NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Tuesday, April 29, 2014

BILA HERO KENA SEDUT.....

Salam semua,

Pepagi macam ni aku dah bersiaran kan...
tetiba mood rajin nak mengupdate....
kikiki

Alkisah malam semalam la ni
Mr. Hubby xtahan dengan 
bunyi batuk hero aku tu

Balik je dari ofis
amik anak-anak
terus shoot ke 
klinik di SP

Sampai klinik
orang dah beratur panjang dah
Klinik ni merupakan 
Klinik pakar kanak-kanak
khas untuk kanak-kanak sahaja

Anak-anak kalau demam
mesti mr. Hubby refer kat sini
Alhamdulillah memang serasi
dengan doktor klinik ni

Hubby aku memang 
sanggup je bawa ank
xsihat ke sini
walaupun agak jauh 
dari kawasan rumah kami
klinik ni yang terbaik 
untuk anak-anak kami

Berbalik cerita pasal hero
Hero kena sedut kahak
Doktor kata 
Hero ni x pandai 
nak keluarkan kahak
dia telan balik adalah
tu yang dia batuk
macam batuk kering

Baby lain mesti akan muntah kan
dia selamba leh makan balik
kahak dia
Masa kena sedut tu
Mr. Hubby dah pesan 
dia nak masuk dengan hero je
aku tunggu luar temankan 
kakak main permainan
kat luar

Bila dengar hero terjerit-jerit
sebab kena sedut kahak
tersentuh rasa
macam aku gak yang rasa sakit

mr. Hubby siap gelak
cite kat aku
pasal hero masa kena sedut tu
siap dia bebel dengan nurse
yang tolong
jalankan sedutan kahak tu
marah sungguh dia

Sampai doktor nak 
buat pemeriksaan semula
dia bantai nangis semula
padahal 
masa mula-mula masuk
hero rileks je 
Ni tengok muka doktor
kira nak marah je la
kekeke....

Keluar je dari bilik doktor
rileks je hero senyap
boleh main dengan kakak 
kat klinik ni memang
siap dah dengan
macam-macam permainan

Malam semalam 
hero tido pun sangat lena
tak ada dah bunyi 
nak tarik nafas
Alhamdulillah....
demam campak hero
doktor kata 
memang dah ok

Memang sangat puas hati 
dengan servis 
klinik ni
KLINIK PAKAR KANAK-KANAK HARCHARAN
di Sungai Petani

Sesiapa yang berdekatan tu 
bolehla
dapatkan khidmat 
pemeriksaan kesihatan
untuk anak-anak

Harga tu standard la
klinik swasta kan
tapi bagi aku berbaloi
kalau anak-anak serasi kan
lagipun bukan aku seorang 
yang datang dari jauh
ramai je 
parent yang dok
 jauh dari sini
bawa nak-anak
ke sini



Monday, April 28, 2014

BILA HERO KENA DEMAM CAMPAK KELADI


Salam semua,

2, 3 hari sebelum ni
hero aku yang sorang tu demam
tapi demamnya on off
kalau pagi ok
 petang atau malam plak
badan dia panas 

Elok je demam dia kebah
Suhu badan pun stabil 
tetiba petang Rabu lepas
naik macam ruam kat muka

hati macam dah xsedap
sebab aku dah suspek 
nak kena demam campak
tapi nak sedapkan hati
tetap cakap naik ruam

Esoknya penuh 1 badan
ruam tu naik
sampai aku minta kat bos
balik awal
risau kat anak punya pasal
dengan mr hubby pun 
balik awal sekali

Kemas-kemas barang semua
balik rumah mr Hubby
di KKM

Balik2 tu 
p cari daun mambu tu
kat kg memang senang nak cari la kan
my MIL pn suggest
masak kan sup kaki ayam
bagi hero makan
bab makan ni memang xde masalah sangat

Lagi satu kena rajin mandikan anak
sebab masa ni badan  memang xselesa
kita yang dewasa ni pun
kena demam campak jadi xlarat sangat
yang kecik ni apatah lagi.....
kira nak merap je la dengan mama dia

Dahla dapat sekali
batuk & selesema
sekarang ni asal hero xselesa
dok jelum badan dengan
air daun bunga raya
nasib baikla
my MIL bagi benih 
tanam kat belakang rumah
selesa sikit hero nak tidur


Bab melasak
tetap macam biasa
walaupun badan xsihat
hahaha
kalau kita larang
buat apa2
lagi cepat hero tu 
meradang
mentang2 la badan xsihat

Cepat-cepatlah
hero aku ni sembuh
rindu dengan 
telatah nakal kamu, sayang!

Kakak pun dok boring je tu
asal ajak adik main je 
adik asyik nak marah je...
xbagi langsung 
orang nak usik dia..






Monday, April 21, 2014

KE MANA MENGHILANG?

Salam semua
Berhabuk dah blog aku ni kan....
Bukan xmo update
tapi banyak je story-mory
yang hendak dicatatkan
tapi mood tu asyik ke laut....
Entahlah..



Asal mula nak menulis
aku padam balik
asal nak mengarang
ada je yg tersekat
masalah betul la
penyakit 
'buatan orang' ni
hihihihi....

mungkin 
lepas ni
mood menulis 
kembali sedia ada
tunggu je la ye....
(macam banyak benor follower aku)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers