NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, January 8, 2012

XTVT DI MINGGU PERTAMA 2012.....

Salam semua......

Buat apa di hujung minggu? aku biasalah hujung minggu di sini pada hari Jumaat & Sabtu. Kali ni aku kembali semula untuk update blog ni.

Sebenarnya x ada apa yang menarik sangat pun. Cuma cerita aku & habiskan masa di hujung minggu. Minggu x balik rumah mak abah mertua. Hubby aku saja nak habiskan masa kat rumah.

Balik ja dari ofis hari Khamis, Hubby dah sibuk nak pergi main badminton. Memandangkan dok sorang2 je kat rumah hati ni pun teringinla nak ikut. Suarakanlah hasrat hati ni. Sekali hubby x bagi ikut. Sampai merajuklah aku kat hubby. Kalau ada Pak Busu & Pak Uda kat rumah x adala sunyi sangat. Ni depa semua balik rumah. Hubby xbagi pergi sebab kat court tu panas. Takut aku xselesa. Sekarang kan dah 30 minggu. Memang x berapa nak larat pun. Tapi aku ni kan degil. Mana nak duduk diam kat rumah tu. Merajuk macam mana pun akhirnya x dapat pergi juga.

Tapi lepas habis je, hubby bawa aku pergi makan kat luar. Makan je pun. Padahal masa pujuk tu cakap nk bawa g tengok wayang dengan shopping barang baby lagi. Wayang memang x dapat tengokla sebab hari khamis memang tutup. Lepas balik rumah merajuk lagi.

Esok pagi mood ak pun dah ok skit. Dah baik la kan. Bangun je pagi hubby dah lapar. Minta masakkan Gulai Ayam. Cakap pun baik2 ja. Takut aku merajuk lagi la tu....hahaha. Aku pun dengan xsampai hatinya pergila siap-siap kat dapur buat persiapan mana yang perlu sementara hubby beli barang-barang. Hubby suruh masak lauk ja sebab lepas ni nak pergi rumah Kak Cik. Nak makan sekali kat rumah Kak Cik. Elok je dekat nak siap, hubby minta masak nasi juga. Dah lapar la tu...kekeke.... Kami pun makan la berdua.

Lepas solat Jumaat baru bertolak ke rumah Kak Cik. Sampai Changlun singgah sat kat KFC. Konon-konon nak makan ais krim Indulgence kesukaan aku. Sekali hubby p depa kata dah xde la ais krim tu. Sedihnya. Minta hubby beli air je la. Sekali hubby beli Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ayam Goreng & Apam Balik.

Lepas makan kat rumah Kak Cik hubby ajak g karok. Enjoy gila petang tu. Terlebih enjoy si comel Mia la. Bila lagu rancak menari ala-ala Stacy. Lagu perlahan ja menari ala-ala balet. Ceria sungguh petang tu. Kakak Echa plak sibuk berebut mikrofon nak menyanyi juga.  Habis je hubby ajak makan. Kami makan di C Kopitiam. Menu malam kami ialah Seafood Spagheti, Mushroom Chicken Chop, Bubur Ayam, Sandwich, Ais Krim dan macam-macam lagi. Balik tu memang kekenyangan sangat. Sampai x boleh tidola. Pakat dok menyembang sampai 4 pagi. Macam-macam la cerita kami.

Besok petang baru aku & hubby bertolak balik rumah.










Monday, January 2, 2012

KENANGAN 2011...


Salam 1 Malaysia.....

Hari ni merupakan hari ke2 bagi tahun 2012... Lama sungguh aku x mencoret kat blog ni. Nak kata sibuk sangat pun xda la sangat. Kesian blog ni terabai.

Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012. Begitulah lumrah hidup. Tahun akan silih berganti. Sepanjang 2011 merupakan kenangan manis bagiku. Kehidupan sebagai seorang isteri dan juga mum to be. Indahnya terasa bila insan yang kita sayang berada di sisi kita. Moh kita review cerita-cerita dari tahun 2011. Sebagai pedoman dan iktibar.


Jan - April

Aku dan hubby jadi pasangan PJJ. Aku kat KL dan hubby kat AS. Sesiapa yang free akan balik. Selalunya hujung bulan la. Ikut turn. Kadang-kadang x terikut pun. Jadual kerja bukannya sama. Hubby cuti ari Jumaat & Sabtu. Aku plak Sabtu & Ahad. Bila ada perayaan ambil cuti lama sikit. Cuti tahun ni memang habis travel dari Selatan ke Utara je la...


Mei

kat depan rumah...time belum tukar keta lagi...

Gembira bukan kepalang bila dapat surat permohonan pertukaran aku dah diluluskan. Hubby lagila hepi. Xdela jadi PJJ lagi. Sejak tu sampai sekarang kami dok kat umah sewa. Bulan ni famili aku mai dok umah aku. Seronok sangat. Bawa depa jalan-jalan kat Kedah & Penang. Walaupun x lama depa kat sini. Dapatlah habiskan masa bersama-sama kan.


Jun

Bulan ni alhamdulillah murah rezeki kami. Dapat beli sebuah kereta. Kereta keluar pun masa hari jadi aku. Kira hadiah hari jadi la ni. Selain dapat hadiah ini, hubby siap kirim jambangan bunga kat ofis. Memang sangat terharu. Lepas tu paling hepi dapat tau aku mum to be. Seronok sangat. Hubby aku xterkata seronoknya. Berkat kami dapat duduk dekat agaknya..hehehe....


Julai - September

Bermulanya kehidupan aku kat Utara ni. Banyak bezanya. Kat KL semua serbi cepat dan sibuk. Kat sini semuanya tenang. Pergi kerja pun xdela kelam kabut mana. Jalan x jem pun. Hari-hari ke ofis aku tengok sawah terbentang luas. Seronok sangat.  Tahun ni juga kami dapat beli rumah sendiri. Rumah dijangka siap yahun 2014. Setiap kali balik kg umah Hubby mesti singgah tengok rumah dulu. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Kalau tengok keadaan rumah tu macam akan siap cepat je. X Sabarla nak masuk rumah. Lain rasanya bila tengok rumah sendiri ni. Macam-macam idea dekorasi rumah dah terfikir ni. Hubby aku pun sama. Teruja. Tahun ni gak berpuasa dan beraya bersama pertama kali sebagai seorang isteri. Tahun ni turn Utara dulu. Tahun depan balik KL dulula....




Amboi, romantiknya....hihihi
Bulan ni kami sekeluarga ke Melaka. Adik lelaki aku konvokensyen di Politeknik Merlimau. Sambil tu ambil peluang cuti-cuti Malaysia di Bandaraya Melaka. Memang seronok. Bukan senang nak berkumpul 1 famili ni..


Oktober - Disember

Balik ke KL. Ada kenduri keluarga sebelah Kak Da. Kak Da jarang mai KL ni. Agak susahla mereka ni p jalan-jalan kan. Tambah plak jalan KL ni sentiasa je 'up to date'. Hubby yang jadi tour guide pn boleh salah jalan. Sebelum ke KL kami singgah kat Baling. Makan kenduri gak.

Famili Hj Shahid & Hajah Bedah...
Bulan Disember memang Cuti-cuti Malaysia bagi kami. Keluarga hubby akhirnya dapat berkumpul semua sekali. Famili Kak Noni dan Abg Ad balik dari Sabah. Destinasi tahun ni kami ke Cameron Highland. Nasib baik dapat tempat penginapan. Rancangan last minute.

Lepas tu hantar rombongan meminang Abg Mie kat Gerik. Konvoi 4 buah kereta. Memang meriah. Hampir semua join rombongan. Makanan pun sedap-sedap.




31 Dis aritu genapla Mia anak Kak Cik 2 tahun. Sayang betul. Lagi 1 ari je nak jadi anak tahun baru.  Hepi Besday to our Mia....Kecik molek ja orangnya....


Inilah kisah tahun 2011. Moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna dengan kehadiran our junior....amin...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers