NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Tuesday, December 28, 2010

ME & HUBBY

Entri kali ni berkenaan hujung minggu bersama hubby. Minggu ni turn hubby turun KL...hehehe...
Kali ni hubby nek bas je sebab lututnya masih bengkak lagi. Kebetulan malam sebelum bertolak pn hubby masih ada kerja lagi.  Faktor-faktor macam tu la hubby kena mai sini naik bas sahaja. Hubby pn boleh rehatkan.... (xleh nk rehat pn, driver bas bw laju sgt...huhuhu....) Kali ni hubby mai kami x kuar sgt pn...Hubby pun keletihan jadi kami berdua rest je la kat rumah....melayan keletihan hubby...hehehe....

Malam Ahad tu kami menonton bola kat rumah je. Tiket pun xdptkan sebab hubby pun mai KL lambat. Malam tu rumah dah macam stadium la dengn hiruk pikuk suara kami menyokong pasukan kebangsaan. Terasa rugi sangat bila xdapat pergi stadium.  Permainan kali ni pulak amat menyeronokkan. Kalau kat stadium tu perasaan tu lain sangat tengok gol kat depan mata tambah pulak suasana stadium yang penuh dengan penyokong-penyokong. Semangat tu berganda-ganda. Yang penting Malaysia menang dengan permainan yang mantap dan menarik....hehehe. Terserlah semangat semua pemain-pemain. Itulah semangat Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku..... Perlawanan pusingan kedua nanti biar semua pemain ada semangat yang tinggi dan bermain kerana negara kita yang tercinta.

Pagi Isnin pula kami pergi ke JAIS amik Surat Perakuan Nikah (SPN). Sebelum tu sempat plak g amik gambar nk guna untuk kad nikah kami nanti. Ramai la gak orang yang ada urusan aritu. Lepas dah settle semua g cari tiket hubby nk balik SP. Beli kat stesen minyak petronas je. Xdela tekejar-kejar nk p Bukit Jalil tu kan.  Kemudian kami g makan Pizza Hutt. Saja je nk rasa sebab dah lama sangat xmakan pizza ni. Ingat dah lepas tu nk balik rumah la. Alih-alih Hubby ajak g umah Abg Din kat Puchong.

 Mai sana pulak Si Sofea demam la pulak. Cian si kecik tu....hehehe...Hubby aku mula-mula kata nak singgah kejap ja. Dah ralit main game dgn adik2 dia memang terus terlajak sungguh. Kul 4 dah nk balik tiba-tiba Abg Din bawa pulak vcd karaoke. Hubby aku pulak pantang tgk karaoke ni. Siap kata nk nyanyi gak la. Aku yang dah bersiap-siap tunggu kat luar ni kena masuk balik la. Konon-konon 1 lagu je....huhuhu.... Bila dah syok entah berapa lagu hubby aku hentam...hahaha....Dengan aku2 sekali la terjebak..hahaha.... Dah penat menyanyi nak p makan plak. Makan beramai-ramaila kami. Lepas tu barulah kami balik ke  rumah.

Nilah alkisah aku dengan hubby yang memang pantang dengan BOLA, GAME & KARAOKE.... Kalau ada 3 benda ni memang hubby aku terus melekatlah. Tengah buat benda lain pun boleh stop dulu....hahaha....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers