NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Friday, October 29, 2010

KEHIDUPAN TIADA KOTAK

Sebenarnya nk cite ceramah yang aku dengar sebentar tadi.  Ceramah tu bertajuk "KESERONOKAN BEKERJA" yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi Hassan. Ustaz ni selalu menekankan quote kat atas tu. Intro ceramah dimulakan dengan kisah rumahtangga sebab rata-rata pendengarnya di kalangan orang yang dah berkahwin. Ustaz mmenceritakan peranan kita kat dunia ni. Setiap orang memang memainkan watak masing-masing dalam kehidupan ni. Kat bawah ni adalah peranan semua insan kat dunia ni :

1. Suami/Isteri
2. Ibu/Bapa
3. Pekerja
4. Anak
5. Hamba Allah

Sekiranya salah satu peranan di atas tidak dilaksanakan dengan cara sepatutnya maka pincanglah semua peranan.  Kita tidak akan dapat merasai keseronokan berada kat dunia ni. Sebab semua peranan di atas mempunyai kaitan dalam kehidupan kita. Walaupun satu je peranan ni kita xlaksanakan dengan sepatutnya ia akan mmpengaruhi semua peranan kita. Sebagai contoh bila seorang suami ada masalah keluarga di rumah ia kan terbawa-bawa sampai akan mempengaruhi kerja, hubungan dengan orang lain walhal hubungan dengan Allah pun akan turut terpengaruh. Ini menunjukkan semua peranan kita mempunyai kaitan yang amat kuat. Jadi mainkanlah peranan kita sebagai insan dengan sebaiknya.

Ustaz juga banyak memperkatakan kisah-kisah rumahtangga. Ada beberapa tips untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri antaranya :

1. Salam - sebab bila kita bersalam akan keluar dosa-dosa kita di celah-celah jari. Jadi isteri selalulah bersalam dengan suami. Genggan tangan suami seerat mungkin. Itu akan menambahkan kasih sayang dan kebahagiaan antara satu sama lain.

2. Pandangan - Apabila suami menjeling kita jelinglah semula dengan sepenuh kasih sayang sebab Allah SWT pun akan pandang kita dengan pandangan penuh rahmat.

Suami juga mempunyai tanggungjawab yang wajib kepada isterinya :

1. Makan
2. Pakaian
3. Tempat tinggal

Apabila suami xdapat memberikan kewajipannya isteri boleh membantu dan isteri juga boleh menuntut kembali dari suami sebab itu dikira hutang suami kepada seorang isteri.

Kehidupan kita menjadi tidak seronok bila :

1. Kurangnya harga diri
2. Kita tidak tunaikan janji

Apabila ini terjadi intergriti akan merosot dan menganggu peranan yang selama ini kita laksanakan. Kehidupan kita sudah menjadi tidak tentu arah dan tiadalah keseronokan menjalani kehidupan. Untuk meningkatkan intergriti kita haruslah memulakan dengan melaksanakan janji-janji kecil. Contohnya kita berjanji untuk senyum kepada semua yang kita jumpa. Apabila dah dilaksanakan hati kita akan rasa tenang dan gembira sebab apa yang kita hendak buat dah terlaksana. Begitu juga dengan kehidupan. Apabila kita dapat mengawal masalah dan rintangan yang kita hadapi kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan kita pun akan rasa senang, bahagia dan tenang. Pekerjaan yang kita lakukan juga akan kita laksanakan dengan seikhlas hati dan hasilnya pun akan lebih produktiviti. Sebagai hamba Allah pula kita akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Semoga kita semua dapat melaksanakan semua peranan kita dengan sebaik-baiknya. Semua yang baik datangnya dari Allah SWT dan kekurangan itu dari kita sendiri yang selalu lalai dan lupa.

Tuesday, October 26, 2010

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

-dedikasi untuk kami daripada hafiz benjomen-





Singahsana di Taman Medan 21 Nov 2010





Singahsana di Kota Kuala Muda 28 Nov 2010



 Kengkawan semua inilah kad undangan dari kami. Korang jangan malu-malu & segan untuk menghadiri majlis kami ye. Doakan majlis kami berjalan lancar dan kebahagian kami sampai ke akhir hayat kami. Amin.....




Monday, October 25, 2010

SPEND TIME WITH HIM!!!!!

Hujung minggu yg menyeronokkan sebab spend time with my fiancee....hehehe. Sebenarnya en tunang datang untuk settlekn fitting baju pengantin kami. kedatangan en tunang bersama Mak, Abah Kak Cik dan anak-anak Kak Cik iaitu Echa & Amirah yg comey.....Malam Khamis tu en tunang dah bertolak dari SP. Petang Jumaat pulak spend time with him only!!!!!....seronok sangat...dah lama xjumpa pn... Kami g tengok wayang & makan-makan bersama. Esoknya kami g andaman Nurnilam Sari g fitting baju kami. dah settle p makan nasi briyani kat bawah kedai andaman. Makan beramai-ramai la kami. Kebetulan kawan ku Pali & CT pn join nk survey andaman. Lepas tu kami berpecahla. Balik je singgah ke Carefour Subang. Saja-saja bawa mak g jalan-jalan. Kemudian terus ke tempat favourite my mum in law iaitu Mydin USJ... shopping sakan kat dalam tu. dari petang smpai la ke malam. Lepas makan malam bertolak balik. Masing-masing dah sangat keletihan hehehehe... Best sangat spend time with him!!!!

Thursday, October 21, 2010

LAWATAN MENGEJUT

Petang semalam pulang dari ofis aku dapat panggilan dari Ijan....katanya Lila masuk hospital....Lila ni kawan aku masa sek ren...klu xsilapnyala...sebabnya aku dah confius mana satu kawan sek keb dgn sek men...sume memori dah bercampur aduk...hehehe (korang layan je la). Kami pergi berempat Ijan, aku, Tasha dan Cik Tip..Biasala tu kitorang ni kan memang sangat prihatin dengan kengkawan (perasan sungguh!!!).  Kira-kira 6.30 ptg kami bertolak ke PPUM. Sebenarnya kitorang dapat tau dari org len gak... Lepas je parking keta g la beli buah tangan cikit. Benda first yg kitorang cari mestila 100 Plus...sebab kawan aku ni kena demam denggi. Nasib baik kitorang call Lila. Rupa-rupanya Lila dah ditukarkan ke wad lain. Mula-mula kitorang dapat info dia ada kat wad Kecemasan. Akhirnya sampai gak kitorang ke wad Lila setelah berpusing-pusing di kawasan PPUM tu. PPUM sedang diubahsuai jadi banyak la jalan yang ditutup dan kerja-kerja contruction kat sana. Melihat keadaan Lila yang sangat lemah tu rasa sedih sangat. Tapi xdela nk tunjukkn...dahla dia tengah susah hati lagi nak takutkan dia...huhuhu... Cepat-cepat sembuh ye Lila!!!! Kengkawan, sama-sama kita doakan kesihatan kawan kita ini.

Sembang-sembang pasal keadaan dia dapat la satu info yang amat berguna. Selama ini kalau orang demam denggi kita mesti dengar org cakap minum 100 Plus kan. Sebenarnya xboleh okey. Janganlah korang aniaya orang yg demam denggi lagi ye.Ni doktor yang cakap.  Doktor gak xberikan sebarang ubat langsung cuma masukkan air sahaja. Xde langsung ubat-ubatan ye. Tapi aku teringat pulak kawan2 ofis aku ni penah cite kalau demam denggi minum SUP KETAM. Dorang kata memang mujarab. InsyaAllah.

update : menurut mak & kakak en tunang leh gak rebus daun betik, tapis air dan minum air tu. InsyaAllah cepatlah beransur pulih.

Oleh itu korang jagalah kesihatan & kebersihan di keliling korang. Kebersihan diri, rumah dan kawasan yang sewaktunya janganlah diabaikan sebab penyakit ni bila-bila je akan menyerang. Sekali menyerang lambat lak nak sembuh. "MENCECAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT" mesti korang penah dengar kempen ni kan. Sama-samalah kita beringat okey!!!...

Wednesday, October 6, 2010

FADHILAT BERCIUM

Jangan terkejut plak baca entri aku ni... Aku dapat emel ni dari seorang rakan ofisku...baru je beliau hantar padaku...wah2 mentang2lah dah kawin sengaja lak antar emel cmni ek...ak just nk kgsi je la dgn korg sume...khas pada insan2 yang dah kawin untuk mengeratkan perasaan cinta & kasih korang suami/isteri...yg bakal nk kawin & belum nk kawin utk tatapan je dulu ek...silalah baca emel kawan ku ini...

Lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn
mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat
pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.


Fadhilat Bercium 

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi jugaefektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan=3D3F

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
 
* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.


lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman berghairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.


Selamat bercium-ciuman...hehehehe..kasi forward ramai2..biar pasangan
anda/kawan2 kita hubungan suami isteri jadi mesra gitu & x cari org lain..

SAJA-SAJA NAK MENGARUT...hehehe....

Dah lama aku x update entri. Sebenarnya banyak je benda nk diceritakan. Tetapi aku la yang agak kesuntukan masa.  Yelah tgh pening persiapan nk kawin ni kan... Pejam celik  je bulan depan je majlis aku tu...maunya xmengelabah. ni nak update persiapan perkahwinan aku la...hehehe...ni semua TM pnya preparation....


honeymoon - in progress (thanks to ijan & heria)
bas - in progress (rombongan ke KKM) done
homestay - in progress  done
borang nikah - done
kompang - done
silat - done
hantaran - in progress (barang2 dah siap beli nk hias je)     done
set katil - done
door gift - in progreess (kena wat tambahan)  done
bunga telur - done
gift penanggah - done
gift sebelah lelaki - done
gift kanak-kanak ribena - in progress  done
andaman - in progress (mybe next week p fitting)   done
kad kawin - in progress nk edar done
photographer - done
tukang masak - done
khemah - done
makan beradab - in progress  done
pengapit perempuan - done
pengapit lelaki - in progress (sapa nk offer diri?)  done
barang-barang kenduri - in progress done
mesyuarat berkampung - in progress done
kek - in progress  done

banyak bendala nk kena settle lg ni.....hehehe...cayok3x....kuatkan semangat diriku ini...huhuhuhu....minggu lepas pn g attend majlis perkahwinan kwan sek ak...mmg best..kengkawan yg len pn pakat datang majlis tu...ramai la dpt jmpa kn...selain ucapkan tahniah kat pengantin ak pn kena tempiasnya...hehehe....sbb bulan depan ak plak...sempatla ak edarkn kad kawin ak kat kengkawan yg dtg tu...kengkawan yg len sila tunggu ye...tunggu diriku menyerang rumah korg...hehehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...