain rasanya bila tengok rumah sendiri ni. Macam-macam idea dekorasi rumah dah terfikir ni. Hubby aku pun sama. Teruja. Tahun ni gak berpuasa dan beraya bersama pertama kali sebagai seorang isteri. Tahun ni turn Utara dulu. Tahun depan balik KL dulula....




Amboi, romantiknya....hihihi
Bulan ni kami sekeluarga ke Melaka. Adik lelaki aku konvokensyen di Politeknik Merlimau. Sambil tu ambil peluang cuti-cuti Malaysia di Bandaraya Melaka. Memang seronok. Bukan senang nak berkumpul 1 famili ni..


Oktober - Disember

Balik ke KL. Ada kenduri keluarga sebelah Kak Da. Kak Da jarang mai KL ni. Agak susahla mereka ni p jalan-jalan kan. Tambah plak jalan KL ni sentiasa je 'up to date'. Hubby yang jadi tour guide pn boleh salah jalan. Sebelum ke KL kami singgah kat Baling. Makan kenduri gak.

Famili Hj Shahid & Hajah Bedah...
Bulan Disember memang Cuti-cuti Malaysia bagi kami. Keluarga hubby akhirnya dapat berkumpul semua sekali. Famili Kak Noni dan Abg Ad balik dari Sabah. Destinasi tahun ni kami ke Cameron Highland. Nasib baik dapat tempat penginapan. Rancangan last minute.

Lepas tu hantar rombongan meminang Abg Mie kat Gerik. Konvoi 4 buah kereta. Memang meriah. Hampir semua join rombongan. Makanan pun sedap-sedap.




31 Dis aritu genapla Mia anak Kak Cik 2 tahun. Sayang betul. Lagi 1 ari je nak jadi anak tahun baru.  Hepi Besday to our Mia....Kecik molek ja orangnya....


Inilah kisah tahun 2011. Moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna dengan kehadiran our junior....amin...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...