Dah lama x up entri......agak sibuk dengan anak-anak.
Masing-masing pun baru je sihat setelah dilanda demam secara berjemaah.
Sekarang ni dah musim cuti sekolah kan. Aktiviti yang paling syok bagi anak-anak ni haruslah pergi bercuti! Anak-anak aku x pandai lagilah nk minta p bercuti ni....kecik lagi masing-masing. Tapi sampai sana hepi sungguh tambah-tambah Kakak Bambam.
Kami bertolak dari KKM pada pagi 29 November 2013. Destinasi pertama kami singgah ialah rumah Pak Su Bidin di Ipoh. Kat sini ambil kesempatan untuk berehat. Kira-kira 3 petang baru bertolak ke Lumut.
Projek Manager dah booking 2 chalet untuk kami di Coral Fishing Resort. Lepas check -in apa lagi bersantap la dulu. Masing-masing dah kebulur. Keluarkan dululah bekalan yang memang siap dah dibawa tu....hehehe
Lepas dah kenyang, bawa masuk barang-barang ke bilik masing-masing. Kemudian apa lagi, amik joran la p memancing. My MIL dapat angkat ikan kerapu tau!heheehe...... Tempat ni sesuai untuk pemancing-pemancing tegar.
Malam tu aktiviti BBQ pun bermula. Mula agak lewat sebab hujan. Alhamdulillah sekejap je hujan. Lepas tu sesi bakar-membakar ni menjadi meriah.
Lepas semua dah kekenyangan, menyembang xhengat dunia. My Hubby n anak-anak dah lama bermimpi. My Hubby pun xberapa nak sihat. Tu yang cepat je masuk tido. Kalau x xde makna la dia masuk tido awal.
Penginapan kami - Coral Fishing Resort, Lumut. Perak |
otw balik singgah dulu makan durian |
Separuh daripada famili kami |
Family Kak Da |
Cik Ad & Pak Uda |
Family tuan blog Persinggahan terakhir - Menara Condong |
No comments:
Post a Comment