NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYA MEMBAHAM GARUDA



Alhamdulillah...
Piala AFF Suzuki 2010
telah sah menjadi milik kita... MALAYSIA
Walaupun Indonesia
dapat menjaringkan 2 gol
bekalan tersebut masih belum cukup
untuk menghalang Harimau Malaya mengaum malam semalam.
Kita menang dengan agregat 4-2.


Tahniah HARIMAU MALAYA!!!!!!
semangat seperti itu
yang kami sangat banggakan....



Malaysia
Tanah Tumpah Darahku






P/S : PM kita dah umumkan esok 31 Disember 2010
adalah cuti umum
kerana kejayaan pasukan kita
menggenggam
Piala AFF Suzuki 2010
thanks to our PM....

Wednesday, December 29, 2010

ADIKKU SAYANG....

Muhammad Firdaus aka Amin

Ini adalah entri khas untuk arwah adikku yang telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya....Allah lebih sayangkannya. Tanggal 23 Disember 2004 jam 8.00 malam di Hospital Besar Kuala Lumpur. Setelah habis ayat terakhir bacaan Surah Yassin adikku pun menghembuskan nafas terakhir. Air mata ni memang dah xboleh nk ditahan-tahan lagi. Umurnya baru 4 tahun masa tu. Adikku ini memang ada Syndrome Down. Penyakitnya hanya dapat dikesan beberapa bulan setelah kelahirannya. Masa mak mengandungkan Amin mak x ada mengalami apa-apa masalah pun. Doktor xdapat kesan dari awal kerana x ada tanda-tanda Amin ada sindrom tersebut.

Walaupun ada sindrom tersebut, Amin hiperaktif . Walaupun pergerakannya terbatas baginya tidak ada masalah sikit pun. Amin memang xboleh berjalan lagi time tu. Dia akan mengengsot untuk bergerak atau naik walker. Kalau naik walker tu dah macam bawa kereta lumba. Seluruh rumah dia buat drift....hehehe... Memang sangat nakal.

Masa Amin nak masuk setahun, dia terpaksa melalui satu pembedahan. Doktor kata saluran pemakanan Amin bocor. Segala yang Amin makan xdiserap dalam badan. Walaupun Amin kuat makan badannya tetap kurus. Kesian sangat tengok Amin time tu. Tapi Amin memang kuat dan tabah. X penah bagi masalah walaupun dia x sihat. Doktor-doktor kat hospital pun suka tengok telatah Amin. Dia memang suka tegur doktor-doktor yang datang. Mesra alam arwah adikku ni. Lepas pembedahan tu Amin memang sangat sihat. Badan pun dah semakin berisi dan sangat comel. Kulit putih, rambut pulak warna perang. Sesiapa yang tengok Amin memang sejuk je pandang dia.

Tapi tiba-tiba kesihatan Amin xmenentu kembali. Asalnya berjangkit batuk je. Doktor memang ada beritahu antibodi kanak-kanak sindrom ni sangat lemah. Batuk yang Amin hidapi tu memang sangat lama dan teruk daripada orang lain. Sekali lagi Amin kena duduk hospital. Sebulan gak Amin kat hospital. Masa tu dah nak raya pun. Terpaksa aku adik-beradik ikut family Mak Anjang balik ke kampung. Raya tahun tu xde makna pun. Sebab sedih tengok keadaan Amin.

Lepas bebrapa hari, kesihatan Amin dah makin pulih. Doktor kata kalau xde apa-apa esok Amin boleh balik. Kami semua gembira sangat walaupun Amin lepas ni kena bergantung pada alat pernafasan. Tapi sekejapnya kegembiraan kami. Esoknya Amin demam. Doktor x bagi balik. Terus masuk kat wad IICU. Masa tu keadaan Amin dah nazak sangat. Kami bacakan surah Yassin untuknya. Habis je bacaan Yassin Amin pun tinggalkan kami. Doktor sahkan Amin meninggal dunia kerana Pneumonia (Radang Paru-paru).

Al-fatihah untukmu adikku sayang.....

14 JUN 2000 hingga 23 DISEMBER 2004

Arwah Amin dengan adikku Echa....




Tuesday, December 28, 2010

ME & HUBBY

Entri kali ni berkenaan hujung minggu bersama hubby. Minggu ni turn hubby turun KL...hehehe...
Kali ni hubby nek bas je sebab lututnya masih bengkak lagi. Kebetulan malam sebelum bertolak pn hubby masih ada kerja lagi.  Faktor-faktor macam tu la hubby kena mai sini naik bas sahaja. Hubby pn boleh rehatkan.... (xleh nk rehat pn, driver bas bw laju sgt...huhuhu....) Kali ni hubby mai kami x kuar sgt pn...Hubby pun keletihan jadi kami berdua rest je la kat rumah....melayan keletihan hubby...hehehe....

Malam Ahad tu kami menonton bola kat rumah je. Tiket pun xdptkan sebab hubby pun mai KL lambat. Malam tu rumah dah macam stadium la dengn hiruk pikuk suara kami menyokong pasukan kebangsaan. Terasa rugi sangat bila xdapat pergi stadium.  Permainan kali ni pulak amat menyeronokkan. Kalau kat stadium tu perasaan tu lain sangat tengok gol kat depan mata tambah pulak suasana stadium yang penuh dengan penyokong-penyokong. Semangat tu berganda-ganda. Yang penting Malaysia menang dengan permainan yang mantap dan menarik....hehehe. Terserlah semangat semua pemain-pemain. Itulah semangat Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku..... Perlawanan pusingan kedua nanti biar semua pemain ada semangat yang tinggi dan bermain kerana negara kita yang tercinta.

Pagi Isnin pula kami pergi ke JAIS amik Surat Perakuan Nikah (SPN). Sebelum tu sempat plak g amik gambar nk guna untuk kad nikah kami nanti. Ramai la gak orang yang ada urusan aritu. Lepas dah settle semua g cari tiket hubby nk balik SP. Beli kat stesen minyak petronas je. Xdela tekejar-kejar nk p Bukit Jalil tu kan.  Kemudian kami g makan Pizza Hutt. Saja je nk rasa sebab dah lama sangat xmakan pizza ni. Ingat dah lepas tu nk balik rumah la. Alih-alih Hubby ajak g umah Abg Din kat Puchong.

 Mai sana pulak Si Sofea demam la pulak. Cian si kecik tu....hehehe...Hubby aku mula-mula kata nak singgah kejap ja. Dah ralit main game dgn adik2 dia memang terus terlajak sungguh. Kul 4 dah nk balik tiba-tiba Abg Din bawa pulak vcd karaoke. Hubby aku pulak pantang tgk karaoke ni. Siap kata nk nyanyi gak la. Aku yang dah bersiap-siap tunggu kat luar ni kena masuk balik la. Konon-konon 1 lagu je....huhuhu.... Bila dah syok entah berapa lagu hubby aku hentam...hahaha....Dengan aku2 sekali la terjebak..hahaha.... Dah penat menyanyi nak p makan plak. Makan beramai-ramaila kami. Lepas tu barulah kami balik ke  rumah.

Nilah alkisah aku dengan hubby yang memang pantang dengan BOLA, GAME & KARAOKE.... Kalau ada 3 benda ni memang hubby aku terus melekatlah. Tengah buat benda lain pun boleh stop dulu....hahaha....


Friday, December 17, 2010

FUTSAL OH FUTSAL





Malam semalam hubby ku bertolak ke Johor Bahru
untuk menghadiri Kejohanan Futsal Jabatan Imigresen seluruh Malaysia.
 Hubby aku mewakili orang-orang utara (Kedah la) untuk kejohanan tersebut. 
Kejohanan ini diadakan pada 18 Disember 2010 ni.  
Berkampung la mereka kat Johor Bahru tu dari semua negeri....
cayok-cayok my hubby & team... Moga dpt masuk final & menang....
hehehe.....


Kapten : sila pastikan anak-anak buah fokus
& ada semangat kesukanan yg tinggi ye...


Latihan mereka ni sudah bermula dari awal 2 Disember 2010 aritu.
Berdasarkan prestasi semasa melalui perlawanan persahabatan
dengan Pulau Pinang pada 8 Disember
pasukan Kedah berjaya membenam mereka 6- 2...
Perlawanan persahabatan dengan Perlis
juga kemenengan di pihak mereka....
7 berbalas 3 tau....
hihihihi....


Menurut hubby pasukan Kedah satu group bersama pasukan
Sabah
Negeri Sembilan
KL
Kelantan


Sama-samalah kita menanti keputusannya nanti ye...




update : dah tau keputusannya.....
jeng....jeng...jeng....
team hubby dpt no. 4
daripada 24 team yang bertanding....
hehehe.......
tahun depan cuba lagi ek....
okla tu


tapi yang paling x best
lutut hubby aku bengkak sebab terjatuh
dah tu pulak kena sepak dengan pihak lawan
menurut hubby aku sepak dengan sengaja
bikin marah betul la dorang ni
xboleh ke main dengan semangat kesukanan...hhhmmmm
ada je yang dorang xpuas hati...isshhh...
cepat-cepat sembuh ye sayang....



You And I Both

by JASON MRAZ


Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing
But often times those words get tangled up in lines
And the bright lights turn to night
Until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of the love, the love that I love.

See I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages for words
More words then I had ever heard and I feel so alive

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now,
Oh love, no
You and I, you and I
Not so little you and I anymore, mmm...
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I'm free, oh, I'm free

And it's okay if you have to go away
Oh just remember the telephone works both ways
And if I never ever hear them ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang

Cause you and I both loved what you and I spoke of
and others just read of and if you could see me now
well I'm almost finally out of.
I'm finally out of, finally, deedeeededede
well I'm almost finally, finally, out of words
.

Wednesday, December 15, 2010

RAIKAN CINTA : KENGKAWANKU

Kali ni aku paparkan himpunan gambar dari kengkawan sek aku plak.  Seronok tgk wajah2 ceria kengkawan aku yang datang majlis. Terharu sgt tau....  Dah macam reunion plak. Tambahan plak kengkawan Reunion86 kebanyakannya hadir pada hari itu. Tuan Presiden pun pakat support. Biasala tuan Presiden pun nak amik berkat tu.  Nanti aku masukkan gambar tuan Presiden Reunion86....hehehe...korang tgk je la ye...Dorang ni semua kengkawan aku dari sek tabika dulu sampailah sek men. Seronok sangat kan bila kengkawan kita hadir majlis kita. Ramai plak tu. Ikut hati nak join gak dorang tu. Tapi kan aritu Special Day kami...hehehe...Sabar je la...  Korang keep it enjoy gambar2 ni plak ye....


wirda jaga-jaga kain aku...xnmpak jalan dah ni...hehehe

bersama hubby tercinta

singgahsana yang permai

bersama cik pengapit - wirda

jemput2 makan kek kami...

nila photographernya...cun tau

geng2 amik berkat

jemput menjamu selera

senyuman seindah suria

bakal pengantin 2011

abg2 macho

cik photographer lagi...


nebes lak bersama abg2 macho ni...hehehe

makan beradab

pose lagi


yaya - renjis2 dipilis

Tuesday, December 14, 2010

RAIKAN CINTA : BERSANDING

Kali ni aku masukkan gambar time bersanding kat Taman Medan pada 21 November 2010. Gambar-gambar ni diambil oleh kawan hubby aku iaitu Azul Lastri. Marila sama-sama kita cuci mata dengan hasil kerja beliau ye....hehehe....



hubby yg xleh nk senyum sgt...mata mesti jadi kecik...hehehe


senyum....

sempat lagi jeling kamera tu...

pasangan raja sehari



lapar tgk semua makanan sedap-sedap

mai dinda suapkan kanda....

carrot cheese cake homemade by mak usu

nila kawan hubby ku... Azul Lastri
thanks untuk gambar2 ni...

pengapit-pengapit kami...
Cha'u & Wirda

kengkawan hubby


makan beradab - sedap-sedap semuanya

Monday, December 13, 2010

CERITERA CINTA KAMI

Lama sungguh xmengupdate blog aku ni...almaklumlah sejak bergelar isteri ni banyak masa dihabiskan untuk urusan rumah tangga. Gambar-gambar kat bawah ni masa akad nikah pada 20 November 2010 (Sabtu) di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya. Selangor.  Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah bergelar seorang isteri kepada Mohammad Syarozi bin Shahid. Debaran time menunggu ijab kabul tu memangla xleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya menanti. Yang kena melafazkan ijab & kabul lagi la susah nk berkata-kata. Berpeluh-peluh hubby aku...sampai terus ke depanla duduk hubby aku...hehehe...korang tgk la himpunan gambar-gambar dari kamera x profesional ni ye...hikhikhik....




semak dokumen

tiba sudah masanya...


penantian penuh debaran...


sah sudah.....


hadiah dari my hubby...

genggaman erat

hadiah utk my hubby

keluarga mertua ku...

senyuman seorang isteri...cuak lagi tu...hihi



just married...

me & hubby
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers