NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Tuesday, January 4, 2011

DATING WITH MY HUBBY!!!!

Gempak x....hehehe....Ingat orang dah kawin xleh g dating ke? Sebenarnya XTVT dengan hubby semalam pergi amik Kad Perakuan Nikah di JAIS, Shah Alam ja. Alkisahnya Aku dengan hubby merempit dalam hujan renyai-renyai. Dah macam cite Bollywood la pulak...kekeke...


Nilah gambar kat kad nikah kitorang



Pagi semalam aku g keja hubby hantar. Lepas tu hubby ingatkan aku call JAIS tanya kad kitorang tu dah siap ke belum? Ikutkan kad tu siap dalam masa 5 hari. Alang-alang hubby pun ada kat sini. Lehla g amik. Alhamdulillah aku call dorang kata dah siap. Aku sangat hepi sebab bolehla kitorang g amik sama-sama kan. Aku pun minta kebenaran bos aku balik awal. Aku g pun petang kan malasla nak masuk balik ofis. Bos pun dah bagi green light.

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - JAIS Shah Alam


Kebetulan hujan pulak kat PJ ni. Jadi aku tunggula hubby amik aku bila hujan dah reda. Pergi sana pulak Shah Alam baru nak hujan. Nasib baik hujan renyai-renyai bolehlah redah lagi. Sampai je minta kad akses kat kaunter. Naik tingkat 4 g amik kad. Pakai kad ni senang cikit nak bawa g mana-mana kan. Surat nikah pulak punyalah besar. Banyak kebaikan pakai kad ni. Lepas semak kad n daftar kat buku rekod kitorang pun balik.

Ni la Sofea....gadis Celcom....
Sumber : FB Mummy Sofea

 
Destinasi seterusnya menuju ke Putra Perdana, rumah abang Din. Kitorang kena jadi baby sitter Sofea. Kalau korang nak tau Sofea penah berlakon dalam iklan Celcom. Ala, yang ada baby 3 orang tu. Sofea jadi baby girl yang cakap "Can I be your sister" sambil kenyit mata. Time tu umur Sofea baru je 2 bulan. Sekarang umurnya dah 8 bulan. Makin pandai dan lincah. Marah betul dia kat Cik Bojie (hubby aku la tu) sebab berebut konsul game. Dia pun sibuk nak main gak. Alih-alih dia mengamuk sebab mengantuk yang amat sangat. Aku pun g la tidokan dia. Lepas kena dodoi tidola Sofea dengan nyenyak sampailah Mummynya balik dari kerja. Hubby aku macam biasa la sibuk men game bola dia. Itu pun dah bercita-cita nak beli X-box plak...huhuhu...

Ingat x iklan celcom 1+5 ni.....

Setelah puas melepak, kitorang pun mengajak abang Din & Kak Mira g makan kat restoran Halwa. Aku la yang mengajak Hubby g makan sebab kelaparan yang amat sangat. Sebenarnya hubby aku sakit gusi sebab nak tumbuh gigi bongsu. Sampaikan abang Din usik kitorang berdua la. Entah-entah aku dah berbadan dua. Siap suruh aku g check doktor. Abang Din masa Kak Mira nak mengandung dia pun sakit gigi. Dah dapat tau Kak Mira mengandung barulah hilang sakit gigi tu. Hikhikhik....kitorang berdua pulak....sengih je la... Kalau ada rezeki insyaAllah la kan. Abang Din siap suruh hubby minta tukar KL la. Macam-macamla saranan dari penasihat x berbayar tu. hehehe.... Wait & see je la okay.... hehehe....





2 comments:

Affan Ruslan said...

owh kira baru kahwin lah ni ye.
moga bahagia ke dunia akhirat :)

bojie_boboy86 said...

ye affan....
tima kacih ye....
insyaAllah....sentiasa doakan kami berdua ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...