NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Monday, August 25, 2014

PUTERI KECIL KAMI


Hari ke-2 - tunggu Abah sampai nak balik rumah



Wajah siapakah ini?
Nak bagitau korang la ni
Si kecil ini merupakan
anak ke-3 kami
puteri ke-2

Puteri kami dilahirkan pada 18 Mei 2014
di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah aku bersalin secara normal

Kehadiran puteri kecil ni
disedari agak lewat sebenarnya
Aku sendiri xsedar
aku sedang mengandung


Sampailah ramai yang menegur
aku nampak lain sangat
bila dah ramai yang bercakap
try p check up
sekali doc scan
dah membesar dia 

Ramai yang xpercaya
aku xsedar aku dah mengandung
Orang kata dah memang rezeki kami
kebetulan aku pun aktif
join xtvt ofis aku ni
dengan permainan
yang memerlukan kekuatan fizikal
Alhamdulillah puteri kecil kami
sangat cekal

Bersalin kali ni
Mr. Hubby xsempat
masuk labour room
kebetulan
Kakak bambam pun ikut
xmau tinggal
sebab excited nak tengok baby
aku suruh balik dulu
kesian kakak xtido langsung

Aku masud wad petang 17 Mei tu
sebab dah turun darah
(tu yang aku fikirkan)
tapi bila check di wad Kecemasan
Doc kata sebenarnya aku turun air
terus aku kena tahan wad

aku sakit nak bersalin
jam 9.30 malam
dan melahirkan puteri kecil ini
jam 9.47 malam
Alhamdulillah sangat dipermudahkan
bukaan masa tu hanya 6cm

Sampai kelam kabut
SN yang jaga aku tu
baru nak buat persediaan
baby aku nak keluar sangat-sangat dah

Bersyukur sangat dikurniakan
seorang puteri comel
seberat 2.71 kg
Ya, kecil saja orangnya
sekarang dah 3 bulan 1 minggu
berat pun dah menginjak 
ke 3.6 kg
membesar dengan jayanya
Alhamdulillah....

Abah sampai ja
terus p tengok
si kecil ni
x sabar agaknya
kali ni pulak x tengok 
kelahiran depan mata 
Lepas tu
Abah perdengarkan
Iqamat di telinga puteri

Kalau korang nak tau
Kakak ikut abah 
walaupun dah tengah malam
sanggup dia xtido
tapi sayangnya
tahun ni
kanak-kanak xdibenarkan masuk
tinggallah kakak dalam kereta
dengan pak uda
nasib baik dia faham

Selesai semua
Abah pun balik rumah
tunggu hari esok
untuk balik ke rumah pulak
Tengah hari tu 
kami dah boleh pulang.

Kelahiran seorang puteri
bernama 
SITI NUR SYARFA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD SYAROZI
yang bermaksud cahaya kecantikan yang mulia.
Nama ni hasil carian Pak Busu
sebab sama tarikh lahir dengan Pak Busu.
Terima kasih Pak Busu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...