NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, March 16, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SURAM

Dah beberapa hari aku x menaip apa-apa entri kat sini. Bukan apa-apa pun. Sekarang ni mood untuk mengarang kurang sikit. Asyik dok berlegar-legar blogwalking saja la.

Minggu lepas balik kampung pun kurang xtvt. Sepatutnya kena terjah 5 buah kenduri. Alih-alih 1 kenduri pun x pergi. Hubby diserang demam panas. Memang panas tahap nak terbakar dah badan hubby (side effect terlebih-lebih pulak ni...hehehe...) .

Aku bertolak dari KL kul 11 mlm. Sampai kat AS dalam kul 5 lebih la. Sampai umah je qada' balik tido aku. Tapi xboleh pun. Dah biasa bangun pagi-pagi kan. Mata pun dok terkebil-kebil nak pejam ke nak celik. Agak-agak ngantuk aku dah berkurang aku terus bangunlah. Bosan pula melayan mata aku ni yg rasa mengantuk tapi xnk tido. Korang faham x ni? Buat-buat faham je la...hehehe...

 Petang tu aku & hubby g umah Kak Cik. Dalam perjalanan singgah KFC dulu. Macam biasala. Kena umpan Echa & Amirah. Padahal dah lama xmakan KFC. Tu yang pulun 1 bucket tu. Lepas makan bertolak pula ke KKM. Balik jumpa Mak & Abah plak. Hubby pun dah lama xbalik kg. Nama je dekat tapi dah sibuk sangat keja memang xde kesempatan la nak balik.

 Sampai kat umah hubby ok lagi. Tetapi bila masuk tengah malam panas badan hubby naik mendadak. Aku terpaksa basahkan tuala letak kat atas kepala. Aku berulang-alik beberapa kali la dari bilik air. Nasib baik bilik air kat sebelah bilik ja. Senang ckit nak kuar masuk kan.  

Pagi tu bangunkan hubby pindah kat bawah. Pe lagi proses melumurkan air asam jawa kat hubby pun bermula. Punyalah manja hubby aku ni. Mentang-mentang kat sebelah ada mak. Sebelah lagi isterinya ni. Seronok betul hubby dapat layanan istimewa ye. Alhamdulillah lepas tu panas badan hubby dah turun ckit.  Berkat tangan mak & isteri tercinta la ni kan.

Tapi semua xtvt kenduri-kendara ni terpaksalah dibatalkan. Hubby memang dah xlarat sangat. Terpaksalah kirim hadiah yang dibeli tu kemudian. Maaf ye kepada pengantin-pengantin semua. Program terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Sila tuntut hadiah korang nanti ye.


 

2 comments:

SUHAIDA said...

dah lama tak mkan KFC..huhu...sedapnye

Unknown said...

alahai...kesiannya...xpe la..xg kenduri bukannya sengaja kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers