NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Wednesday, January 19, 2011

BALIK KAMPUNG....OOOO....BALIK KAMPUNG..... HATI GIRANG....

Memang sangat-sangatlah riang aku menanti saat-saat nak balik ke kampung... Yela nak jumpa hubby tersayang. Padahal lambat lagi nak baliknya pun.  Masa cuti Tahun Baru Cina nanti la...hahaha... excited terlebih ja ni...ish3x.....

Maunya xgembira semalam baru dapat tiket bas. Jenuh mencari dari stesen Petronas PJ Newton sampailah ke Jalan Duta. Nasib baik dapat gak walaupun bukan waktu idaman. Nasib baik dapat gak kan. Kalau xdapat tiket tu mau meraung aku...hahaha...

Nak tiket punya pasal lepas dapat tau kat Petronas kaunter Transnasional tu offline terasa kecewa gila. Kalau beli kat kaunter tu bolehla pilih tempat sendiri. Adeh.... Ijan kata jomlah g Jalan Duta. Kat sana mesti banyak lagi tiket. Sampai je dengan confident aku g kaunter minta tiket ke Alor Setar 28hb malam.


Inilah perbualan aku dengan penjual tiket bas :

Aku : Tiket ke Alor Setar 28hb malam ada?
Penjual tiket: 28hb ada jam 2 petang je.

(dalm hati : alamak... muka bajet cool lagi...hehehe)

Aku : 29hb plak...

Penjual tiket pun check la jadual dia.

Penjual tiket : 29hb petang sampai malam je ada. dari kul 2 ptg, 6 ptg dan malam ja.

Aku pun berfikir  jap depan kaunter tu. Xkan la 29 hb tu nak balik malam gak. Ambil keputusan ambil je la yang plg awal tu. 

Aku : Pukul bape tiket plg awal td?
Penjual tiket : 2 ptg...
Aku : Okla, saya amik la kul 2 ptg tu. 2 tiket ye.
Penjual tiket : RM 80.20... 

Aku pun bagilah RM 100. Setelah dapat baki aku pun baliklah ke kereta Ijan.


Nilah tiket aku tu... memang kat situ tertera 1.30 ptg, tp bas akan g kat Bkt Jalil dulu.
Nilah rupa bas Skyview Transnasional

Lepas tu kitorang balik umah masing-masing dengan hati yang agak puas.

Tiket bas dah ada. Tiket wayang pun ada.

Petang ni aku akan g tengok cerita  "Khurafat - Perjanjian Syaitan" dengan Ijan, Tasha dan Cik Tip.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...