Salam semua....
Hari ni nak bercerita 
kisah anak dara aku pula
Kejadian ni terjadi
 petang semalam
baru je balik 
dari rumah Kak Cik di BKH
Abah ada perlawanan
Futsal di Kuantan
anjuran JIM
tinggal la 
kami 3 beranak di BKH
rumah Kak Cik
Lepas sampai ja
di rumah
Mama dia pun
mula enjin
mengemas kembali 
barang-barang
yang di bawa
Abah pula sambung tidola
8 jam perjalanan
dari Kuantan - AS
mau x sakit pinggang
Kakak Bambam pun sibukla 
main permainan dia
Adik Bambam sambung tidola
Kali terakhir nampak 
Kakak Bambam
dalam bilik dengan Abah
Mama pun sambung la
mengemas rumah
Al-kisahnya
aku terasa sunyi sangat rumah ni
Selalu
 Kakak Bambam
main memang kecoh
1 rumah
Aku pun terus cari dia
p la kat bilik 
sebab Nampak dia 
dok menyembang 
dengan abahnya tadi
Masuk je bilik
tinggal abah je 
dalam bilik tu
tengah tido
aku pun pe lagi 
pusing 1 rumah 
mencari dia
Tiba-tiba
tengok pagar 
depan rumah 
terbuka sikit
Sah dah ni
Kakak Bambam 
memang dah keluar
aku pun dok
 jenguk kat luar
 
 Kakak Bambam 
tengah usaha
nak langkah longkang
kat taman permainan
rumah kami tu
Berderau darah aku ni
pe lagi berkejar la aku 
ke taman permainan
p amik dia
Kakak Bambam
Nampak aku 
berlari kat dia
  Dia boleh kata
"Mama nak main taman"
aku terus amik  
dan peluk dia....
terus bawa masuk rumah.....
Syukur Alhamdulillah
Kakak Bambam xde apa-apa
kerisauan aku selama ni
dah terjadi
puncanya dari kelalaian
kami berdua
Baru je aku sembang
dengan Kak Cik
pasal hal ni
x dapat aku bayangkan
semasa dia melintas
ada kereta yang lalu
laju pula tu
Ya Allah
Lindungilah anak-anak kami....
Lepas ni
aku dan hubby
kena lebih prihatin
kena double checked
agar pagar rumah 
sentiasa tertutup
pengajaran yang sangat 
berharga buat kami...
 
 


 





No comments:
Post a Comment