Hari Khamis lepas, Cik Ad, my MIL & FIL, cik Wan mai BKH datang melawat kami semua. Dah ramai-ramai tu banyaklah XTVT yang dirancangkan.
Pagi Jumaat tu p shopping di pasar Napoh. Macam-macamlah kami beli. Beli keperluan tuk berkelah petang nanti. Kami semua bercadang nak p mengail di Kuala Perlis.
Jam 3 petang semua bersiap-siap nak bertolak ke Kuala Perlis. Hujan agak lebat plak tu. Tawakal je la kat sana x hujan @ dah berhenti hujan. Alhamdulillah cuaca kat sini semakin elok. Baru je berhenti hujan.
Sampai-sampai je bentang tikar dan keluarkan bekalan kami. Masing-masing x makan tengah hari pun lagi. Semua pun pakat kerumun kat bekalan la..hahaha.. Perut kenyang baru boleh mengail dengan senang hati. hihihihi....
Orang pertama yang dapat ikan ialah Cik Wan. Kejap je dia campakkan mata kail tu, terus je dapat. Lepas tu bergilir-gilir la dapat ikan. Dapat ikan puyu, ikan keli dan banyak lagi.
Port kat sini macam xberapa nak best. Berkemas-kemas p cari port lain. Kali ni lagi meriahla. Lagi senang nak dapat ikan. Sorang2 dapat ikan. Bambam aku pun menggeletek nak mengail. Tengok abah dia pegang joran tu..sabarla, bambam. Kan kecik lagi...
Dah puas kat port tu sekali lagi kami tukar port. Kali ni kat belah dalam plak. kali ni Abg Amy suami Kak Cik pula yang meriah dengan hasil tangkapan. Bila hari dah menginjak senja, barulah masing-masing berhenti. Kami berkemas-kemas pula nak pulang. Singgah sebentar membeli belacan & keropok.
Sebelum balik, perut pun dah kebuluran. Kami semua masuk ke Arau p makan Steamboat & Grilled plak. Murah je kat sini RM9.90 bagi dewasa dan hanya RM5.00 untuk kanak-kanak. Memang melantak habisla semua orang. Balik rumah semua dah kepenatan, dengan perut pun dah kenyang semua terus masuk tidur je la..
port ke2 |
champion mengail.... |
Bambam dapat intai dr tingkap je la...hujan tu...hihihi |
yummy3x... |
tambah lagi.....hehehe |