NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, September 30, 2013

FAMILY DAY IMIGRESEN 2013



28 September 2013
Sabtu yang lepas
berlangsungnya
Family Day JIM Kedah
di
Pantai Merdeka,
Kota Kuala Muda, Kedah.
Destinasi ni dekat sangat
dengan rumah mertua aku
Malam sebelum tu
mereka adakan
BBQ
di pantai
Pelbagai jenis makanan
yang disediakan
Majlis ni diadakan
sementara menunggu
kehadiran yang lain
check-in resort
Program dimulakan
pada waktu pagi
dengan pendaftaran
staf-staf JIM
Kemudian
ucapan perasmian
dari PINK
Banyak acara yang diadakan
antaranya permainan untuk
pasangan suami isteri,
kanak-kanak,
 ibu & anak
Hadiah pun tersangatlah banyak....
Pagi tu juga
bumi KKM dibasahi hujan
aktiviti terpaksalah
dihentikan seketika


Kali ni
Hubby jadi pengacara majlis
bagi acara-acara yang diadakan
berganding bersama DJ jemputan.
Selingan program ini
diadakan nyanyian karaoke
bagi sesiapa yang berminat
Hubby aku mestila
orang yang paling awal
tambah-tambah dia pegang mikrofon
kikiki
dia memang gila karok....
Program juga diserikan
dengan acara
cabutan nombor bertuah
dan juga
acara teka jumlah biji betik
hadiahnya
sebiji oven jenama Samsung
lumayan ko...
dah adalah pemenangnya....
Akhir sekali
acara penyampaian hadiah
dah ucapan penutup dari
PINK

Aktiviti riadah
yang menyeronokkan
untuk famili-famili
warga JIM
tahun depan
xtau lagi di mana pula
hehehehe....







p/s : Gambar ehsan dari pages JIM Kedah


Wednesday, September 25, 2013

~ WORDLESS WEDNESDAY ~ 2





Me & Hubby

Tamat Latihan Imigresen 2009
Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
 

Monday, September 23, 2013

RAGAM KAKAK BAMBAM ~ NYUM3X ~


Update pasal kakak bambam lagi...hihihihi...



Kakak Bambam ni
memang suka baca buku
Mama dia siap belikan
1 set foam book lagi tau
ada 6 buah buku
 
Suka je
dia belek-belek
buku tu
balik dari
rumah pengasuh


 
Semalam dia
minta abah ajarkan dia
dalam masa yang sama
dia pun ajar abah
hihihihi
 
Bila tengok gambar
jam, oranges, pineapple, cake
korang tau dia sebut apa
"Abah ni leh nyum3x.."
siap dengan gaya makan
"hhhmmmm sedap..."
 
Alahai anak dara aku
Dia lagi kenal
makanan
daripada benda lain
hahaha....
 
Macam tu gakla
kalau tengok tv
iklan makanan
atau
cerita pasal makanan
panggil pun
dia buat xheran
sibuk nak suapkan orang makan je..
 
hhhmmmmm....
Kakak Bambam vs makanan
memang xdapat dipisahkan...
selagi x tido
ulang-alik dia kat dapur
cari benda yang
boleh dikunyah
 
 
Al-kisahnya
masa pregnantkan Bambam
Abah dia memang
penggemar tegar
KFC
tiap-tiap minggu
mesti ajak
p makan
pembawaan budak ke apa ni?
kikiki....
Dah keluar
memang selera besar la pula....
kuikuikui.... 
 
kat tangan mesti ada makanan....hihihi
 


MINGGU KESEDARAN OSH 2013


Salam semua....
 
Lama dah x update entri ni.... Sebenarnya banyak je nak cerita...tetapi kerana kesibukan dengan lambakan kerja kenalah tinggalkan blog ni sekejap....hihihi...
 
17 September 2013 - Pelancaran Minggu Kesedaran OSH 2013 di ofis aku ni.  Macam biasa diselitkan bersama Perhimpunan Bulanan juga. Lepas pelancaran ada penyampaian Sijil kepada peserta kursus dan juga sumbangan dari Kelab sempena kelahiran anak kedua aku....my baby boy....Alhamdulillah...terima kasih semua di atas sumbangan kalian ye....
 
 
Program ni sebenarnya diadakan selama 3 hari.  Pesertanya semua staf kat ofis aku ni la...
Hari Kedua - 18 September 2013, dimulakan dengan senamrobik (aktiviti ni memang tiap-tiap tahun wajib ada..kikiki).  Hari tu aku sampai lewat kat ofis. Kereta pulak buat hal. Terpaksalah naik motor pulak.  Sampai-sampai je program dah mula. Segan sangat masa tu. Terus je aku ikut depa senamrobik. Aku rasa bos aku pun xperasan kot...hahaha..semua tengah sibuk ikut instructor kat depan tu... Instructor memang kami import & ada gak staf kami yang memang rajin ikut senamrobik lepas habis kerja.  Habis je, terus dihidangkan nasi lemak. Baru je nak hilang kalori dah kena tambah pulak.  Makan free sapa nak tolak kan...hahaha... 3 ari plak tu, dari pagi sampai ke petang.  Hari ni dok ofis pkai baju sukan ja.
 
lepas senamrobik.....
 
 Hari Terakhir, 19 September 2013 - Hari yang ditunggu-tunggu setiap bahagian kat ofis ni iaitu KUIZ OSH.  Tiap-tiap tahun kami berentap berebut gelaran juara kuiz ni.  Tahun ni 3 pasukan je yang turut serta. Sebelum ni sampai 5 pasukan berentap.  Kali ni dikecilkan kepada 3 bahagian je.  Kalau korang nak tau ini kali ke3 aku masuk kuiz ni wakil bahagian. Siap kena usik dengan MC masa nak menjawab soalan.  Berkat kena usik tu pasukan aku dapat Naib Juara.  Tahun depan leh kot dapat Juara pulak (kalau berangan xhengat...kikiki...). 
 
 
aku punya geng.... yang berdiri kat belakang tu CC kami...
 
naib juara....

Sebelum berlangsungnya kuiz, dibuka juga kaunter pemeriksaan kesihatan.  Berduyun-duyun kami beratur. Buat pemeriksaan berat badan, tinggi, darah & gula. Alhamdulillah aku masih dapat mengekalkan kesihatan seperti biasa. Berat badan haruslah maintain macam anak dara dulu....kikiki.....
 
 
Berbalik kepada program hari ni, lepas selesai semua mestilah ada penyampaian sijil & hadiah dan juga acara bergambar (ini wajib ada).  Selesai sudah 1 program. Lepas ni Hari inovasi pulak....tunggu....
 
tatatitititutu....
 

Tuesday, September 17, 2013

CORET ~ CORET : KAKAK BAMBAM


 
 
Salam semua....
 
Hari ni nak bercerita
kisah anak dara aku pula
 
Kejadian ni terjadi
 petang semalam
baru je balik
dari rumah Kak Cik di BKH
Abah ada perlawanan
Futsal di Kuantan
anjuran JIM
tinggal la
kami 3 beranak di BKH
rumah Kak Cik
 
Lepas sampai ja
di rumah
Mama dia pun
mula enjin
mengemas kembali
barang-barang
yang di bawa
 
Abah pula sambung tidola
8 jam perjalanan
dari Kuantan - AS
mau x sakit pinggang
 
Kakak Bambam pun sibukla
main permainan dia
Adik Bambam sambung tidola
 
Kali terakhir nampak
Kakak Bambam
dalam bilik dengan Abah
Mama pun sambung la
mengemas rumah
 
Al-kisahnya
aku terasa sunyi sangat rumah ni
Selalu
 Kakak Bambam
main memang kecoh
1 rumah
 
Aku pun terus cari dia
p la kat bilik
sebab Nampak dia
dok menyembang
dengan abahnya tadi
 
Masuk je bilik
tinggal abah je
dalam bilik tu
tengah tido
aku pun pe lagi
pusing 1 rumah
mencari dia
 
Tiba-tiba
tengok pagar
depan rumah
terbuka sikit
Sah dah ni
Kakak Bambam
memang dah keluar
aku pun dok
 jenguk kat luar
 
 Kakak Bambam
tengah usaha
nak langkah longkang
kat taman permainan
rumah kami tu
 
Berderau darah aku ni
pe lagi berkejar la aku
ke taman permainan
p amik dia
 
Kakak Bambam
Nampak aku
berlari kat dia
  Dia boleh kata
"Mama nak main taman"
aku terus amik 
dan peluk dia....
terus bawa masuk rumah.....
 
Syukur Alhamdulillah
Kakak Bambam xde apa-apa
kerisauan aku selama ni
dah terjadi
puncanya dari kelalaian
kami berdua
 
Baru je aku sembang
dengan Kak Cik
pasal hal ni
x dapat aku bayangkan
semasa dia melintas
ada kereta yang lalu
laju pula tu
Ya Allah
Lindungilah anak-anak kami....
 
Lepas ni
aku dan hubby
kena lebih prihatin
kena double checked
agar pagar rumah
sentiasa tertutup
pengajaran yang sangat
berharga buat kami...
 
 




Wednesday, September 11, 2013

~ WORDLESS WEDNESDAY ~



Zaman bujang ni....



Gambar ni diambil tahun 2009
Masing-masing baru memulakan kerjaya
Menghadiri perkahwinan sahabat SKTM
Dalam ramai-ramai ni ada 7 orang yang xkahwin lagi
yang lain sudah ada family sendiri
Rindunya kat kengkawan semua...  




Tuesday, September 10, 2013

BERTOLAK-TOLAK KERETA DI PAGI HARI....




Salam 1 Malaysia......

 
Hari ni ringan ja
tangan nak menaip
hihihi
 
Aku nak cerita
kejadian yang berlaku
pagi tadi
 
Jam 7.30 pagi seperti biasa
keluar dari rumah
nak hantar anak-anak
ke rumah pengasuh
 
Al-kisahnya
Si Hitam
(hak milik mertua aku, kereta kami di bengkel lagi - eksiden)
tak boleh nak hidup
semalam jadi gak
tapi setelah ditolak
boleh ja hidup
 
Pagi ni dah la hujan lebat
banyak kali kami tolak
pun dia xmo hidup
 
Akhirnya hubby aku
minta tolong
pengasuh anak-anak aku
pinjam "jumper"
p la hubby aku
naik motor
ke rumah pengasuh
dalam hujan lebat tu
 
Setelah di"jumper"
(pe punya ayat la ni)
hidupla enjin Si Hitam
Hubby aku pun
dah basah kuyup
tukar baju
bertolak
hantar anak-anak pula
 
Lambatla kami
sampai ofis arini...
Jam 9.00 pagi barula
sampai ofis aku...
 
 
 
Ni bukan Si Hitam yang sebenar - pinjam en. Google....
 
 


Thursday, September 5, 2013

CORET-CORET ~ ADIK BAMBAM


Salam 1 Malaysia...

 
 
Nak cerita pasal
kami punya hero ni
semalam dah lulus
meniarap
jenuh aku nak tidokan dia
xmo tido
 
rupa-rupanya
nak tunjuk
dia dah pandai meniarap
meniarap dengan sempurna
tapi sayangnya
mama xsempat nak
ambik gambarpulak
 
Pandai tu dah 1 hal
lepas tu galak
nak gerakkan badan ke depan
nak berjalan ke depan pula
marah betul
dia xboleh buat
 
tak pe sayang
usaha banyak-banyak
boleh la nanti tu
hihihiihi
cayok-cayok
hero
mama & abah...


pandai dah ~ 3 September 2013




Sunday, September 1, 2013

SALAM KEMERDEKAAN KE - 56 ~ 31 OGOS 2013



Salam Kemerdekaan ke -56.
"Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"



Al-kisahnya pada pagi Subuh
sepatutnya
Hubby aku jadi
Ketua Komandan
bagi kawad pasukannya
 
Tetapi apa kan daya
Dia mengalami
keracunan makanan pula.
 
Terpaksalah rakannya
ganti dia pula
Kesian sungguh....
 
Hajat di hati nak tengok
Hubby pakai
uniform baru
pun
tidaklah kesampaian.
 
Subuh tu terpaksalah
ke klinik di SP
kena cucukla....
 
Tapi yang peliknya
kami berdua makan
benda yang sama
tapi xtaula
 mungkin  makanan
semasa raptai
hari Jumaat ke kan?
 
Kesianlah
berlatih sungguh-sungguh
alih-alih x dapat
 nak perform pun...
iisshhh3x.....
 
ni masa raptai.....hihihi
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers