NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Sunday, May 23, 2010

KASIHNYA BULAN MEI


Bulan yg penuh dengan sambutan kasih sayang.......


                                                10 MEI - HARI  IBU
  Selamat hari ibu, Puan Rohana binti Maamor   

                                          mak (sebelah kiri) dgn mak anjang (sebelah kanan) dlm bot.....

Pengorbanan yang dilakukan ibu-ibu kita xakan pernah habis hingga akhir hayat mereka....thanks mak...Jasamu xakan dapat kami balas sebagaimana besarnya pengorbanan mu itu....



                               16 MEI - HARI GURU

Terima kasih cikgu kerana kamu kami menjadi insan yg berjaya seperti sekarang....Jasamu itu xakan pernah kami lupakan seumur hidup kami....Selamat Hari Guru kepada cikgu2 Tabika KEMAS Kg. Medan, SKTM, SRA At-TArbiatul Aslamiah Kg. Medan, SMKTM dan pensyarah2 di POLISAS.

                                                                    

                               20 MEI 2010 - Besday my ABAH

Genap 51 tahun umur Abahku....bila Abah bercerita ttg kisah suka duka hidupnya dulu terasa insaf dgn kesenangan yg Abah beri pd anak2 nya sekarang. Abah terpaksa berhenti sek sampai tingkatan 2 kerana nk bantu adik2 yg len bersekolah....abah sgt suka belajar tp kerana kesusahan keluarganya terpaksa korbankan pelajaran yg selalu diidamkan itu...Abah selalu pesan pada kami supaya mengutamakan pelajaran...InsyaAllah pesanan itu akan sntiasa terpahat dlm hati ank2 mu ini....Ya Allah berikan kesihatan  & keberkatan mu kepada kedua ibu bapa ku....biarla kami dapat merasa lg kasih sayang mereka ini...x sanggup kehilangan mereka....

 Ni je yg sempat snap...Abah ak ni xsuka bgambo...heheheehe....
                                     Encik Mohamad Nasir bin Tamat

Friday, April 16, 2010

PENGISIAN HATI

Pg td baru je dengar ceramah. Kat ofis ak ni dlm sebulan pd hari jumaat akan diadakan ceramah.  Tajuk arini POST MORTEM GEJALA SOSIAL MASA KINI yg disampaikn oleh Dr. Azahar bin Yaakub Pensyarah Kanan UTM City Campus KL. Tajuk yg dihighligtkn ialah ZINA. Beliau bincangkan pasal punca hingga jln penyelesaian. Bila dah berlaku zina ni mesti berkaitan dgn kes buang bayi, gugurkn kandungan dll. X sanggup nk tgk keadaan bayi2 yg dibuang mcm sampah, dicampak dlm sungai. Tapi yg plg menyayat hati tgk video klip gugurkn kandungan. mmg sgt real.. korg pn ak rasa dah tgk video klip tu dlm FACEBOOK...satu persatu anggota bdn janin tu ditarik keluar. bayangkan diri kita ni dicincang mcm kita potong ayam tu...nauzubillah... napela dorg sanggup wat camtu  kat bayi2 yg xberdosa tu... bayi2 tu xbersalah pn.Mereka xminta pn dilahirkn dlm keadaan sebegitu rupa.. Tersentuh sgt perasaan ni tgk sume gmbar2 yg ditayangkan tadi.

Wednesday, April 7, 2010

CINTA

Kita semua sering mengatakan pasal CINTA. Apa tu cinta sebenarnya? nape ramai org yg menderita kerana cinta ni? Macam2 kita dengar pasal cinta kn. Bagi ak cinta ni perasaan kasih sayang yg memang wujud dalam hati setiap insan. Yang paling utama cinta kita kpd Allah yg mencipta kita kat dunia. Cinta kita kpd family, kekasih, sahabat dan sesiapa sahaja yg mencintai kita. Besar mkna cinta ni. Tapi sume org hanya mmeperkatakan pasal cinta sesama manusia. senang cite la cinta kpd couple, kekasih, honey & apalah2 panggilan kat org tsayang tu kn.

Ada yg menangis sbb cinta...ada gak yg ketawa sbb cinta..menangis tu sbb putus cinta la kn...kita sume penah dengar n penah mengalami sendiri pasal cinta ni kn. Happy sgt bila kgkwn kita bahagia di samping org yg disayang. Tapi bila kgkwn kita sedih sbb cinta kita pn akan rasa sedih. Yela, bertahun2 menyulam kasih akhirnya terlerai jua kn. Nape jadi mcm tu? Sume org mempunyai perasaan kasih sayang & cinta ni dlm diri msg2. Dalam masa kita bersama tu akan dtg pelbagai dugaan. Dugaan yg plg xdisukai bila munculnya org KETIGA dlm hubungan tu. Cmne org ketiga ni leh muncul? Bila kita berkawan tu kkdg ada yg salah faham dengan layanan kita tu. Padahal kita anggap sebagai kawan kn. Tapi tiba2 lak mereka ini anggap sebaliknya. Apa nk wat klu jd mcm ni? Kita kena berterus terang dlm hal begini. biarla kita jujur dgn hati kita. Jgn sampai kita melukakan hati kita sbb org len. Bila suma dah 'clear' persahabatan tu terjadi dgn ikhlas. Xdela nk pening2 kn. Penah dengar ungkapan ni "Sahabat boleh menjadi Kekasih, tapi Kekasih xsemestinya boleh mjadi Sahabat". Sesetengah org mmg boleh lakukan. Dah bpisah pn still leh bkawan seperti biasa. Bape ramai yg leh lakukan. Tambah lak melihat insan yg di syg tu bahagia bsama org len depan mata sendiri. Kuat sungguh org yg leh bertahan tu.

Tapi ada gak situasi yg mana dah couple tp tiba2 jmpa org len dia sndri lak tertarik hati dgn org len. Bahaya tu. Dah jadi cinta 3 segi plak kn. ada tu yg bersegi2 lak. Parah ni. Serba salah plak nk berterus terang dgn couple skrg. Yang baru ni lak xtau btul2 ke cinta atau hanya jadikn dia sebagai tempat mengadu masalah. complicated tol masalah cinta ni kan. Penah ke korg mengalami situasi ni? Dah jadi mcm tarik tali lak. Org kat sana xnk lepas, org kat sni xnk tinggalkan. Macam lagu Ukays lak "Di sana Menanti, Di sini Menunggu..." Kalau org lelaki myb la leh kawin 4. kawinla dua2 kn. itu pn klu dpt persetujuan. hehehe.... Habis klu jadi kat pmpuan. Cmne seh...

Sume yg terjadi kat hidup kita ni sudah ditentukan. kkdg Allah sengaja menguji hambanya supaya kita ni sentiasa mengingati Dia... Kita ni selalunya time susah bersungguh berdoa klu nk sesuatu tu. Tapi bila dah diberi kesenangan Allah pn kita lupa. Allah sentiasa menguji kita kerana menyayangi hamba-hambaNya. Kita sebagai hamba ni harusla bersyukur & redha dengan apa yg berlaku. Allah dah tetapkan jodoh kita. Allah jadikan perempuan dari tulang rusuk kiri seorang lelaki. Kita tinggal cari je jodoh kita tu. Dalam proses pencarian tu macam2 leh jadi. Kegagalan dlm bcinta, kehilangan org yg kita syg. Allah temukan kita dgn org yg bukan jodoh kita supaya kita dpt ambil pengalaman & pengajaran semasa kita bersama org tu. Pengalaman sentiasa  mendewasakan kita. Apabila dah bjumpa soulmate kita akn bahagia. Soulmate tu la pemilik rusuk kiri @ kekuatan rusuk kiri. Teruskan  pencarian jgn cepat putus asa! Chayok3x!!!!!


Kepada yg dah bjumpa tu tahniah & selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. yg belum tu ak sentiasa mendoakan korg bjumpa soulmate korg. hehehe... Dan kepada yg bakal2 tu jgn lupa invite dtg walimah korg ek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers