NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, October 30, 2013

~ WW 5 ADIK BAMBAM ~ KENA CUCUK 5 BULAN

 
 
 
 
 


hensem x saya.....hihihihi....

 Berat : 8.3 kg


Hari ni p klinik dengan Abah & Mama saja
Kakak Ara dok dengan Mak (rumah pengasuh)
Boring tau kakak xde
Xde kawan nak bgurau senda
Dahla lama nk tunggu turn kita
Mengantuk kita tau....
Lepas ni p klinik nak ajak Kakak Ara sekali
baru syok!

Wednesday, October 23, 2013

MINI FIESTA PA&MA BAKAL BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI!


Mini ekspo Keibubapaan ini julung-julung kali diadakan sempena Annivesari PA&MA yang ke 13 tahun!



 
 
 
APA YANG MENARIK DI MINI FIESTA PA&MA 26 & 27 OKTOBER INI?
                                                                                              
LEBIH 30 BOOTH JUALAN dibuka kepada pengunjung – menjual barangan keperluan ibu dan bayi, alat mainan, suplemen, susu, pakaian dan lain2 – ada yang buat stock clearance!
                                                                                              
LEBIH 1,000 GOODIES disediakan untuk para pengunjung. First come first serve.

PERTANDINGAN BAYI PA&MA peringkat separuh akhir (26 Oktober) dan peringkat akhir (27 Oktober). Hadiah berjumlah RM 45,000 menanti para pemenang termasuk hadiah wang tunai!

PERTANDINGAN SI MANJA FOTOGENIK PADA 26 & 27 OKT – dibuka kepada bayi & kanak-kanak berusia 0-4 tahun.  Hadiah berjumlah RM 15,000 menanti para pemenang termasuk hadiah wang tunai! (sila rujuk kepada poster untuk maklumat lanjut).  So semua dijemput bawa anak masing2 untuk menyertainya. Mana tau anak anda fotogenik?

AKTIVITI PENTAS – akan berlangsung sepanjang hari – pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk aktiviti klien yang menawarkan macam2 hadiah kepada mereka yang menyertainya.

HIMPUNAN KELAB KEMBAR Malaysia – 26 Oktober 2013!
 
 
 


p/s : Kepada semua parent yang berada di KL & Selangor tu jomlah p terjah!

thanks to : http://www.karangkraf.com.my/

Monday, October 21, 2013

DOK GEBANG PASAL RAYA AIDILADHA!


Salam Aidiladha......
 
Raya pun dah habis dah ni.....Aku baru sibuk nak ceritakan pasal raya plak....hihihihi....
 
 
Seperti kat entri aku yang lepas...aku kan balik beraya di rumah famili aku.  Sebenarnya pagi Ahad tu barula kami anak-beranak bertolak ke TM.  Setelah urusan kereta kami selesai.
 
Kami sampai TM dalam jam 5.00 petang.  Alhamdulillah jalan pun xsesak sangat. Yela, orang lain balik ke kampung kami balik ke Bandar..hihihi... Lenggang la jalan raya tu.
 
Walaupun kami beraya di Bandar, kemeriahan tetap terasa.  Malam raya tu depan rumah aku dah penuh dengan khemah.  Persatuan penduduk kat sini buat Solat Jemaah dan takbir bersama-sama.
Tradisi  ni memang dah lama diamalkan kat sini.  Macam kat kampung jugak kan. 
 
Program ni diadakan khas sempena Raya Aidiladha je.  Sebab ramai yang tak balik ke kampung masa ni. Cuti pun x panjang kan. Kaum-kaum ibu petang tu dah pakat-pakat menyinsing lengan menyiapkan juadah untuk malam raya & pagi raya.  Macam- macam juadah raya yang ada.  Isi perut je la.  Yang seronoknya kami akan makan beramai-ramai dalam khemah tu.  Setiap rumah menyumbang apa yang mereka dah sediakan.  Memang banyaklah makanan kan..
 
 
Lepas je solat sunat raya semua pun pakat berkumpul la untuk menjamu selera.  Dulu memang mereka akan buat takbir rumah ke rumah. Tapi memandangkan banyak je rumah yang kena pergikan dengan setiap rumah pun mesti akan hidangkan juadah rayanya.  Tentu sajalah semua pakat kekenyangan sebelum sempat habis ke rumah-rumah yang lain.  Rugi plak kat situ. Kesian gak kat tuan rumah siapkan macam-macam juadah tapi semua dah xlarat nak makan. Boleh merangsang kecik hati tau.
 
 
Petang pulak kami beraya di Sg. Besi.  Lepas makan terus balik. Adik Bambam dah mengantuk la pulak. Konon-kononnya nak bergambar 1 family.  Balik je semua pakat mengantuk, haruslah kena tidokan depa berdua. Abah pun join sekali. Tak ada sekeping gambar pun la raya Aidiladha tahun ni walaupun masing-masing pakai baju raya....hehehe...
 
 

Thursday, October 10, 2013

KANGAN BANGAT!!!


Tetiba speaking Indon plak....hahaha....

Rindu kat sapa la ye?

Meh aku nak cerita ni......

Ikut perancangan kami sempena cuti Hari Raya Korban ni nak balik ke TM.  Nak bawa Kakak Bambam & Adik Bambam jumpa Tok & Opah kat sana pulak. Dah Raya Puasa x dapat balik kan...
 
Ikut hati aku ni esok pagi nak bertolak balik. Tetapi Si Putih kami esok la pulak baru boleh ambil dari bengkel. Nak tau nape meh tengok sini......  Jadi kena bincang baliklah dengan Hubby plan yang lain pulak.   Hati ni masih berharap dapat balik esok.....hihihihi....
 
Aku dah rindu sangat kat Mak & Abah & adik-beradik kat sana!!!!!!!

Wednesday, October 9, 2013

~WORDLESS WEDNESDAY~ 4

 
 
Wajah-wajah kesayangan hamba.....
 
Cuba korang tengok
Siapa ikut muka Mama?
Siapa  ikut muka Abah?
 
Cer teka?
hihihihi.....
 
  




Wednesday, October 2, 2013

~ WORDLESS WEDNESDAY ~ 3


Gambar-gambar ni diambil semasa Majlis meraikan  Hari Bos pada 4 November 2009.
Korang ingat ada Minggu Setiausaha ja ke.... Bos pun kena diraikan tau.
Majlis ni semasa aku berada di HQ dulu...

Korang layanla yer.....



Me with my ex-boss



Bos-bos tengah potong kek


Bergambar bersama bos-bos


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...