NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, November 15, 2010

MAJLIS BERKAMPUNG

Mungkin ada yang xtau apa majlis ni kan...majlis ni dibuat untuk membahagikan kerja-kerja time kenduri aku nanti supaya majlis aku nanti berjalan lebih lancar la. Aku memang duduk kat kawasan bandar tapi semangat gotong-royong tu masih ada sampai sekarang. Majlis aku nanti pun kami masak secara beramai-ramai. Meriahla nanti kan. Dapatla merasa suasana macam kat kg kan. best tau... Kawasan rumah aku ni memang ada persatuan penduduk dan persatuan ni pun baru je didaftarkan. Banyak kelebihan leh dapat terutamanya time kendurila. Xdela terkejar-kejar nk cari orang sewa khemah, kerusi meja semua tu. Semua dah disediakan. Semua keperluan untuk kenduri memang dah tersediala. Majlis ini diadakan pada 13 November 2010 (Sabtu) jam 9.00 malam. Masa ni pun kami masak ramai-ramai. Majlis ni dipengerusikan oleh Pengerusi persatuan penduduk kawasan umah aku. Bincangkan pasal menu kenduri nanti & pembahagian kerja-kerja pada hari kenduri nanti. Setiap kerja tu akan ada ketua untuk memantau keperluan time hari itu nanti. Xdela kelam kabut sangat kan. Alhamdulillah malam tu kira-kira 100 orang datang ke rumah untuk menghadiri majlis tersebut. Semua berjalan lancar dan InsyaAllah untuk majlis aku nanti akan selancar ini juga. Amin.....

Sebenarnya pagi tu aku dengan en tunang ke Nur Nilam Sari nk g last fitting baju2 kami. Minggu depan je majlis kan. Bila dah settle semua kat sana kami p la makan kat nasi briyani. Lepas tu bertolak pulang tapi singgah ke Sunway Pyramid nk settle beli barang-barang kami. Macam biasala kalau shopping dengan en tunang memang sangat lama la. hehehe.... Merayapla kami kat shopping kompleks tu seharian. Akhirnya dapatla barang yang kitorang cari tu. Kemudian g makan kat Kenny's Rogers. Nak balik pulak xjumpa lif yang sepatutnya ke tempat letak kereta kitorang. hahaha.. Memang berpusingla kitorang dalam Pyramid tu. adeh....kaki dah sakit tahap gaban dah ni.  Perut yang dah terisi tu pun dah kembali lapar kembali. hehehe...Last2 jumpa gak lif kitorang tu. Lama gakla tunggi lif tu. Akhirnya bertolak pulang ke rumah aku. En tunang pulak bertolak ke rumah Abg Din di Puchong. Aku pulak bertungkus-lumus di dapur membantu menyiapkan hidangan majlis berkampung kat rumah aku sebelah malamnya. Hujung minggu yang memenatkan tapi seronok sangat!!!!....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...