NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, January 8, 2012

XTVT DI MINGGU PERTAMA 2012.....

Salam semua......

Buat apa di hujung minggu? aku biasalah hujung minggu di sini pada hari Jumaat & Sabtu. Kali ni aku kembali semula untuk update blog ni.

Sebenarnya x ada apa yang menarik sangat pun. Cuma cerita aku & habiskan masa di hujung minggu. Minggu x balik rumah mak abah mertua. Hubby aku saja nak habiskan masa kat rumah.

Balik ja dari ofis hari Khamis, Hubby dah sibuk nak pergi main badminton. Memandangkan dok sorang2 je kat rumah hati ni pun teringinla nak ikut. Suarakanlah hasrat hati ni. Sekali hubby x bagi ikut. Sampai merajuklah aku kat hubby. Kalau ada Pak Busu & Pak Uda kat rumah x adala sunyi sangat. Ni depa semua balik rumah. Hubby xbagi pergi sebab kat court tu panas. Takut aku xselesa. Sekarang kan dah 30 minggu. Memang x berapa nak larat pun. Tapi aku ni kan degil. Mana nak duduk diam kat rumah tu. Merajuk macam mana pun akhirnya x dapat pergi juga.

Tapi lepas habis je, hubby bawa aku pergi makan kat luar. Makan je pun. Padahal masa pujuk tu cakap nk bawa g tengok wayang dengan shopping barang baby lagi. Wayang memang x dapat tengokla sebab hari khamis memang tutup. Lepas balik rumah merajuk lagi.

Esok pagi mood ak pun dah ok skit. Dah baik la kan. Bangun je pagi hubby dah lapar. Minta masakkan Gulai Ayam. Cakap pun baik2 ja. Takut aku merajuk lagi la tu....hahaha. Aku pun dengan xsampai hatinya pergila siap-siap kat dapur buat persiapan mana yang perlu sementara hubby beli barang-barang. Hubby suruh masak lauk ja sebab lepas ni nak pergi rumah Kak Cik. Nak makan sekali kat rumah Kak Cik. Elok je dekat nak siap, hubby minta masak nasi juga. Dah lapar la tu...kekeke.... Kami pun makan la berdua.

Lepas solat Jumaat baru bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai Changlun singgah sat kat KFC. Konon-konon nak makan ais krim Indulgence kesukaan aku. Sekali hubby p depa kata dah xde la ais krim tu. Sedihnya. Minta hubby beli air je la. Sekali hubby beli Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ayam Goreng & Apam Balik.

Lepas makan kat rumah Kak Cik hubby ajak g karok. Enjoy gila petang tu. Terlebih enjoy si comel Mia la. Bila lagu rancak menari ala-ala Stacy. Lagu perlahan ja menari ala-ala balet. Ceria sungguh petang tu. Kakak Echa plak sibuk berebut mikrofon nak menyanyi juga.  Habis je hubby ajak makan. Kami makan di C Kopitiam. Menu malam kami ialah Seafood Spagheti, Mushroom Chicken Chop, Bubur Ayam, Sandwich, Ais Krim dan macam-macam lagi. Balik tu memang kekenyangan sangat. Sampai x boleh tidola. Pakat dok menyembang sampai 4 pagi. Macam-macam la cerita kami.

Besok petang baru aku & hubby bertolak balik rumah.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers