1. Suami/Isteri
2. Ibu/Bapa
3. Pekerja
4. Anak
5. Hamba Allah
Sekiranya salah satu peranan di atas tidak dilaksanakan dengan cara sepatutnya maka pincanglah semua peranan. Kita tidak akan dapat merasai keseronokan berada kat dunia ni. Sebab semua peranan di atas mempunyai kaitan dalam kehidupan kita. Walaupun satu je peranan ni kita xlaksanakan dengan sepatutnya ia akan mmpengaruhi semua peranan kita. Sebagai contoh bila seorang suami ada masalah keluarga di rumah ia kan terbawa-bawa sampai akan mempengaruhi kerja, hubungan dengan orang lain walhal hubungan dengan Allah pun akan turut terpengaruh. Ini menunjukkan semua peranan kita mempunyai kaitan yang amat kuat. Jadi mainkanlah peranan kita sebagai insan dengan sebaiknya.
Ustaz juga banyak memperkatakan kisah-kisah rumahtangga. Ada beberapa tips untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri antaranya :
1. Salam - sebab bila kita bersalam akan keluar dosa-dosa kita di celah-celah jari. Jadi isteri selalulah bersalam dengan suami. Genggan tangan suami seerat mungkin. Itu akan menambahkan kasih sayang dan kebahagiaan antara satu sama lain.
2. Pandangan - Apabila suami menjeling kita jelinglah semula dengan sepenuh kasih sayang sebab Allah SWT pun akan pandang kita dengan pandangan penuh rahmat.
Suami juga mempunyai tanggungjawab yang wajib kepada isterinya :
1. Makan
2. Pakaian
3. Tempat tinggal
Apabila suami xdapat memberikan kewajipannya isteri boleh membantu dan isteri juga boleh menuntut kembali dari suami sebab itu dikira hutang suami kepada seorang isteri.
Kehidupan kita menjadi tidak seronok bila :
1. Kurangnya harga diri
2. Kita tidak tunaikan janji
Apabila ini terjadi intergriti akan merosot dan menganggu peranan yang selama ini kita laksanakan. Kehidupan kita sudah menjadi tidak tentu arah dan tiadalah keseronokan menjalani kehidupan. Untuk meningkatkan intergriti kita haruslah memulakan dengan melaksanakan janji-janji kecil. Contohnya kita berjanji untuk senyum kepada semua yang kita jumpa. Apabila dah dilaksanakan hati kita akan rasa tenang dan gembira sebab apa yang kita hendak buat dah terlaksana. Begitu juga dengan kehidupan. Apabila kita dapat mengawal masalah dan rintangan yang kita hadapi kita akan mendapat kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan kita pun akan rasa senang, bahagia dan tenang. Pekerjaan yang kita lakukan juga akan kita laksanakan dengan seikhlas hati dan hasilnya pun akan lebih produktiviti. Sebagai hamba Allah pula kita akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Semoga kita semua dapat melaksanakan semua peranan kita dengan sebaik-baiknya. Semua yang baik datangnya dari Allah SWT dan kekurangan itu dari kita sendiri yang selalu lalai dan lupa.