Salam semua....
Lama dah x update entri ni.... Sebenarnya banyak je nak cerita...tetapi kerana kesibukan dengan lambakan kerja kenalah tinggalkan blog ni sekejap....hihihi...
17 September 2013 - Pelancaran Minggu Kesedaran OSH 2013 di ofis aku ni. Macam biasa diselitkan bersama Perhimpunan Bulanan juga. Lepas pelancaran ada penyampaian Sijil kepada peserta kursus dan juga sumbangan dari Kelab sempena kelahiran anak kedua aku....my baby boy....Alhamdulillah...terima kasih semua di atas sumbangan kalian ye....
Program ni sebenarnya diadakan selama 3 hari. Pesertanya semua staf kat ofis aku ni la...
Hari Kedua - 18 September 2013, dimulakan dengan senamrobik (aktiviti ni memang tiap-tiap tahun wajib ada..kikiki). Hari tu aku sampai lewat kat ofis. Kereta pulak buat hal. Terpaksalah naik motor pulak. Sampai-sampai je program dah mula. Segan sangat masa tu. Terus je aku ikut depa senamrobik. Aku rasa bos aku pun xperasan kot...hahaha..semua tengah sibuk ikut instructor kat depan tu... Instructor memang kami import & ada gak staf kami yang memang rajin ikut senamrobik lepas habis kerja. Habis je, terus dihidangkan nasi lemak. Baru je nak hilang kalori dah kena tambah pulak. Makan free sapa nak tolak kan...hahaha... 3 ari plak tu, dari pagi sampai ke petang. Hari ni dok ofis pkai baju sukan ja.
lepas senamrobik..... |
Hari Terakhir, 19 September 2013 - Hari yang ditunggu-tunggu setiap bahagian kat ofis ni iaitu KUIZ OSH. Tiap-tiap tahun kami berentap berebut gelaran juara kuiz ni. Tahun ni 3 pasukan je yang turut serta. Sebelum ni sampai 5 pasukan berentap. Kali ni dikecilkan kepada 3 bahagian je. Kalau korang nak tau ini kali ke3 aku masuk kuiz ni wakil bahagian. Siap kena usik dengan MC masa nak menjawab soalan. Berkat kena usik tu pasukan aku dapat Naib Juara. Tahun depan leh kot dapat Juara pulak (kalau berangan xhengat...kikiki...).
aku punya geng.... yang berdiri kat belakang tu CC kami... |
naib juara.... |
Sebelum berlangsungnya kuiz, dibuka juga kaunter pemeriksaan kesihatan. Berduyun-duyun kami beratur. Buat pemeriksaan berat badan, tinggi, darah & gula. Alhamdulillah aku masih dapat mengekalkan kesihatan seperti biasa. Berat badan haruslah maintain macam anak dara dulu....kikiki.....
Berbalik kepada program hari ni, lepas selesai semua mestilah ada penyampaian sijil & hadiah dan juga acara bergambar (ini wajib ada). Selesai sudah 1 program. Lepas ni Hari inovasi pulak....tunggu....
tatatitititutu....
No comments:
Post a Comment