Salam semua,
Hari ni dah pun 11 Syawal
Cepat kan masa berlalu
Ni la baru nak bercerita
raya kami tahun ni
Raya tahun ni kami
beraya di KKM, Kedah dulu
Cuti pun x panjang tahun ni
Petang Khamis tu baru bertolak balik
tu pun berbuka kat luar ja
Malam tu masing-masing
dah sibuk persiapan
untuk raya esok pagi
Pagi tu lepas Solat Raya ja
Ramai dah yang bertandang
di rumah mertua aku
Kebetulan FIL xberapa sihat
dari masa puasa aritu lagi
memang ramailah yang datang
nak tengok keadaan FIL
Alhamdulillah semakin sihat dah
tambah-tambah lagi
semua anak-anak,
menantu, cucu-cucu balik
orang Tawau pun balik tahun ni tau!
tambah-tambahla semangat FIL
nak sembuh semula
Raya aritu pun sempat
beraya rumah Kak Cak ja
rumah orang lain
xberkesempatan lagi
Tahun ni memang tunggu
orang mai beraya ja
Orang lain pagi-pagi
dah bersalam bermaafan
kami petang tu
barulah ada kesempatan
dengan tetamu yang
xputus-putus mainya
Kebetulan tunggu Kak Cik
sampai dari BKH tu
Time raya macam ni
jalan kampung pun boleh jem tau!
Mai-mai belanja gambar raya belah mertua ku :
8 beradik ja dalam gambar 2 family xsampai2 lagi 2 orang dah pergi untuk selama-lamanya |
Alhamdulillah
tahun ni
anak-anak perempuan mak
cukup korum
Family Mak Teh Noni beraya
di Kedah
Pak Ngah Puan plak
xdapat cuti raya
tapi tetap mohon
balik sat
senyap-senyap dia bertolak
petang raya tu
sampai depan rumah dah
katanya xtahan dengar takbir raya
dok teringat rendang mak
hahaha....
Subuh esoknya siap2 blik KL
menyambung tugas untuk negara
Tok Wan Shahid & Opah Bedah Family our big family ni pun belum cukup korum kalau semua ada confirm xcukup nak masuk dalam gambar |
Loving couple forever SB's Family |
No comments:
Post a Comment