NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Saturday, February 5, 2011

BERJIMBA-JIMBA @ KOTA KUALA MUDA

Arini sebenarnya xde xtvt pun. Semua dah letih g mandi-manda semalam. Tapi petang tu mak ajak g kenduri kawin jiran kat sini. Pergi dengan Mak, famili Kak Cik dan hubby.  Sebenarnya majlis tu dekat je. Jalan kaki pun boleh. Tapi punyalah jauh kesesakan lalu lintas time tu. Allah saja yang tau. Time ni pun kat Pantai Merdeka ada karnival. Ni la penyebab utama kesesakan jalan ni. Tambah lak jalan ni kecik je. Dengan bas, keta, motor semua nak lalu.

Setelah dapat melepasi kesesakan, kami pun sampai ke majlis kawin tersebut. Sampai je g terjah makanan dulu. Time kami sampai tu tuan rumah xkelihatan. Xtau la sibuk ke mana. Lepas makan macam biasa g cari tuan rumah nk bersalam. Tapi aku pelik kat hubby aku ni. Dia letak duit kat dalam sampul suruh Mak yang sampaikan. Rupa-rupanya hubby aku penah kena gosip dengan adik pengantin time sek dulu...hahaha... Tu yang jadi insan pemalu yang amat. Balik tu Mak ajak singgah g pantai. Tapi hubby aku ni malas nak pergi. Hubby aku ni xsuka sangat tempat orang yang terlalu ramai ni. Tambah lak ada karnival kat pantai. Lagila dia malas. Akhirnya g singgah kat umah sedara hubby. Sebelah umah je pun. Bawalah buah tangan ckit.

Lepas tu balik ke rumah. Berehat & tukar baju kejap. Kak Cik bersama famili pun bersiap nak g pantai. Nak jenguk-jenguk karnival. Aku pun nak gak g pantai. Pujuk la gak hubby ajak g pantai gak. Akhirnya hubby setuju. Kami pun pergi naik motor je. Dekat pun. Macam-macam booth ada kat pantai. Jualan baju, kasut, beg, makanan dan mcam-macam lagila. Dah sampai tu cari famili Kak Cik. Tunggu Echa main kat sana.Aku dengan hubby beli air dengan keropok lekor bawa balik umah. Kebetulan pula terserempak pula dengan adik pengantin yang digosipkan dengan hubby aku dulu...hehehe....

Sepatutnya malam ni aku & hubby nk balik AS nak cari tiket balik KL. Alih-alih x jadi sebab mak ajak g cari siput kat pantai esok pagi. Hubby aku pun call la kawan dia minta tolong carikan tiket. Nasib baik ada. Tu yang cancel balik malam ni. Jom g cari siput.....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...