NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, October 21, 2013

DOK GEBANG PASAL RAYA AIDILADHA!


Salam Aidiladha......
 
Raya pun dah habis dah ni.....Aku baru sibuk nak ceritakan pasal raya plak....hihihihi....
 
 
Seperti kat entri aku yang lepas...aku kan balik beraya di rumah famili aku.  Sebenarnya pagi Ahad tu barula kami anak-beranak bertolak ke TM.  Setelah urusan kereta kami selesai.
 
Kami sampai TM dalam jam 5.00 petang.  Alhamdulillah jalan pun xsesak sangat. Yela, orang lain balik ke kampung kami balik ke Bandar..hihihi... Lenggang la jalan raya tu.
 
Walaupun kami beraya di Bandar, kemeriahan tetap terasa.  Malam raya tu depan rumah aku dah penuh dengan khemah.  Persatuan penduduk kat sini buat Solat Jemaah dan takbir bersama-sama.
Tradisi  ni memang dah lama diamalkan kat sini.  Macam kat kampung jugak kan. 
 
Program ni diadakan khas sempena Raya Aidiladha je.  Sebab ramai yang tak balik ke kampung masa ni. Cuti pun x panjang kan. Kaum-kaum ibu petang tu dah pakat-pakat menyinsing lengan menyiapkan juadah untuk malam raya & pagi raya.  Macam- macam juadah raya yang ada.  Isi perut je la.  Yang seronoknya kami akan makan beramai-ramai dalam khemah tu.  Setiap rumah menyumbang apa yang mereka dah sediakan.  Memang banyaklah makanan kan..
 
 
Lepas je solat sunat raya semua pun pakat berkumpul la untuk menjamu selera.  Dulu memang mereka akan buat takbir rumah ke rumah. Tapi memandangkan banyak je rumah yang kena pergikan dengan setiap rumah pun mesti akan hidangkan juadah rayanya.  Tentu sajalah semua pakat kekenyangan sebelum sempat habis ke rumah-rumah yang lain.  Rugi plak kat situ. Kesian gak kat tuan rumah siapkan macam-macam juadah tapi semua dah xlarat nak makan. Boleh merangsang kecik hati tau.
 
 
Petang pulak kami beraya di Sg. Besi.  Lepas makan terus balik. Adik Bambam dah mengantuk la pulak. Konon-kononnya nak bergambar 1 family.  Balik je semua pakat mengantuk, haruslah kena tidokan depa berdua. Abah pun join sekali. Tak ada sekeping gambar pun la raya Aidiladha tahun ni walaupun masing-masing pakai baju raya....hehehe...
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers