NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, August 27, 2014

REUNION KOT!

Salam semua,

Minggu depan aku akan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh HQ kat PJ sana.  Tapi kursus ni akan diadakan nun di selatan sana, kat Melaka.

Lama dah aku x berkursus ni.  Sepatutnya sebelum bersalin kena attend 1 kursus, tapi xde rezeki aku dah bersalin dulu. Kali ni aku bersalin awal 3 minggu.   Baby nak Mama dia beraya dengan tenang...hihihi...

Kursus aku bermula 3 September ni.  Tapi aku cadang nak balik rumah Mak aku kat PJ dulu.  HQ aku pun memanglah kat PJ pun. 15 minit je perjalanan dari rumah aku.  Tapi punyalah sesak nak keluar dari kawasan rumah aku tu.  Boleh jadi 1 jam baru sampai tau.

Kursus yang akan aku hadiri ni pesertanya terdiri daripada geng-geng lama aku kat HQ dulu.  Kiranya kursus ni macam reunion untuk kamilah.  Dulu ada yang belum kahwin sekarang semakin besar famili masing-masing. Alhamdulillah....

Dalam dok teruja ni hati ni terasa 1 kesedihan jugak.  Nak kena tinggal anak-anak yang bertiga tu.  Adik baru je 3 bulan lebih. 2, 3 arini ni pun Kakak & Abang nak tido mesti Mama kena dok tengah-tengah depa. Macam tau-tau ja Mama nak kena outstation lama.  Aku xbimbang sangat Mr. Hubby jaga 3 beradik ni.  Memang dia dah biasa handle anak-anak, tapi risau la jugak sebab lama sangat aku nak p sana ni.  Harap-harapnya semuanya Allah permudahkanlah...amin..

Bye2 anak2 Mama
Sabtu minggu depan baru  kita berjumpa semula ya...
Belum pergi lagi dah rasa rindu sangat ni...
hihihihi...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...