NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, March 7, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KE-78 ANGKATAN TENTERA DARAT



Memang best la bersesak-sesak kat Dataran Merdeka semalam. Macam-macam pasal ketenteraan negara kita ni dipamerkan. Teknologi, peralatan, & semua bahagian yang ada dalam tentera darat ni kita dapat tengok serta banyak informasi yang sangat berguna bagi orang-orang yang meminati bidang ketenteraan.

Aturcara majlis

Sebenarnya Hari Tentera Darat jatuh pada 1 Mac. Sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka dah bermula dari 4 - 6 Mac 2011. Part yang paling aku suka ialah tengok kawat kaki & aksi payung terjun. Tapi sayangnya xdapat tengok. Aku & adik aku sampai lambat.



Aku bertolak dari rumah pun dah jam 11 pg. Jalan nak masuk ke dataran punyalah jem. Tambah pulak banyak jalan dah ditutup. Tapi semangat punya pasal aku redah gak. Dapat tengok booth-booth pameran yang ada pun dah cukup teruja. Siap dapat rasa masakan tentera, rasa angkat misil, angkat beg radio yang dekat 3 kg ni tau. Pengalaman yang menyeronokkan.

Aku ni dari kecik lagi dah minat tengok tentera ni. Permainan aku pun ada pistol, senapang patah,  M-16 dan sebagainya. Pendek kata sume permainan nak main perang-perang je la. Satu masa dulu pernah menyimpan hasrat untuk menceburi bidang ketenteraan. Tapi xde rezeki. Dulu kan ada ATMA {sekarang dah ada Universiti Pertahanaan Nasional (UPNM)}. Dah isi borang pun lepas SPM. Abang sepupu aku tu pulak bagi aku borang yang lama. Borang tu dah xvalid la. Tunggu dia amik borang lain punyalah lama. Akhirnya jadi orang awam je la aku ni...hehehe...

Korang tunggu ye aku upload gambar-gambar masa kat sana. Semalam x sempat nak pindah kat lappy aku. Amik pakai kamera henpon adik aku ja.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers