NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Thursday, June 21, 2012

RAGAM OUR BAMBAM....

Salam semua....
Dah berkepuk blog aku ni. Tuan blog sangatlah malas nk update kan..hahaha... Tahun 2012 dah masuk pertengahan tahun pun. Aku baru terhegeh-hegeh nak update blog ni. Hhhmmm....

My Bambam pun dah nk masuk 4 bulan hujung bulan ni. Kalau bab menyembang memang pndai. Siap terkekeh-kekeh gelak kalau menyembang terutamanaya bila dok dengan Abahnya. Bambam aku ni anak abah. Manja betul dengan Abah. Nampak je muka Abah cepat je angkat tangan suruh ambil dia.

Rutin kami sekarang, bangun pagi, bersiap nak ke tempat kerja sambil melayan Bambam. Selalunya memang Bambam dah bangun. Abahnya akan bawa Bambam duduk depan TV tengok cerita kartun. Bambam minat betul kartun Dinosour. Kalau tengok cerita tu memang buat x heran je dia.

Kalau baby orang lain dah sibuk berlatih meniarap kan. Bambam aku terlebih advance. Meniarap dia malas. Tapi kalau bawa dia bertatih memang suka sangat. Sibuk nak belajar berjalan ke, sayang? Mana taknya anak-anak kak ipar aku yang dok jaga Bambam ni semua dah boleh berjalan. Umur depa pun dari 3-5 tahun. Bambam pun excited nak join gak la.  Bila tengok orang berlari, berjalan, melompat, dia pun nak buat.

Kalau buat-buat marah tu pandai je buat muka merajuk.  Kadang-kadang buat muka comel nak ambil hati kita balik la tu. Hai, anak mama ni....pandai je dia kan. Kalau tengok Bambam ni dah xde rupa baby 3 bln ++++....sebab badan debab ke main...



Ya Allah lindungilah anak ku dari sebarang gangguan dan kezaliman di dunia ini. Semoga anak Mama menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindunganNya...amin...

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...